Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Kuih Pau Ayam Kudapan Sedap

Teringin makan kuih pau ayam untuk sarapan atau kudapan minum petang? Jom cuba resepi kuih pau ayam lembut sedap untuk kudapan. Kuih pau diperbuat…

ResepiDikemas kini 29 September 2019oleh Rahayu Z
Imej kuih pau ayam yang telah siap dikukus dengan tekstur lembut.

Teringin makan kuih pau ayam untuk sarapan atau kudapan minum petang? Jom cuba resepi kuih pau ayam lembut sedap untuk kudapan. Kuih pau diperbuat menggunakan tepung gandum, yis, gula dan baking powder. Keranakan teksturnya yang lembut dan lunak, anak-anak pun jadi suka makan pau ayam. Kuih pau ayam sedap dimakan pagi sebelum berangkat ke sekolah. Mari buat pau ayam hari ini dengan resepi yang dikongsikan oleh Bahayah Bahasar di laman Facebook. Mudah amat untuk dicubakan di rumah.

Resepi Kuih Pau Ayam

Kuih pau ayam yang gebu dan sedap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ kg tepung gandum,
  • 1 paket yis mauripan,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu kecil baking powder (opsional),
  • 8 sudu besar minyak masak,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Air suam secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bancuh yis dengan sedikit gula dan ½ cawan air suam biarkan hingga kembang.

  2. Masukkan tepung, baking powder, garam, gula dan minyak kedalam bekas lain, gaul rata.

  3. Kemudian masukkan yis yang telah kembang dan air suam.

  4. Uli tepung hingga tidak melekat di jari.

  5. Buat bulat-bulat dan perap selama 15 minit.

    Adunan pau dibentuk sebelum dikukus

    Imej via Facebook

  6. Leperkan dan letak inti ayam.

  7. Perap selama 30 minit dan kukus selama 5-7 minit.

Bahan Inti Ayam:

  • 200 gram isi ayam,
  • 3 ketul kentang dipotong dadu,
  • ½ paket rempah kari daging,
  • 1 labu bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • ½ inci halia,
  • Garam,
  • Gula,
  • Serbuk perasa,
  • Minyak untuk menumis,
  • Daun kari,
  • Daun sup.

Cara-cara :

  1. Racik isi ayam halus-halus.

  2. Potong kentang dalam bentuk dadu.

  3. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kari daging.

  4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga naik bau.

  5. Masukkan daun kari, garam, gula dan serbuk perasa.

  6. Setelah rempah pecah minyak masukkan ayam, ubi kentang dan sedikit air.

  7. Biarkan sehingga ubi empuk dan kering.

  8. Masukkan daun sup yang dipotong pendek-pendek dan tutup api.

  9. Biarkan sejuk.

    Pau ayam yang telah siap dikukus

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih pau ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.