Banyak sebenarnya bahan yang boleh dicampurkan dengan cucur ini. Ada yang memanggilnya cekodok, cucur juga merupakan kuih yang boleh dimakan tidak kira waktu. Nampak macam senang kan nak buat cucur ikan bilis ini? Tapi untuk dapatkan tekstur lembut didalam dan rangup diluar mempunyai caranya sendiri.
Resepi cucur ikan bilis ini kami sediakan dan tips untuk anda dapatkan tekstur cucur yang rangup. Nak dapatkan cucur yang rangup diluar lembut didalam ini, anda perlu menggunakan air panas dalam bancuhan tepung, air panas ini adalah air yang betul- betul menggelegak. Baru lah anda akan dapat tekstur rangup bila makan berbunyi krup krap. Kami himpunkan koleksi resepi cucur ikan bilis untuk anda.
Kalau ada lebihan nasi semalam dan tak tahu nak buat apa, jangan buang. Apakata anda buat cucur ikan bilis nasi. Sedap dan rangup teksturnya. Kenyang sampai ke tengahari. Jom baca resepi oleh Jaja Noriza.
Nak dapatkan rupa bentuk cucur yang bulat terbentuk ini ada teknik rupanya. Ada yang suka makan cucur bulat kemas katanya. Resepi dari Irhana Carnella anda wajib follow untuk mendapatkan rupa cucur yang bulat.
Jika anda memang penggemar bawang, jom cuba resepi cucur ikan bilis bawang ini. Bila dapat makan memang terasa rangup dengan kehadiran bawang. Jom ikuti resepi dari Roslinda Razak.
Buat penggemar pedas, cucu ikan bilis spicy ini kami bawakan khas untuk anda. Tanpa mencampurkan cili tetapi menggantikan dengan tepung bestari yang berperisa spicy mungkin akan membuatkan anda makan sambil berpeluh-peluh. Jom baca resepi dari Husna Zawai.
Cucur ikan bilis ini boleh dibuat sarapan pagi atau kudapan jika anda terasa lapar. Nak Buat frozen pun boleh. Kalau anda nak tahu kami dah sediakan pelbagai resepi menarik yang lain untuk anda jadikan rujukan memasak. Jika rasa bermanfaat resepi ini jangan lupa share dan like ya.
.