Siapa suka makan terung? Terung ini rasa manis-manis sedikit. Orang kebanyakan masak terung gulai, kari, pajeri terung atau terung goreng berlada. Lauk terung ini dapat dijumpai di kedai-kedai masakan melayu.

Kali ini kami ingin berkongsi resepi yang menarik iaitu terung berinti. Ayam kisar, crab stick, bawang, telur dan lada dibuat untuk bahan inti terung. Cara masak terung berinti unik juga sebenarnya. Anda kena lihat resepi lebih lagi di bawah. Kami kreditkan resepi kepada Diaz Yushazlina yang berkongsi di laman Facebook.

Terung berinti ini tidak pedas ya. Kanak-kanak pun boleh makan. Tapi kalau ingin pedas sila tambah cili padi potong atau makan dengan sambal kicap pun dipersilakan.

Resepi Terung Berinti

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Terung panjang 1@2,
  • Ayam kisar 1 bungkus,
  • Crab stick 3@4 batang,
  • Bawang besar suku @ ½ biji,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Telur 2 biji,
  • Sedikit daun bawang dan daun sup,
  • Serbuk lada putih@lada sulah.
  • Serbuk cukup rasa,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Potong terung secara bulat anggaran tebal ½ cm.
  2. Buang biji terung dan rendamkan terung yang sudah dipotong dalam air garam.
  3. Potong bawang besar, bawang putih, crab stick (potong dadu halus-halus).
  4. Potong daun sup dan daun bawang.
  5. Gaul bahan yang dipotong tadi dengan isi ayam kisar.
  6. Masukkan telur, serbuk lada putih@lada sulah.
  7. Perasakan dengan serbuk cukup rasa. Perap dalam 5 minit supaya sebati.
  8. Seterusnya panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali.
  9. Grill kan terung dan letak isi ayam dibahagian tengah yang kosong tadi.
  10. Agak sudah perang, terbalikkan terung. Biarkan seketika sehingga masak.
  11. Siap untuk dihidang. Boleh makan macam itu sahaja atau dengan nasi. Kalau ingin makan dengan sos pun OK.

Resepi Menarik Lain

Selain terung berinti, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.