Jom cuba resepi cream puff yang pasti mengecurkan air liur anda.
Cream puff sering dimasak dan dihidangkan sebagai pencuci mulut terutamanya selepas main dish. Ianya mnggunakan bahan- bahan yang ringkas dan nampak mudah. Walaubagaimanapun, cara pembuatannya agak rumit dan mencabar.
Akan tetapi, sekiranya anda berjaya sudah pastinya ia akan dapat memberi kepuasan yang berbaloi. Practice makes perfect dan tidak salah untuk kita mencuba. Semestinya, ianya akan menjadi sesuatu yang lazat digemari ramai. Jadi jom! Mari kita cuba resepi cream puff ini.
Resepi ini telah dikongsi oleh Noraida Durani dan telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook. Wah, sudah tentu menjadi!
Resepi Cream Puff
Bahan – bahan:
Bahan bahan untuk membuat puff:
Bahan A:
160 gram mentega
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus
300 ml air
160 gram tepung gandum
Bahan B:
4 biji telur gred A
Bahan bahan untuk creamy custard:
Bahan A:
2 biji telur (gred A)
6 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar/cair
Bahan B:
1 cawan whipping cream (dipukul kental)
Cara – cara memasak:
Cara – cara memasak puff:
Didihkan air, masukkan semua bahan kecuali tepung gandum, biarkan mentega, gula dan garam sampai cair.
Masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati dan tutup api. Sejukkan adunan.
Masukkan telur ke dalam adunan dan putar rata dan sebati (gunakan mixer).
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozzle 854.
Alas tray dengan baking paper.
Paipkan adunan.
Spraykan adunan yang dah dipaipkan tadi dengan air untuk membantu puff naik.
Bakar ke dalam suhu 200 darjah celcius selama 20 minit atau pun kekurangan.
Nota: Jangan keluarkan puff sebelum puff betul betul masak kerana ianya akan turun dan penyek.
Cara – cara memasak creamy custard:
Masakkan secara double boil.
Campurkan semua bahan A ke dalam bekas yang diletakkan air yang telah menggelegak. Kacau sehingga pekat kemudian sejukkan.
Pukul bahan B sehingga pekat dan mencecah tahap ‘stiff peak’.
Campurkan dengan bahan A menggunakan teknik kaup balik.
Penyediaan sepenuhnya:
Guntingkan puff dan paipkan inti kastad anda.
Taburkan gula aising atau serbuk dekorasi sebagai hiasan.
Siap dan boleh dinikmati seisi keluarga atau tetamu anda.
Resepi – resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba:
Selain daripada resepi cream puff ini, anda juga boleh mencuba resepi yang bervariasi yang terdapat di dalam Bidadari.my! Jangan lupa untuk kongsikan resepi bersama yang tersayang dan menekan butang Like.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.