Mahu resepi donut gebu? Apakah anda antara penggemar makanan manis seperti donat? Anda selalu teringin membeli dan memakan donat favorit anda? Mulai sekarang anda tidak perlu penat pergi ke gerai donat untuk menikmati makanan favourite anda tersebut.
Mulai hari ini selepas anda membaca artikel ini anda patut untuk mencuba sendiri resepi donat gebu yang kami kongsikan dan boleh membuat donat kesukaan anda bila-bila masa sahaja.
Donat ialah makanan khas barat yang sudah lama popular di seluruh negara. Ianya dibentuk dengan menyatukan kedua sisi adunan doh berbentuk persegi panjang hingga membentuk cincin atau menggunakan pemotong automatik yang sekaligus membuat lubang di tengah adunan doh donat.
Resepi donat gebu ini hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit bagi menghasilkan 130 biji donat gebu. Tutorial dan resepi ini menjanjikan 2 kebaikan yg nyata iaitu penggunaan masa yang minimum dan penghasilan donat yang sedap dan gebu.
Tekstur dalaman donat gebu ini lembut dan spongy namun garing di luar, kekal lembut walaupun sudah sejuk.
Resepi ini tidak perlu menggunakan acuan, tidak perlu bancuh yis guna air suam, tidak perlu perap adunan doh, tidak perlu teknik tumbuk2 adunan doh utk keluarkan angin, tidak perlu masa yg lama utk tunggu adunan doh kembang. Semoga perkongsian yang didapat daripada Noorastella Muhamma di Facebook ini bermanfaat untuk pembaca semua. Sila dipraktikkan.
Selamat mencuba resepi donat gebu yang kami kongsikan..