Ikan jenahak merupakan jenis ikan yang boleh ditemukan di laut lepas. Ikan ini terdapat beberapa jenis. Selain itu ikan ini juga hidup di kawasan air payau dan muara kerana ikan ini kadang suka mencari makan di air tawar.
Ikan jenahak merupakan antara ikan kegemaran bukan hanya masyarakat malayia, namun juga hingga Indonesia dan India. Sisik ikan jenahak berwarna kuning keemasan. Ikan jenahak boleh dikatakan satu spesies dengan ikan siakap dan ikan merah.
Mungkin ada yang berkeinginan masak jenahak dan cuba makan, tapi ternyata-tanya resepi ikan jenahak yang sedap? Risau kalau main masak nanti tidak sedap bukan? Maka itu, kami ada 10 resepi jenahak daripada Facebook, yang sayang anda lewatkan. Selamat mencuba.
Kalau pemanggang ajaib ikan tak segak. Ikan jenahak 1 kg, belah belakang jangan buang sisik. Basuh, toskan, dan masukkan dalam peti ais sekejap supaya air ikan tidak meleleh masa bakar nanti. Resepi daripada Anggerik di laman Facebook.
Bahan-bahan :
3 sudu cili kering blend,
3 sudu kicap manis kipas udang,
3 sudu kicap karamel,
4 sudu sos tiram,
1 sudu gula,
½ sudu kecil garam,
2 sudu garam.
Cara-cara :
Gaul sebati semua sos.
Keluarkan ikan dari peti, lumur garam 1 sudu pada bahagian sisik dan 1 sudu lagi garam untuk sebelah lagi bahagian sisik.
Sapukan sos pada kedua belah bahagian isi, biar rata.
Letak ikan di atas pemanggang besi yang jaring-jaring itu, bukan pemanggang ajaib ya. Bakar terus atas api dapur gas atau arang.
Bakar bahagian bersisik dahulu sampai garing hitam-hitam, bukan hangus ya.
Terbalikkan, bakar pula bahagian isi sampai garing. Terbakar hitam sedikit tidak apa. Itu yang bikin sedap.
Lumur garam banyak di bahagian sisik, salah satu cara bikin garing.
Sambal kicap cili api. Guna kicap manis kipas udang.
Menu ori Negeri Sembilan jenahak masak lemak cili api campur rebung dan terung telunjuk. Dapat rebung dan terung telunjuk segar dari pokok. Jenahak ada dua jenis daging yang lembut dan yang liat. Resepi jenahak dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di laman Facebook.
Jom kami belanja resepi sedap memikat hati iaitu kari ikan jenahak dikongsikan oleh Fuad Ismail Iskandar di laman Facebook. Jom cubakan resepi kari jenahak sedap terangkat berikut.
Itu dia lauk paling meriah macam menu di kedai. Nor Asiah berkongsikan resepi jenahak masak [email protected]. Sesiapa suka lauk masam-masak ngam betul lah masakan ini. Makan bersama nasi putih dan sambal pelam, Umphh sedap!
Teringin masak kari jenahak tapi tidak mahu makan bersantan? Tidak perlu risau pasal itu kerana boleh masak kari jenahak tanpa santan. Gerenti rasa dia macam ada santan dan sedap tak pandang kiri kanan langsung. Sila cubakan resepi ala Julia Ahmad di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Seekor ikan jenahak saiz sederhana,
Halba campur 2 sudu kecil,
Halba biasa setengah sudu kecil,
Biji sawi 1 sudu kecil,
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil,
Daun kari 3 tangkai.
Bahan kisar :
Bawang merah 5 ulas,
Bawang putih 5 ulas,
Bawang besar 1 biji,
Halia 3 inci,
Kunyit hidup 1 inci,
Bahan lain :
Cili kering siap dikisar 1-2 senduk ikut pedas masing-masing,
Rempah kari ikan 1-2 senduk,
Air asam jawa pekat 1 cawan,
Sayur bendi,
Tomato,
Terung,
Minyak untuk menumis,
Garam,
Serbuk perasa (jika suka),
Cara-cara :
Panaskan minyak, masukkan halba campuran, biji sawi, serbuk lada hitam, dan daun kari.
Seterusnya, masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
Masukkan cili kering yang sudah dikisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari. Masak lagi hingga garing.
Lalu, masukkan air asam jawa dan ikan. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air panas ikut pekat yang disuka. Kalau guna air panas, cantik warna kuah kari ini.
Masukkan pula sayur bendi dan tomato.
Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa (kalau suka). Kecilkan api dan biarkan menggelegak beberapa minit.
Seterusnya menu kita ialah jenahak stim taucu pedas. Ada rasa masam dan pedas tercampur. Makan dengan nasi putih panas minta ampun sedapnya. Boleh cuba masak, sedap dan jimat. Sila cubakan resepi mudah oleh Ahmad Shinoda di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Ikan jenahak 3-4 ekor.
Susun ikan di atas beberapa batang daun bawang.
Kukus ikan kosong guna api besar selama 10 minit atau hingga masak, buang air ikan jika telalu banyak.
Bahan kuah :
Halia 2 inci cincang halus,
Bawang putih 4-5 ulas cincang halus,
Cili padi merah 3-4 batang cincang halus,
Taucu pedas 2-3 sudu besar – jenama Yeo’s,
Sos tiram 2 sudu besar,
Kicap cair 2 sudu besar,
Gula 2 sudu,
Air masak.
Bahan lain :
Daun bawang ikut suka.
Bawang goreng buat sendiri, bawang digoreng bersama cili kering potong 2-3 batang.
Cara-cara :
Tumis bawang putih dan halia sampai wangi.
Bila sudah wangi masuk taucu, sos tiram, kicap cair, gula, dan cili padi. Goreng sampai agak kering.
Terus masuk air masak ½ cawan. Agak-agak sudah pekat, boleh tutup api.
Siram kuah ke atas ikan (bersama minyak tumisan).
Tabur bawang goreng bersama lada kering, hias dengan daun bawang.
*Tidak perlu garam kerana taucu agak masin, cuma tambah kicap cair jika ingin lebih masin.
Jom masak jenahak tiga rasa. Ada masam, manis, pedas dalam satu menu. Sabariah Bahasar berkongsi resepi jenahak 3 rasa di laman Facebook. Masak untuk makan tengahari gerenti satu keluarga suka. Puas makan kenyang dari pagi hingga ke malam.
Bahan-bahan :
Ikan digaul dengan garam, kunyit, tepung jagung dan sedikit minyak.
1 cawan nenas didadu,
2 bawang besar didadu,
2 tomato didadu,
Cili api potong halus,
Bahan kisar :
1 ulas bawang besar,
5 ulas bawang putih,
1 inci halia,
1 inci lengkuas,
Cili api dan cili merah.
Bahan lain :
2 sudu makan sos tiram,
2 sudu makan sos plum,
1 sudu makan minyak bijan,
2 sudu makan sos ikan,
4 sudu makan cili sos,
4 sudu makan sos tomato,
Cara-cara :
Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Lauk simple-simple dan semestinya sihat. Sesiapa yang tengah berdiet, atau tidak ada selera makan, boleh cuba makan sup kepala jenahak. Mudah, sihat, dan kaya vitamin. Ayuh cubakan resepi sup jenahak senang ala Bahiah Saripuddin di laman Facebook.
Bahan-bahan :
1 kepala ikan jenahak,
1 peket sup ikan Adabi,
3 biji bawang merah ditumbuk,
3 ulas bawang putih ditumbuk,
½ inci halia,
1 biji bawang besar dipotong dadu,
½ batang lobak merah,
4 biji cili hijau diketuk,
2 cawan air putih,
Sedikit garam dan gula,
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sehingga garing dan kekuningan.
Kemudian, tambahkan air putih dan masukkan rempah sup ikan Adabi.
Biarkan ia mendidih baru masukkan kepala ikan. Biarkan lagi sehingga ikan hampir masak.
Tambah bahan perasa iaitu gula dan garam. Kacau sebati dan boleh masukkan bahan hiasan lain.
Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidang.
Walaupun nama dia jenahak stim limau, tetapi jangan kukus sekali limau hiris itu, nanti isi ikan jadi pahit. Cukup bubuh jus limau sahaja masa kukus. Bubuh limau hiris hanya sebagai hiasan sahaja bagi segak sedikit baru syok makan. Resepi dikongsikan oleh Azian Abdul Halim di laman Facebook.
Bahan-bahan :
Halia,
Bawang putih 4 ulas,
Serai,
Garam,
Air ½ cawan,
Cabai melaka,
Perasa secukupnya,
Jus limau nipis 1 biji setengah,
Sos ikan 1 sudu,
Tomato 1 biji,
Bawang Holland ½ biji,
Daun sup dan daun bawang hiris.
Cara-cara :
Halia ditumbuk dengan bawang putih.
Ikan lumur garam kemudian selit serai dalam perut ikan, letak dalam bekas.
Bancuh dalam mangkuk lain halia, bawang putih tumbuk, air dalam ½ cawan, cabai melaka hiris dadu dalam 10 biji, cukup rasa, jus limau nipis 1 biji setengah, dan sos ikan dalam 1 sudu.
Kemudian curah bahan ke atas ikan. Terus stimkan.
Jika hampir masak bubuh tomato 1 biji dan bawang holland ½ biji.
Jenahak masak asam menu terakhir kita. Pastikan anda guna asam jawa macam resepi yang dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di laman Facebook. Masakan ini guna banyak cili padi. Amat sesuai untuk anda yang suka lauk masam-masam pedas.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.