Terdapat pelbagai jenis resepi rendang yang boleh anda cuba untuk dihidangkan sewaktu raya terutamanya. Rendang sedap dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang, lemang dan ketupat.

Lazimnya kita hanya melihat rendang daging dan rendang ayam. Sebenarnya pelbagai bahan utama boleh diletak seperti ikan, udang, kerang dan telur. Jangan risau, resepi yang kami sediakan ini sangat mudah untuk dimasak dan pasti sedap!

Resepi Rendang Daging Mok Der

Imej via [ Facebook ]

Resepi rendang daging istimewa ini dikongsikan oleh Wan Noraini Wan Adam yang juga penjual lemang dan aneka lauk termasuk rendang daging. Jangan lupa untuk mencuba resepi beliau kerana cara pembuatannya lain daripada yang lain dan dijamin sedap. Anda juga boleh membelinya pada beliau.

Bahan dikisar bersama minyak:

  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kunyit

Bahan disangai dan ditumbuk:

  • Rempah biji
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih

Cara-cara Memasak:

1.Tumiskan bahan kisar.

2.Masukkan serai yang dipotong.

3.Masukkan bahan-bahan yang telah disangai dan ditumbuk.

4.Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sehingga naik minyak.

5.Masukkan sedikit rempah rendang Mak Siti.

6.Masukkan gula kabung.

7.Setelah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa.

8.Masukkan kerisik.

9.Masukkan daging yang telah direbus, boleh juga masukkan air rebusan daging.

10.Setelah digaul, masukkan santan pekat.

11.Letak daun kunyit, taburkan cili api dan daun limau purut.

Resepi Rendang Hitam Manis

Imej via [ Facebook ]

Selalunya kita hanya merasai rendang biasa. Apa kata kali ini kita mencuba resepi unik iaitu rendang hitam manis yang dikongsikan oleh Effa Khodeejaah di Facebook. Bahan yang digunakan dan cara memasak sangat mudah. Sedap dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi impit.

Bahan-bahan:

  • 1 KG ayam
  • 15 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 15 batang serai (dihiris halus)
  • 10 biji buah keras (direndam)
  • 1 botol kicap manis
  • 15 tangkai cili kering
  • Kerisik
  • 1/2kg santan pekat
  • Rempah lima sekawan
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1.Kisar bawang besar, bawang putih, biji keras, cili kering, serai dan halia.

2.Perapkan ayam dengan kicap bersama separuh bahan yang dikisar selama 3 jam lebih.

3.Panaskan minyak dan tumis rempah 5 sekawan.

4.Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.

5.Masukkan ayam yang telah diperap.

6.Kemudian masukkan semua bahan dan sedikit air asam jawa. Sesuaikan dengan rasanya.

7.Renihkan sehingga pecah minyak.

8.Taburkan bawang goreng sebagai hiasan.

Resepi Rendang Pedas Kerang

Imej via [ Facebook ]

Resepi rendang kerang sedap ini pula dikongsi oleh Mariana Zainal. Para pecinta kerang perlu cuba resepi ini. Makan dengan nasi panas pasti buatkan anda bertambah. Tak nak cuba ke?

Bahan utama:

  • 1-2 kg kerang (direbus dan dikopek)

Bahan kisar:

  • 15-18 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bwg putih
  • Sebesar ibu jari halia nak 2
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 6 batang serai
  • 1 biji kelapa ( kisar dengan 2 1/2 cawan air dan perah untuk ambil santannya) atau guna 1 kotak santan kecil
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 paket kecil kerisik
  • 2 helai daun kunyit ( hiris )
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula pasir
  • 1/2 sdb garam
  • 1 sdt perasa
  • 2 1/2 senduk minyak masak

Cara Memasak:

1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.

2.Masukan asam keping, gula dan tumis hingga betul-betul naik minyak.

3.Masukan kerisik dan daun limau purut.

4.Masukkan santan apabila kuah dah mula pekat ( sentiasa kacau jangan sampai pecah santan).

5.Masukan kerang.

6.Letak garam dan perasa.

7.Taburkan daun kunyit.

8.Apabila kuah sudah pekat, sesuaikan dengan rasa.

Resepi Rendang Ayam Tanpa Rempah

Imej via [ Youtube ]

Rendang ayam adalah rendang yang digemari hampir setiap orang. Namun resepi yang dikongsi oleh Maryam Mohamad Yussoff menerusi Facebook dan Youtube Masak Masaklah lebih mudah. Rendang ini dimasak tanpa rempah. Jom tengok bahan dan cara masaknya.

Bahan kisar:

  • 14-15 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang cili padi / cili merah kecil
  • 3 batang serai
  • Sedikit air

Bahan lain:

  • 10 ketul ayam
  • 5-6 sdb minyak masak
  • 6 sdb cili kisar
  • 1 cawan air
  • 1 kotak kecil santan (200 ml)
  • 1 sdb kerisik kelapa
  • Sedikit daun limau purut
  • 1 keping asam gelugor kering
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit daun kunyit (dipotong kecil)

Cara Memasak:

1.Tumis bahan kisar dan kacau seketika.

2.Masukkan 6 sdb cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

3.Masukkan 10 ketul ayam dan kacau sebati.

4.Tuang 1 cawan air dan kacau sebati.

5.Tutup kuali dan biarkan ayam masak.

6.Buka penutup dan kacau seketika.

7.Masukkan 1 kotak kecil santan dan 1 sdb kerisik kelapa.

8.Tabur sedikit daun limau purut dan kacau sebati.

9.Masak sehingga kuah menjadi pekat.

10.Masukkan 1 keping asam gelugur, sedikit garam dan gula.

11.Taburkan sedikit daun kunyit yang dihiris halus dan kacau sebati.

Resepi Rendang Udang Tanpa Santan

Imej via [ Facebook ]

Anda perlu cuba masak rendang udang ini kerana resepinya sangat mudah. Walaupun tanpa menggunakan santan, namun rasa rendangnya tetap berlemak dan sedap. Resepi ini dikongsi oleh Wani Sharif di Facebook.

Bahan dikisar:

  • ‌Bawang merah
  • ‌Bawang putih
  • ‌Halia
  • ‌Lengkuas
  • ‌Serai
  • ‌Cili kering
  • ‌Buah keras
  • ‌1 sudu besar biji ketumbar yg disangai

Bahan lain:

  • ‌Kerisik
  • ‌Gula putih@gula nisan
  • ‌Garam secukup rasa
  • ‌Serai 2-3 batang untuk dititik
  • ‌Daun limau purut
  • ‌Daun salam(option)
  • ‌2 sudu besar kicap manis
  • ‌Udang (udang galah/udang yg bersaiz besar)

Cara Memasak:

1.Goreng udang separuh masak dan ketepikan.

2.Kisar semua bahan-bahan untuk dikisar.

3.Tumis bahan kisar dan serai yg dititik sehingga naik bau dan sehingga cili kering yg dikisar sudah masak (berubah warna menjadi sedikit gelap).

4.Masukkan gula putih@gula nisan dan kacaukan sehingga sebati.

5.Letakkan 1 senduk air dan kacau sebati dan keringkan sedikit.

6.Masukkan 2 sudu besar kicap manis dan kacau.

7.Masukkan kerisik dan garam (secukup rasa).

8.Kacaukan sebati dan biarkan dia naik minyak sekejap.

9.Letakkan udang yang telah digoreng separuh.

10.Kecilkan api dan bagi dia naik minyak.

11.Kacau sekali sekala bagi sekata.

12.Masukkan daun limau purut dan daun salam (jika ada).

13.Kacau sekejap dan tutup api.

Resepi Rendang Ayam Hancur

Imej via [ Facebook ]

Sebenarnya ramai yang suka makan rendang ayam hancur kerana senang untuk dimakan dan dicicah dengan lemang atau ketupat. Mudah sahaja untuk buat rendang ini. Kami kongsikan resepi rendang ayam hancur yang pasti sedap yang disediakan oleh Fatyn Zambry di Facebook.

Bahan kisar:

  • 3-4 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hidup merah + hijau (ni rahsia saya)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai diracik
  • 2 biji buah keras

Bahan lain:

  • Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
  • 2 senduk cili kisar
  • Serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil atau 300 gram kerisik segar
  • 1 cawan santan segar
  • Gula kabong /nisan (rahsia saya)
  • Garam, serbuk hilal (perasa)
  • Daun kayangan (daun kunyit) diracik halus
  • Daun pandan

Cara Memasak:

1.Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.

2.Masuk bahan kisar dan tumis sampai garing dan naik bau wangi.

3.Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak betul-betul dan perlahankan api.

4.Masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai jadi pekat. Api kena perlahan.

5.Masuk garam, gula kabong dan serbuk perasa. Ayam tu dekat isi akan auto hancur. Bahagian bertulang dia maintain je cantik.

6.Apabila dah dapat tekstur pekat, boleh tutupkan api dan tabur daun kunyit.

7.Letak daun limau jika mahu.

Resepi Rendang Daging Jintan Berempah

Imej via [ Facebook ]

Pasti ramai tak pernah rasa rendang ini. Anda memang perlu cuba rendang daging jintan berempah, pasti menjilat jari lebih-lebih lagi makan bersama ketupat dan lemang. Resepi rendang ini dikongsikan oleh Cikgu Munge di Facebook.

Bahan asas:

  • 1/2 kilo daging batang pinang dipotong kecil atau besar mengikut kegemaran
  • *1/2 cawan santan pekat fresh

Bahan-bahan kisar halus:

  • 1/2 cawan air
  • 2 ibu jari lengkuas
  • 1 biji bawang besar sebesar penumbuk
  • 2 batang serai
  • 4 sudu makan rempah daging
  • 3 sudu makan cili blend atau cili boo nk pedas boleh tambah cili api blend
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 cwn kicap lemak manis jalen
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk:

  • 2 sudu makan jintan manis ditumbuk sederhana halus.
  • 2 ibu jari gula melaka atau gula kabung utk menyedapkan lagi rasa manis dan wangi.

Cara Memasak:

1.Masukkan 2 senduk makan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2.Masukkan daging, santan dan jintan manis.

3.Gaul sekata gula melaka dan renehkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.

4.Rendang daging jintan berempah boleh disajikan pekat atau berkuah mengikut kegemaran masing-masing.

5.Boleh taburkan hirisan daun limau yang diracik halus jika suka untuk mengharumkan lagi masakan rendang daging jintan berempah..

Resepi Rendang Ayam Minang

Imej via [ Facebook ]

Resepi rendang ayam minang ini dikongsi oleh Asnidar Ningsih melalui laman Facebooknya. Beliau berkongsi rendang minang yang turut boleh dimasak bersama daging, pedal, hati atau limpa. Dengan satu resepi, anda boleh membuat pelbagai rendang minang yang sedap. Resepinya seperti yang dibawah:

Bahan asas:

  • 2 ekor ayam
  • 1KG santan sekilo dan 2 kotak kecil santan 200ml
  • 2 paket kerisik
  • Serbuk kunyit
  • Garam/perasa
  • Cili boh
  • Serai ketuk
  •  Daun kunyit yang dikoyak
  • Daun limau purut

Bahan kisar:

  • Segenggam halia
  • Segenggam bawang putih
  • Segenggam bawang merah
  • Segenggam lengkuas

Cara memasak:

1.Masukkan semua bahan-bahan dikisar dan bahan asas kecuali ayam.

2.Masak sehingga hampir pekat.

3.Apabila sudah hampir pekat, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.

4.Masukkan ayam dan kacau dengan api yang kecil.

5.Masakkan sehingga ayam empuk.

Rendang Tok Perak

Imej via [ Facebook ]

Pasti ada penggemar Rendang Tok yang sedap dimakan bersama nasi atau lemang. Resepi yang dikongsi oleh Abby Razy ini pasti sedap, tahan lama dan yang penting sangat mudah untuk dimasak.

Bahan-Bahan:

  • 2 kg daging yang di potong kiub
  • 4 biji kelapa (santan)
  • 1 ½ sb jintan halus( jintan putih)- disangai dan tumbuk halus
  • 3 sb biji ketumbar – disangai dan tumbuk halus
  • 6 sb jintan kasar ( jintan manis) – disangai dan tumbuk halus
  • 1-2 senduk cili blend
  • Kerisik-anggaran dalam 1 biji kelapa
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 helai daun kunyit – hiris
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit belacan- optional
  • Garam
  • Serbuk perasa- optional

Bahan kisar halus:

  • 20 ulas bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 -7 batang serai
  • 2 inci lengkuas

Cara Memasak:

1.Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka, garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.

2.Perap dengan daging selama 4 jam. Nak sedap lagi perap semalaman.

3.Selepas diperap, masak atas api dan masukkan bahan yang tinggal.

4.Masak sehingga kering dan bertukar warna.

Resepi Rendang Ikan Kayu

Imej via [ Facebook ]

Resepi rendang ikan juga anda perlu cuba. Sedap dimakan dengan nasi yang panas. Resepi ikan tongkol ini telah dikongsi oleh Eina Dilovina di Facebook. Pasti tak rugi untuk dicuba.

Bahan A:

  • 1 ekor ikan KAYU @ 2 ekor -1 kg – ketepikan bahagian kepala
  • 3 cawan santan dari sebiji kelapa
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut – dikoyak
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan B : (dikisar)

  • 15 tangkai cili kering – gunakan 30 biji cili padi hijau
  • 5 biji cili api
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar (optional)
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis (optional)

Cara Memasak:

1. Potong ikan dan bersihkan.

2. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan ikan kayu, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.

4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.

5. Masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rata dan angkat.

Aneka jenis resepi rendang telah kami kongsikan untuk anda. Anda memang perlu cuba kesemua resepi kerana dijamin sedap dan sangat mudah untuk dimasak. Resepi yang dikongsikan di atas telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif dari pembaca yang telah mencubanya.

Kami juga ada menulis pelbagai resepi lain yang mungkin boleh memberi inspirasi atau idea untuk anda memasak seperti:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.