Siapa pernah rasa Si gebu gebas japanese cotton cheesecake? Kek ini sememangnya lembut yang amat. Sudahlah gebu lembut macam kapas pula dekat dalam. Memang tidak rasa sedikitpun tekstur kek yang tebal dan berminyak macam kek lain. Tidak hairanlah ramai orang cadangkan dan suka beli kek ini.

Cara menghasilkan Japanese cotton cheesecake lembut gebu ini amat senang. Noraisyah Eisyah berkongsikan resepi Japanese kek versi bajet. Kalau biasanya orang buat Japanese cheesecake pakai cream cheese, cik Noraisyah malah pakai cheddar cheese sahaja, sebab itulah kek ini kek bajet. Kek pecah-pecah sebab pakai oven gas. Kalau ingin cantik pastikan pakai oven elektrik.

Untuk dapatkan hasil kek yang sempurna memang tidaklah mudah. Ini berlaku untuk semua kek. Kena banyak ulang buat dan sabar bila hasil belum sempurna. Tapi yang boleh buat sempurna masa pertama kali buat itu baguslah, ada bukan tidak ada yang boleh menjadi masa percubaan pertama. Jom kita buat sama-sama resepinya.

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 3 biji telur kuning (pisahkan dari putih),
  • 70 gram cheddar cheese (diparut),
  • 50 gram tepung self-raising,
  • 50 gram butter/margerine/minyak,
  • 140 gram susu full cream.

Bahan B :

  • 3 biji telur putih,
  • 50 gram gula,
  • 1 sdt cuka/lemon/cream of tartar.

Cara-cara :

Bahan A (kuning telur).

  1. Masak cheddar cheese yang sudah diparut dalam periuk bersama susu menggunakan api sederhana. Jangan masak sampai mendidih. Agak-agak sudah cair boleh tutup api.
  2. Masukkan minyak dalam cheddar cheese yang sudah dimasak tadi. Kacau sampai sebati guna whisk.
  3. Masukkan tepung (diayak), gaul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan telur kuning dan kacau sebati. Ketepikan.

Bahan B (putih telur).

  1. Putar kesemua telur putih guna hand mixer dengan kecepatan sederhana. Nampak berbuih, masukkan cuka. Putar lagi.
  2. Masukkan gula secara peringkat (saya buat 3 peringkat) dan putar sehingga soft peak/kental. Kalau terbalikan bekas putih telur tidak jatuh). Siap ketepikan.
  3. Seterusnya campurkan bahan B ke dalam bahan A (masuk 3 peringkat).
  4. Kacau dengan whisk perlahan, takut telur putih pecah/turun.
  5. Lepas campur semua bahan-bahan dengan whisk kemudian kacau guna spatula. Kacau kaup terbalik untuk tengok adunan sebati atau tidak.
  6. Bila adunan betul-betul sudah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang bulat (15/16 cm) yang sudah disapu margarin.
  7. Hentakkan dan goyang-goyang loyang beberapa kali supaya gelembung udara dalam kek pecah.

Cara Bakar :

  1. Bakar kek guna teknik water bath. (Letak air dalam loyang besar).
  2. Kalau ingin panaskan oven boleh panaskan selama 10 minit. (Letak air dalam loyang besar di dalam oven sebelum panaskan. Air lebih kurang 1-1.5 cm).
  3. Kalau tidak ingin panaskan oven (letak air panas dalam loyang besar oven).

Teknik terbaik cara bakar guna oven elektrik :

  1. Bakar suhu 120°C selama 20 minit.
  2. Naikkan suhu ke 150°C selama 15 minit.
  3. Buka pintu oven sedikit selama 10 saat, kemudian tutup balik pintu oven.
  4. Turunkan suhu ke 100°C selama 40 minit.
  5. Jika sudah masak, matikan oven. Biar kek dalam oven selama 10 minit baru boleh angkat. Siap.

Teknik bakar guna oven gas :

  1. Bakar suhu 150°C selama 30 minit.
  2. Buka pintu oven 10 saat.
  3. Bakar lagi dengan suhu 150°C selama 25 minit.
  4. Matikan oven, biar 10 minit. Siap.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain Japanese cotton cheesecake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.