Sesiapa ada pernah makan candy coklat kacang tanah? Kali ini kami kongsikan resepi menarik dan mudah iaitu candy coklat kacang tanah yang sedap sangat. Teksturnya tidak keras dan tidak chewy sangat, tidak hairanlah resepi yang dikongsikan oleh ‎Rajeswarhy Murugan di laman Facebook mendapat sambutan yang meriah daripada netizen.

Candy coklat kacang tanah dibuat dengan cara caramelize gula, susu dan bahan lain yang kemudian dicampurkan dengan kacang tanah yang sudah dipanggang lebih dulu. Ingat bahan utama yang digunakan ialah kacang tanah dan tidak lupa panggang kacang terlebih dulu ya.

Kudapan ini sesuai untuk dijadikan hidangan untuk para tetamu atau sebagai hidangan pencuci mulut yang manis. Tanpa membuat anda makin penasaran, jom cubakan resepi candy coklat kacang yang lemak manis kombinasi dengan rangup kacang tanah yang meletup di mulut.

Resepi Candy Coklat Kacang Tanah

candy coklat kacang tanah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gram kacang tanah,
  • 1 tin susu pekat,
  • 5 sudu besar gula merah atau gula biasa,
  • Secubit garam,
  • 2 sudu besar serbuk koko,
  • 1 sudu makan mentega,

Cara-cara :

  1. Panggang kacang tanah selama 9-10 minit dengan api sederhana.
  2. Sejukkan kacang yang sudah dipanggang.
  3. Kupas kulit kacang tanah.
  4. Masukkan kacang ke dalam pengisar. Kisar kering dan kasar. Ketepikan.
  5. Griskan dulang dengan sedikit mentega dan ketepikan.
  6. Dalam kuali lain masukkan 1 tin susu pekat.
  7. Tambahkan gula. Buka api sederhana dan kacau sehingga mendidih.
  8. Masukkan secubit garam.
  9. Masukkan serbuk koko. Kecilkan api dan kacau sehingga sebati.
  10. Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair.
  11. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau sehingga pekat dengan api sederhana.
  12. Masukkan candy ke dalam dulang. Ratakan.
  13. Griskan sedikit mentega di atas candy. Sejukkan selama 5 minit. Potong mengikut ukuran anda. Gunakan pisau kek supaya tidak melekat.
  14. Sejukkan sebelum hidang.

Resepi Menarik Lain

Selain kek candy coklat kacang, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.