Resepi yang paling dicari ialah sambal bilis rangup. Siapa suka beli sambal bilis rangup yang biasa dijual di pasaraya mesti tahulah resepi ini. Ya ini sama macam sambal bilis rangup yang selalu dijual di kedai runcit bahkan dalam talian sekalipun itu. Biasa dijual dengan harga RM10-RM11 satu bekas kecil. Sedap memang dan bikin ketagih.

Namun daripada terngiang-ngiang sambal bilis rangup di kedai itu, alangkah baiknya anda buat sendiri di rumah. Boleh letak bilis banyak anda mahu. Puas makan satu balang. Boleh sesuaikan pedas suka-suka dan paling penting memang rangup berhari-hari tau macam orang jual punya.

Jomlah buat sendiri. Kami datangkan resepi daripada Noriza Jaja di laman Facebook. Makan dengan apa pun sedap. Yang pasti memang tidak ada guna air dalam sambal ini sebab itu sambal ini rangup.

Resepi Sambal Bilis Rangup

sambal bilis rangup

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis dibasuh dan ditoskan hingga kering.
  • Bawang kecil dihiris halus (basuh bawang dulu lepas itu baru hiris),
  • Bawang putih dihiris,
  • Cili kering dibasuh dan keringkan,
  • Asam keping, garam dan gula,
  • Tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum @ Tepung Tempura Bestari.

Cara-cara :

  1. Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi. Lebihkan tepung beras daripada tepung yang lain. Sukatan agak-agak sahaja, tetap garing bila betul cara gorengnya.
  2. Gaulkan juga bawang kecil, bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.

    sambal bilis rangup

    Imej via Facebook

  3. Panaskan minyak dengan api sederhana besar. Goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api kalau tak hangus nanti.
  4. Agak-agak sudah coklat keperangan boleh angkat bawang dan toskan.
  5. Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing dan toskan.
  6. Terus goreng cili kering tadi dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit.
  7. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ya.
  8. Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam, gula, dan juga asam keping. Lebihkan gula sedikit ya.
  9. Kacau sampai gula dan garam larut.
  10. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila sambal sudah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
    Siap untuk dinikmati.️

Nota : Jika terbanyak minyak masa menggoreng tidak mengapa. Tinggal kaup sambal bilis yang sudah digaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.

Resepi Menarik Lain

Selain sambal bilis rangup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.