Resepi Sup Ayam (Sedap dan Mudah!)
Resepi sup ayam ini pasti membuatkan perut anda gembira. Sup adalah menu yang biasa terdapat dalam kebanyakkan masakan seluruh dunia. Ada pelbagai versi…

Resepi sup ayam ini pasti membuatkan perut anda gembira. Sup adalah menu yang biasa terdapat dalam kebanyakkan masakan seluruh dunia. Ada pelbagai versi sup, ada yang menggunakan daging kambing seperti sup kambing yang berasal daripada India. Ia mengandungi kandungan rempah yang banyak dan sedikit pedas. Manakala ada sup jernih seperti sup sayur dari China. Ia mengandungi bahan yang ringkas seperti bawang putih, lada sulah, ikan bilis dan sayur-sayuran. Selain daripada sup sayur, sup ikan juga ringkas dan mudah. Sup ayam adalah antara sup yang paling mudah namun tetap menjadi kegemaran ramai orang. Ia terkenal di serata dunia. Lazimnya bahan asasnya hanyalah bawang merah, bawang putih, halia serta ayam. Namun atas kreativiti, pelbagai bahan ditambah untuk menaikkan aroma dan sekali gus mempengaruhi rasanya. Ayam pula boleh diganti dengan ayam kampung atau ayam belanda. Ikutlah selera dan kreativiti anda. Jom cuba resepi sup ayam istimewa ini. Cara menyediakannya yang membuatkan sup ayam ini sedap & wangi. Resepi ini telah dikongsi oleh Lin Zalika dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook.
Resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam

Image via Facebook
Bahan - bahan:
- Ayam satu mangkuk sup kecil
- Serai sebatang (dipotong dan diketuk)
- Halia (dihiris sendiri)
- 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- Beberapa ulas bawang putih kecil
- Sedikit daun bawang
- 1 sudu gula
- Garam secukup rasa
Cara - cara:
- Masakkan air sehingga panas, lebihkan air untuk dihirup.
- Tumbukkan lada hitam, bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan serai, halia, ayam, garam serta gula dan biarkan ianya masak.
- Selepas sahaja ayam masak, masukkan bawang putih kecil dan daun bawang.
- Siap!

Image via Facebook
Resepi - resepi lain yang menarik:
Selain daripada resepi sup ayam ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang mudah dan menarik untuk anda cuba. Jadi, jangan lupa tekan dan share artikel artikel ini ya! Selamat mencuba!