Pada waktu petang haruslah ada kudapan bukan? Mengisi masa yang luang ibu boleh membuat cakoi gebu gebas rangup di luar lembut di dalam. Cicah dengan sos manis pandan ala-ala Boat Noodle. Pergh! Sedap sungguh.
Cakoi dibuat daripada tepung gandum dan susu. Bahkan ada resepi yang meletak bawang putih ke dalam adunan cakoi. Menarik bukan? Namun resepi ini tidak menggunakan bawang putih.
Sos manis pandan ala Boat Noodle pula diperbuat dengan esen pandan (wajip) untuk perisa pandan, susu dan tepung kastard. Ianya manis dan berlemak sangat sepadan dimakan bersama cakoi.
Resepi cakoi lembut dan sos manis pandan akan kami hadirkan pada perkongsian kali ini. Didatangkan daripada Raja Amanina di laman Facebook. Tunggu apalagi, sila cuba sekarang.
Selain resepi cakoi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.