Pernahkah anda makan scone? Scone atau skon ialah sejenis kek yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, barli atau mil oat serta menggunakan serbuk penaik sebagai agen pengikat dan cara masak ialah dibakar di atas kuali leper. Skon pula diperisakan manis dan kadangkalanya diberus dengan lapisan kuning telur sebelum dibakar.

Namun pada resepi yang kami tulis kali ini, scone dimasak hanya dengan menggunakan 3 bahan iaitu mentega, tepung naik sendiri, dan krim atau susu segar dan dimasak dengan cara dibakar. Resepi scone ringkas dikongsikan oleh Umie Nurhayati di laman Facebook.

Resepi ini paling simple dan sedap, kalau beli sebiji di cameron RM 4 seketul. Buat sendiri puas makan. Kudap-kudap untuk menu minum petang seronoknya.

Resepi Scone 3 Bahan

skon

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 115 g mentega (sejuk),
  • 2 ½ cawan tepung naik sendiri,
  • 1 cawan krim @ susu segar.
    *Kalau suka manis boleh bubuh gula perang sedikit.

Cara-cara :

  1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.

    skon

    Imej via Facebook

  2. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  3. Uli sampai jadi doh dan tidak lembik.
  4. Canaikan doh tipis sedikit, dan lipat macam lipat baju.

    skon

    Imej via Facebook

  5. Uli balik doh dan ikut step pertama.
  6. Terap doh guna acuan bulat, kalau tidak ada bulat-bulatkan sendiri senang.
  7. Susun di atas dulang pembakar, tidak perlu jarakkan sangat pun tidak apa.

    skon

    Imej via Facebook

  8. Sapu permukaan scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
  9. Bakar pada suhu 250°C selama 15 minit @ sehingga bahagian atas keperang-perangaan.
  10. Bolehlah dihidangkan nanti, makan bersama jem strawbery, sedikit butter dan krim putar.
    Nota: Jangan bakar sampai garing, nanti scone keras. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi scone, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.