Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Nasi Beriyani Ayam (Ya Ampun Mudah dan Sedap)

Mencari resepi nasi beriyani ayam? Pada perkongsian kali ini kami akan menuliskan resepi nasi beriyani versi ini yang enak, lazat dan mudah. Nasi beriyani…

ResepiDikemas kini 2 April 2021oleh Rahayu Z
Sepinggan nasi beriyani ayam yang sedap dan berselerak.

Mencari resepi nasi beriyani ayam? Pada perkongsian kali ini kami akan menuliskan resepi nasi beriyani versi ini yang enak, lazat dan mudah.

Nasi beriyani ayam, hidangan paling digemari di Malaysia dan paling dicari apabila kenduri. Hidangan ini dimasak dengan cara beras ditumis dengan rempah masakan beriyani. Kemudian dimasak seperti masak nasi biasa bersama ayam yang dimasukkan sekali ke dalam beras.

Nasi beriyani ayam sedap dimakan bersama lauk sekali seperti rendang dan ayam masak merah. Anak-anak pula suka makan nasi beriyani kerana tampilannya menarik dan rasanya juga sedap.

Di bawah ini kami hadirkan resepi nasi beriyani ayam ala Mohamad Siddeeqh di laman Facebook. Cara mudah masak nasi beriyani menggunakan rice cooker. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Beriyani Ayam

resepi nasi beriyani ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beras bhasmati,
  • Santan 1 cawan,
  • Kayu manis,
  • Bunga lawang,
  • Buah pelaga,
  • Bunga cengkih,
  • Bawang merah 2 biji,
  • Buttercup,
  • Perencah maggi 1 paket kecil,
  • Kiub pati ayam,
  • Halia dan bawang putih diblend,
  • Tomato,
  • Minyak sapi.

Cara-cara :

  1. Sebelum mula masak, rendam 4 cawan beras basmathi.
  2. Panaskan minyak sapi. Campur sedikit buttercup.
  3. Masukkan rempah kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  4. Masukkan bawang merah dalam 2 biji.
  5. Masukkan pes halia dan bawang putih. Tumis sampai pecah minyak.
  6. Masukkan perencah maggi serbuk satu paket kecil sampai habis.
  7. Masukkan tomato.
  8. Masukkan ayam sampai masak.
  9. Sambil tunggu ayam masak, kerjakan beras. Masukkan santan 1 cawan ke dalam beras yang sudah direndam.
  10. Kemudian masukkan 4 cawan air. Nisbahnya harus sama. Disebabkan tadi pakai santan satu cawan, maka air yang dimasukkan 3 cawan.

Langkah menyediakan nasi beriyani ayam

Imej via Facebook

  • Kembali ke ayam, masukkan kiub pati ayam ke dalam ayam. Masak sampai lembut. Perasakan garam sedikit.
  • Masukkan dalam rice cooker. Click tunggu sampai masak, kemudian click sekali lagi.

Proses memasak rempah dan bahan nasi beriyani

Imej via Facebook

  • Siap nasi biryani ayam.

Nasi beriyani ayam sedia dihidang

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi beriyani ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.