Mencari resepi roti yang sedap  dan menarik? Umumnya roti selalu dimakan sebagai sarapan atau waktu petang kerana ianya  tak berat namun amat mengenyangkan.

Bagaimana pula santapan roti versi anda? Apakah anda mencelurnya dengan susu? Atau makan dengan jem? Bahkan ada juga yang makan roti dengan kuah kari. Sebenarnya sangat banyak versi makan roti mengikut orang yang berbeza.

Namun mesti ada masanya anda berasa bosan juga dengan menu roti yang itu-itu sahaja kan. Oleh itu kami kongsikan untuk anda 25 resepi roti yang sangat kreatif, viral dan sedap. Gerenti anda dan satu keluarga akan suka.

Resepi-resepi di bawah ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang digunakan pada resepi ini juga mudah dan senang disediakan. Resepi ini pun tak memakan masa. Sangat sesuai dengan anda yang sibuk kerja masuk pagi dan tak sempat menyiapkan sarapan itu.

Tidak dinafikan lagi bahawa resepi roti di bawah ini sangat disukai dan digemari kerana kesemuanya sangat viral di Facebook. Tunggu apalagi. Sila cuba resepinya.

1. Resepi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle

sangkaya boat noodle

Imej via Facebook

Lemak berkrimnya roti ini. Kalau anda pernah makan di boat noodle, anda pasti perasan ada menu “Roti Sangkaya”. Rasa dia sedap sangat tapi aduh tak puas makan. Tak cukup tuk puaskan lemak badan ini.

Spesial untuk anda, kami kongsikan resepi mudah dan ringkas untuk anda jamu perut anak-anak dan suami masa cuti ini. Resepi daripada Solehah Yusoff di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia (potong 4)
  • *10 helai daun pandan (blend dan ambik airnya)
  • *1 kotak santan
  • *1 tin susu cair
  • *2 sudu besar susu pekat
  • *3 sudu gula
  • *1 biji telur
  • *2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu besar gula merah
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit esen vanila

Cara Memasak :

  1. Sebatikan bahan bertanda * dalam 1 bekas sebelum diletakkan di atas api supaya tak berketul.
  2. Dengan api sederhana panas, kacau bahan tadi sehingga pekat.
    Tips : kena kerap kacau takut nanti berlebih pekat sangkaya.
  3. Bila sangkaya sudah mula pekat, masukkan gula merah dan pewarna, kacau lagi. Kemudian, masukkan esen vanila.
  4. Tanda sangkaya sudah mula masak, bila kuah tadi sudah mula melekat di sudu dan tak cair lagi.
  5. Potong roti gardenia kepada 4 dan kukus.
  6. Siap. Makan panas-panas lagi sedap.

2. Resepi Puding Roti Sakura

puding roti sakura

Imej via Facebook

Puding yang sangat lezat. Lengkap dengan gambar corak yang sangat cantik bernuansa pokok sakura seakan ada di Jepun. Puding roti sakura sangat sesuai untuk majlis mewah mahupun dihidang kepada keluarga. Boleh dimakan bila-bila sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Norhazani Che Mamat‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 32 gm agar-agar tali
  • 5 gelas air
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 gelas gula pasir
  • 4 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telor
  • Sedikit vanila.

Cara-cara :

  1. Masak agar-agar dengan 5 gelas air hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan gula dan susu pekat.
  3. Blend roti, susu cair dan telur sampai betul-betul halus kemudian tuang dalam agar-agar tadi.
  4. Bila mendidih masukkan vanilla dan padamkan api.
  5. Asingkan sedikit adunan untuk diwarnakan dengan warna pilihan.
  6. Lukiskan corak pada dasar loyang, sejukkan.
  7. Bila adunan sudah suam-suam kuku, tuang ke dalam loyang yang telah dicorakkan tadi.
  8. Siap.

3. Resepi Roti Nan Cheese

roti nan cheese

Imej via Facebook

Buat sendiri boleh letak cheese sampai meleleh. Kali ini kami akan berkongikan resepi nan cheese versi Noor Hazerah‎. Sebenarnya ini ialah resepi donut tapi ditukarnya menjadi nan cheese. Jangan risau dengan rasanya. Resepi ini sudah sangat famous di jagad Facebook.

Bahan-bahan :

  • Yis
  • Air Suam
  • 5 sudu gula
  • Tepung Gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu pekat
  • sedikit garam
  • 1 sdk pelembut rbf
  • 1 keping cheese

Cara-cara :

  1. Masukkan yis ke dalam air suam + 5 sudu gula. Tunggu sampai yis kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, marjerin, telur, susu pekat, garam, pelembut RBF.
  3. Masukkan yis yang sudah kembang (masukkan sedikit-sedikit)
  4. Uli doh sampai lembut tak melekat di tangan.
  5. Boleh bentukkan.
  6. Kemudian masukkan 1 keping cheese ke dalam doh.
  7. Kemudian tekan doh tersebut. Nak guna penggelek pun boleh.
  8. Masak atas pan leper hingga masak. Siap.

4. Resepi Roti Sosej Kukus

roti sosej kukus

Imej via Facebook

Siapa yang suka makan sosej mesti suka resepi roti ini. Resepi roti sosej yang dikongsikan oleh Yati Rahim‎ di Facebook ini dibuat dengan bahan sosej yang dibalut dengan cheese dan roti keping. Rasanya sangat sedap dan mengenyangkan. Apalagi kalau dicicah dengan sos dan mayonais.

Bahan-bahan :

  • Roti sosej
  • Sosej
  • Mayonis
  • Slice cheese

Cara-cara :

  1. Roti sosej potong ditengah, jangan putuskan roti tu.
  2. Sapu mayonis pada roti, letak sosej dan letak slice cheese.
  3. Kukus lebih kurang 3-5 min.

Nota :

  • Sosej terus dikeluarkan dari freezer tak perlu dinyahbekukan sebab nanti bila sudah kukus sosej akan lembut.
  • Slice cheese boleh potong dua untuk sekeping itu ya.
  • Panaskan air kukusan sebelum kukus.
  • Bila sudah siap kukus, angkat roti dari kukusan dan boleh didrizlekan dengan sebarang sos, contoh sos cili, tomato dan sebagainya. Siap.

5. Resepi Roti Goreng Inti Milo

roti goreng inti milo

Imej via Facebook

Rangup di luar namun lembut dan cair di dalam. Sedap makan panas-panas. Roti milo goreng viral ini patut anda cuba. Resepi daripada Atika Aula di Facebook ini sangat elok kejadinnya. Hati-hati jika letak milo jangan berlebih sangat nanti sampai terkeluar bila goreng.

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Milo
  • Air sikit saja untuk bancuh milo bagi pekat.
  • Gula (tak nak letak pun boleh) sebab milo sudah ada gula.

Cara-cara :

  1. Lenyek roti sampai nipis. Tekan guna tangan pun boleh.
  2. Letak milo bajet-bajet jangan banyak sangat ya.
  3. Katup roti dengan roti lain. Tekap dengan cawan bulat.
  4. Pusing-pusing sampai tercabut sendiri. Kalau korang ada acuan 4 segi lagi jimat roti tu.
  5. Tunggu minyak panas sikit baru masukkan, goreng sampai agak perang supaya rangup.

6. Resepi Roti Bun Inti Kacang Merah

Imej via Facebook

Roti bun inti kacang untuk minum kopi petang-petang. Sedia untuk dihidangkan di atas meja untuk disantap bersama keluarga. Roti bun yang diperbuat dengan tepung gandum, telur, gula, susu. Diberi inti kacang merah menjadikan ia terasa manis dan sedap dimakan dengan bun yang gebu.

Resepi roti bun yang gebu, manis berinti kacang merah yang sedap, mudah dan patut cuba. Resepi didatangkan daripada Cik Su di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum 500 gram,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar mauripan,
  • 4 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat manis,
  • 2 sudu besar Planta,
  • 1 sudu kecil bread improver,
  • 1 sudu kecil bread softener,
  • Air secukupnya,
  • Inti kacang merah atau sardin.

Cara-cara :

  1. Mula-mula gaul tepung gandum dengan mauripan dan planta.
  2. Kemudian campur telur, susu, gula dan air hingga jadi 300 ml.
  3. Selepas itu masukkan campuran telur kedalam gandum yang telah digaul dengan mauripan dan planta tadi. Gaul sampai jadi doh selama 30 minit.
  4. Perap dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.
  5. Jika doh sudah naik berganda, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.
  6. Ambil sekepal dan uli, terus masukkan inti kacang atau sardin dan masukkan ke dalam 6 cup muffin pan.
  7. Bakar di api atas bawah 180°C selama 20-30 minit.

7. Resepi Roti Pita Sedap

roti pita

Imej via Facebook

Anda tercari resepi roti pita yang sedap? Kali ini akan kami kongsikan resepi roti pita sedap mudah daripada Mazira Hassan‎‎ di laman Facebook. Roti pita berbentuk bulat. Apabila dihidang selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya. Roti pita biasanya diisi daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya jadi tebal, sedap dan mengenyangkan.

Bahan-bahan :

  • Daging burger / isi ayam (potong dadu),
  • Sos tiram,
  • Sos cili,
  • Sos lada hitam (serbuk lada hitam),
  • Bawang Holland (potong dadu),
  • Timun (potong dadu),
  • Tomato (potong dadu).

Cara-cara :

  1. Goreng daging burger sampai masak.
  2. Keluarkan sekejap.
  3. Tumis bawang holland dalam kuali yang sama sampai wangi dan sedikit layu.
  4. Masukkan balik daging tadi dan sayuran lain.
  5. Tambahkan sos tiram (sedikit saja takut nanti masin).
  6. Masukkan sos cili, sos lada hitam. Kacau sebati. Siap isi.
  7. Bakar sekejap roti pita, belah dua dan buat poket.
  8. Paipkan mayonis dan masukan inti tadi.
  9. Kalau ingin letak salad kena letak sebelum letak inti.

8. Resepi Rotiboy

rotiboy

Imej via Facebook

Resepi rotiboy rangup di luar dan mempunyai aroma wangi yang khas seperti kopi. Sekali tercium wangi Rotiboy confirm siapapun akan tergoda dan ingin beli. Namun harganya agak mahal dan tidak semua kawasan ada kedai Rotiboy.Jika teringin sangat makan Rotiboy silalah buat Rotiboy sendiri di rumah merujuk resepi daripada Cik Elly yang dikongsikan di laman Facebook.

Bahan Inti :

  • 50 gram mentega bergaram, dilembutkan.
  • ¼ sudu teh esen vanilla,
  • 25 gram gula perang.

Bahan Topping :

  • 50 gram mentega, dilembutkan.
  • 40 gram gula aising, diayak.
  • 1 biji telur, dipukul sedikit.
  • 1 ½ sudu makan Nescafe dicampurkan dengan 1 sudu besar air.
  • 50 gram tepung serbaguna, diayak.

Bahan Doh Manis :

  • 250 gram tepung roti, diayak (saya guna tepung superfine).
  • 10 gram tepung susu, diayak (saya tidak guna, sebab sudah guna susu segar).
  • 35 gram gula kaster.
  • ½ sudu teh) garam.
  • 1 ½ sudu teh yis segera.
  • ½ biji telur, dipukul sedikit.
  • 135 gram (135 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air. Saya guna susu segar).
  • 30 gram mentega, dilembutkan.

Cara untuk Intinya :

  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk
  4. sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping :

  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan esen kopi atau Nescafe.
  3. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
  4. Masukkan kedalam piping bag (saya masukkan dalam plastik je, sebab tiada piping bag) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis :

  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
  4. (Selepas menguli gunakan mixer, saya uli doh dengan menggunakan tangan sambil ambil sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh kelihatan licin dan lembut) Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50 gram (boleh dapat 13 bahagian).
  5. Bentukkan bulat.
  6. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara Membuat Rotiboy :

  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti.
  2. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5 cm diatas loyang pembakar.
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.
  5. Pipe topping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 °C selama 15-20 minit atau sampai roti kekuningan.
  6. Siap.

9. Resepi Roti Sarang Lebah

roti sarang lebah

Imej via Facebook

Yus Sue di laman Facebook berkongsikan cara membuat roti sarang lebah step by step. Bahkan dengan bahan seadanya boleh ciptakan roti enak ini. Roti sarang lebah boleh anda buat untuk hidangan acara-acara majlis, boleh juga untuk hidangan petang-petang dan untuk berniaga. Dijadikan oleh-oleh juga amat menarik. Selamat mencuba.

Bahan A :

  • 150 ml air suam,
  • 1 sudu besar yis,
  • 1 sudu besar susu pekat,
  • 1 sudu besar gula.

Bahan B :

  • 250 gm tepung gandum high protein,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar susu tepung,
  • 1 sudu besar water roux/tangzhong (1 sudu besar tepung gandum + ¾ cawan air dimasak hingga agak pekat dan biarkan sejuk).
  • 1 biji telur,
  • Secubit garam.

Bahan C :

  • 1 sudu besar susu segar,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar madu.

Hiasan :

  • Almond,
  • Biji labu,
  • Bijan hitam.

Sos Butterscotch :

  • ½ cawan gula perang,
  • 25 gm butter,
  • ½ cawan whipping cream,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan A, kacau dan biarkan 10 minit sampai berbuih.
  2. Setelah 10 minit satukan dengan bahan B, gaul rata.
  3. Uli sehingga licin dan doh tidak melekat di tangan. Uli dalam 20-30 minit.
  4. Tutup bekas dengan tuala lembab dan biar selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Tumbuk perlahan untuk membuang angin. Bentukkan doh sebarang bentuk yang disukai dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Sapu bahan C (bancuhan susu, telur dan madu) ke atas roti.
  7. Tabur bahan hiasan, almond, biji labu dan bijan hitam.
  8. Bakar suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
  9. Terus sapukan butter masa keluar dari oven.Sambil tunggu roti siap. Buat sos butterscotch.
  10. Masak gula hingga cair guna api kecil.
  11. Masukkan butter gaul sebati.
  12. Masukkan whipping cream, kacau sebati hingga berbuih dan pekat.
  13. Akhir sekali masukkan garam.
  14. Selepas roti masak dan keluar dari oven terus siram butterscotch.

10. Roti Keping Gardenia Sosej Cheese

Imej via Facebook

Roti gardenia sosej cheese dibuat dengan cara roti dileperkan dan dilapiskan dengan cheese dan sosej. Yang membuat roti makin menarik ialah ianya digulungkan bersama sosej dibalut tepung roti sebelum digoreng. Rasa kudapan ini rangup dan padat serta cheese yang meleleh dalam mulut sangat meletup di mulut. Sila cubakan resepi roti gardenia sosej cheese yang dikongsikan oleh Jamilah Kak Mel di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sosej,
  • Roti keeping gardenia,
  • Kepingan cheese,
  • Bread crumbs,
  • Telur,
  • Lada sulah dan garam secukupnya (optional).

Cara-cara :

  1. Leperkan roti, leperkan guna apa-apa sahaja.
  2. Letak kepingan cheese di atas roti yang sudah dileperkan.
  3. Sosej direbus dulu, toskan baru kemudian letakkan di atas roti.
  4. Gulung roti yang telah dilapis cheese dan sosej sampai abis.
  5. Letak sedikit telur untuk melekatkan hujung gulungan. Pastikan telur dipukul sebati. Kalo ingin bubuh lada sulah dan sedikit garam pun boleh.
  6. Kemudian celup roti gulung tadi ke dalam telur dan golekkan di atas tepung roti.
  7. Sedia untuk digoreng. Pastikan minyak sudah cukup panas, baru digoreng. Tidak perlu goreng sampai renting. Sebab sosej sudah masak.
  8. Goreng sampai nampak warna emas.
  9. Siap. Makan cicah dengan sos cili pun sedap.

11. Resepi Roti Poket Doraemon

roti poket doraemon

Imej via Facebook

Bahan asas membuat kudapan ini ialah roti Gardenia yang digelek nipis. Roti kemudian dipotong setengah lingkaran dengan melekatkan tepi kedua-dua roti. Roti ini diisi dengan daging burger dan sosej yang dihancurkan. Sebelum isi dimasukkan, roti harus digoreng terlebih dulu. Roti poket doraemon sedap dijadikan hidangan minum petang. Lebih sedap lagi kalau dihidangkan panas-panas. Terasa garing dan renyah. Sila cubakan resepi daripada Bonda di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia,
  • Sedikit tepung,
  • 2 biji telur,
  • Serbuk roti,
  • Daging burger,
  • Sosej.

Cara-cara :

  1. Gelek roti satu persatu.
  2. Gunting bentuk bulatan. Mesti angka genap ya.
  3. Bancuh sedikit tepung untuk buat gam.
  4. Sapukan tepung di sekeliling roti, cantumkan dua roti menjadi satu.
  5. 2 biji telur dipukul kembang.
  6. Celup roti dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti.
  7. Goreng satu persatu.
  8. Sejukan sebelum dipotong. Potong tengah untuk dapatkan bentuk poket doremon.
  9. Untuk inti sediakan daging burger yang sudah dihancurkan dan sosej.
  10. Goreng sosej dan daging burger sampai garing.
  11. Jika sudah garing, campurkan daging burger dan sosej.
  12. Sediakan cili sos mayonis dan kalau suka boleh tambah serbuk lada hitam.
  13. Campurkan semua bahan dan gaulkan sampai sebati.
  14. Kalau ingin lagi pedas tambah sos cili.
  15. Sumbatkan bahan yang digaul tadi dalam poket doremon.
  16. Sedia dan boleh terus dimakan.

12. Resepi Roti John

roti john

Imej via Facebook

Roti john memang sedap dan mengenyangkan, makan satu saja boleh kenyang. Ia diperbuat dengan roti oblong yang diisi dengan daging kisar, bawang, cili, telur dan sayuran. Tidak hairan roti john ini banyak penggemarnya. Apa kata kalau anda buat resepi roti john sedap menjilat jari daripada ‎Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Roti john/roti oblong dibelah tengah,
  • Daging kisar ramly atau daging burger,
  • Bawang merah,cili merah, cili api,
  • 2-3 biji telur,
  • Planta,
  • Sos cili,
  • Mayonis,
  • Thousand island,
  • Timun dan kubis,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula satukan telur, daging, bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.
  2. Kemudian sapu roti dengan planta. Ketepikan.
  3. Lalu sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging sampai masak.
  4. Tekapkan roti tersebut di atas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
  5. Bila sudah masak, baru angkat.
  6. Kemudian letak sayur dan sos yang ada.
  7. Siap dipotong.

13. Resepi Roti Keping Telur Sardin Viral

roti telur sardin

Imej via Facebook

Ini bukan resepi roti telur sardin biasa. Bahannya menggunakan roti keping yang kemudian dibalut dengan sardin dan telur yang sudah digaulkan. Jika roti ini disajikan sebagai sarapan untuk keluarga anda, confirm mereka akan sangat menyukainya. Selain daripada tampilan yang menyelerakan, rasa yang gerenti sedap, juga roti ini sangat bergizi dan kaya akan protein. Resepi dikongsikan oleh ‎Zur Ain Salim di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 tin kecil sardin
  • ½ biji bawang holland*
  • 3 biji cili padi*
  • Sedikit daun sup dan daun bawang*
  • Garam
  • Lada hitam ( akak tukar lada sulah )
  • 3-4 biji telur
  • Roti keping

Cara-cara :

  1. Lenyek ikan sardin (ambil sedikit sos nya).
  2. Cincang bahan yang bertanda*.
  3. Gaul sebati bahan dengan ikan sardin, telur, garam, lada kecil, lada sulah, bawang holland, daun bawang dan daun sup.
  4. Kemudian celupkan roti dalam sardin yang telah dicampur tadi.
  5. Lalu, goreng macam roti telur biasa. Siap.

14. Resepi Pizza Roti Putih

resepi roti pizza

Imej via Facebook

Resepi pizza ini sangat simple dan memerlukan sekitar 15 minit sahaja. Tidak leceh membuat adunan doh roti pizza. Cukup guna roti putih yang ada di rumah anda. Kalau ada roti yang hampir expired namun tidak habis lagi. Boleh diubah menjadi roti pizza yang sedap sangat! Resepi pizza mudah serta lengkap dengan gambar step by step yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali di facebook.

Bahan-bahan :

  • Roti.
  • Sos Spaghetti.
  • Sosej.
  • Cendawan.
  • Cheese.
  • Mayonis dan Sos Cili.

Cara Membuat :

  1. Letak roti ke dalam dulang pembakar.
  2. Letak sos spaghetti dan sos cili.
  3. Letak sosej dan cendawan.
  4. Letak mayonaise.
  5. Taburkan cheese.
  6. Akhir sekali, bakar selama 10 minit pada suhu 150’C. Siap.

15. Resepi Puding Roti Pelangi

puding roti pelangi

Imej via Facebook

Seterusnya kami hadirkan untuk anda resepi puding roti pelangi yang viral di laman Facebook dikongsikan oleh Zura Zul‎. Selain sedap, puding ini juga boleh bikin kenyang. Puding ini juga boleh anda buat sebagai makanan petang-petang mahupun untuk acara majlis.

Bahan-bahan : (loyang 8×8)

  • 20g agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula

Bahan Blender :

  • 5 keping roti gardenia
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 penutup botol esen vanilla (star brand)
    *Blender hancur/halus

Cara-cara :

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula. Kacau-kacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan blender. Sentiasa kacau sehingga agak pekat. Tutup api.
  3. Bahagikan adunan agar-agar ke dalam 3-4 bekas. Warnakan ikut suka.
  4. Guna sudu/senduk untuk setiap warna berselang seling. Bertindan-tindan sehingga habis adunan.
  5. Bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  6. Kemudian potong. Hidang sejuk-sejuk lagi sedap.

16. Resepi Roti Jala

roti jala

Imej via Facebook

Meroti ialah aktiviti masak yang paling diminati. Kali ini kami akan jemput anda membuat roti jala yang lembut. Hidangan ini boleh dibuat untuk menu sarapan pagi atau minum petang. Resepi oleh Cahaya Saudah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 3 cawan air,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 biji telur,
  • 2 sudu besar minyak masak,
  • Sedikit pewarna kuning atau
  • sebuk kunyit.

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan dan blend hingga sebati dan halus.
  2. Masukkan dalam acuan roti jala.
  3. Kemudian boleh menjala dengan gembira. Lagi senang kalau guna kuali ajaib tidak melekat.

17. Resepi Roti Canai

roti canai

Imej via Facebook

Pagi-pagi sarapan sarapan roti canai. Resepi ini boleh anda cubakan di rumah terutamanya jika anda jenis yang suka makan roti canai. Ahli keluarga mesti suka. Untuk yang bujang pula daripada berseorangan lepak di kedai mamak, tidak ada salahnya cuba buat sendiri bukan? Boleh jemput kawan-kawan makan bersama. Resepi oleh Snk Mohammad di Facebook. Pastikan doh rehat selama 8-10 jam baru goreng ya.

Bahan-bahan :

  • 4 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan air (anggaran),
  • 1 biji telur,
  • 1 ½ sudu besar gula,
  • 1 sudu teh garam,
  • 1 sudu rata majerin.

Cara-cara :

  1. Campurkan tepung, air, telur, gula, garam gaul dan uli sampai tidak melekat.
  2. Jika sudah jadi doh tambah majerin dan uli 10 minit.
  3. Kemudian rehatkan doh selama 10 minit untuk membentuk gluten.
  4. Selepas 10 minit uli lagi 10-15 minit sampai elastik. Elastik ini apabila kita tarik doh tidak koyak.
  5. Kemudian bulatkan ikut besar penumbuk.
  6. Letak majerin dan tutup dengan plastik 1 malam. Kalau boleh uli malam, pagi boleh makan).
  7. Tebar roti senipi-nipisnya. Kalau doh cukup rehat dan uli memang elok kejadian kalau ditarik dan tebar takkan senang koyak.
  8. Bentukkan roti ikut kesukaan ingin bulat atau petak.
  9. Goreng dengan minyak sedikit ikut selera anda.
  10. Siap dihidang bersama kuah kegemaran.
  11. Jika sudah siap digoreng terus kapok-kepokkan roti macam di kedai buat baru lah mabeles.

18. Resepi Roti Puri Kembong

Imej via Facebook

Menu simple senang buat di rumah. Roti puri kembong resepi Nurasykin Ali di laman Facebook ini sangat mudah ditiru. Tanpa yis dan menjadi gebu. Sedap sangat dapat cicah kari, sambal tumis ikan bilis, kacang merah, kuah dal, kuah kacang, sardin atau sengkaya.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 3 cawan,
  • Gula 1 sudu besar,
  • Garam 1 sudu kecil,
  • Marjerin 1 sudu kecil,
  • Air suam 1 cawan,
  • Minyak masak.

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
  3. Uli sampai doh tidak lekat di tangan.
  4. Biar sekejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat.
  5. Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
  6. Canai leper dan masuk dalam minyak yang betul-betul panas. Api sederhana.
  7. Tengah goreng tu siram-siramkan minyak panas atas puri biar gemoks mengembung. Angkat dan hidangkan.

19. Resepi Bingka Roti

Imej via Facebook

Jika anda punya lebihan roti yang dekat habis tempoh, baik anda olah menjadi bingka roti. Maka, tidaklah membazir dan dapat merasa hidangan sedap. ‎Nurul Atika berkongsikan resepi bingka roti dilaman Facebook.

Bahan A :

  • 1 kotak santan,
  • 1 cawan susu segar,
  • ½ cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu esen vanilla,
  • 2 biji telur,
  • 2 sudu majerin/butter,
  • 7 keping roti (carik-carik) letak dalam bekas yang sesuai (sapu sedikit butter dekat bekas tersebut).

Cara-cara :

  1. Blend semua bahan (kecuali roti).
  2. Carik roti dalam bekas yang telah disapukan sedikit butter bagi mengelakkan melekat.
  3. Tuangkan bahan blend ke dalam bekas bahan roti (biarkan 8 min, bagi meresap).
  4. Panaskan oven 10 minit, bakar 20 minit.

20. Resepi Murtabak Roti Daging Cheese

Imej via Facebook

Jom minum petang dengan murtabak daging cheese. Hidangan yang tampak sukar namun senang sangat kerana menggunakan roti keping sahaja. Penyediaan mudah dan cheese yang meleleh itu sangat menyelerakan. Resepi dikongsikan oleh Nazura Zainal Abidin di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 12 keping roti,
  • 8 biji telur,
  • 2 keping daging kisar Ramly,
  • 2 biji ubi kentang – potong dadu,
  • Sebiji karet – potong dadu,
  • Sebiji bawang besar – potong dadu,
  • Daun bawang hiris halus,
  • Batang saderi hiris halus,
  • Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus,
  • 3 sudu besar serbuk kari daging,
  • Sedikit serbuk lada hitam,
  • Cheese,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan tumbuk dan masukkan rempah kari.
  2. Masukkan daging kisar tadi gaul rata bersama rempah
  3. Masukkan ubi kentang dan karet.
  4. Bubuh air dan biarkan ia mendidih sehingga ubi kentang masak.
  5. Masukkan garam gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  6. Masukkan pula bawang besar, daun bawang dan saderi.
  7. Gaul sempurna dan tutup api. Inti jangan terlalu kering.
  8. Sapukan planta majerin dikeliling pyrex dan susun roti yang dicelup telur kedalam pyrex.
  9. Bubuh inti dan taburkan cheese dan ratakan.
  10. Susun lagi roti yang dicelup telur keatas inti tadi dan tuangkan telur selebihnya.
  11. Dibakar pada suhu 180°C.

21. Resepi Roti Gula Crunchy

Imej via Facebook

Ramai yang suka makan roti kering manis. Makan roti kering cicah dengan teh o. Orang-orang tua suka makan macam ini. Lagi senang dengan cara simple hanya guna roti yang hampir expired pun boleh. Ini bukan resepi sekadar marjerin tabur gula. Nur Ashikin A Ridzuan berkongsikan resepi yang unik di laman Facebook. Pastinya lebih sedap.

Bahan-bahan :

  • Gula perang,
  • Susu pekat,
  • Marjerin.

Cara-cara :

  1. Campurkan gula, marjerin dan susu pekat. Sukatan boleh agak-agak dan pukul sehingga sebati dan fluffy.
  2. Sapukan pada roti. Potong roti cantik-cantik.
  3. Masukkan dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 160°C selama 20 minit. Kalau ingin lagi perang, letak lagi lama tapi jangan sampai hangus
  4. Waktu keluar oven memang dia agak lembut. Sejukkan dulu sebelum masuk dalam bekas kedap udara. Memang rangup dan tahan lama dan pastinya sedap.

22. Resepi Karipap Roti

Imej via Facebook

Sedap, senang dan lazat. Buat karipap dengan mudah menggunakan roti keping. Tidak ada roti keping putih jangan gusar, roti lain ada, contoh sandwich loaf yang diguna oleh Zaitul Ummi di laman Facebook. Potong ikut suka boleh dapat 12 keping. Buat inti karipap pun yang mudah dan simpel.

Resepi Inti Karipap Sardin :

  • 4 biji kentang sederhana besar (dipotong dadu),
  • 3 biji bawang merah (hiris),
  • 3 ulas bawang putih (hiris),
  • 2 sudu besar serbuk cili (bancuh dengan air),
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam (bancuh dengan air),
  • Minyak masak untuk menumis,
  • Kiub ikan bilis@ayam (kalau tidak suka tidak perlu letak),
  • 2 sardin tin (boleh lebih ikut selera masing-masing).

Cara Masak :

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, serbuk cili, serbuk kari. Kacau sampai wangi.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan kiub.
  3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Masukkan dua cawan air masak sampai
  4. kentang empuk. (Tambah air kalau belum empuk).
  5. Bila air sudah kering, masukkan 2 ketul sardin dan sosnya sedikit, kacau sebati.
  6. Sedia untuk digunakan.
  7. Tepi roti tidak perlu buang. Lenyek roti kemudian isi inti kentang. Tekan-tekan dengan garfu untuk buat kelim.

23. Resepi Popia Roti Inti Ayam

Imej via Facebook

Resepi menarik roti lain ialah popia roti berinti ayam. Senang dan sedap untuk kudapan minum petang. Menggunakan roti keping dan kulit popia. Anda hanya perlu lipat-lipa roti dan balut dengan kulit popia. Inti yang sedap menambah kesedapan popia roti. Resepi oleh ‎Nor Izan Mustapa‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 300 gram isi ayam/daging – cincang,
  • 1 biji bawang besar saiz sedang – hiris,
  • 2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris,
  • Cili merah – hiris,
  • Daun sup dan daun bawang – hiris,
  • Serbuk lada sulah/lada hitam/garam ikut rasa,
  • Bun sosej/roti gardenia,
  • 2-3 sudu besar sos cili,
  • 1 sudu besar mayonis,
  • Kulit popia.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sampai ayam separuh masak.
  3. Masukkan cili merah, daun sup dan daun bawang, kacau lagi smpai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. Biarkan sejuk.
  4. Campur sos cili dan mayonis pada inti ayam dan kacau sebati.
  5. Sapu roti dengan marjerin dan, letak isi ayam dan lipat.
  6. Potong 2 dan balut roti dengan kulit popia.
  7. Goreng hingga kulit popia perang dan toskan minyak.
    * bole tambah cheese dan lobak merah yang didadu jika suka.

24. Resepi Roti Gardenia Burger Malaysia

Imej via Facebook

Seterusnya ialah burger Malaysia versi guna roti celup tepung. Bubuh sambal nasi lemak semalam beli sedikit, selitkan hirisan timun, tangkupkan roti goreng. Halah halah mudahnya hiburkan hati sendiri. Ada roti hampir expired, ginilah jadinya. Anak-anak suka cicah kuah kari pun sedap. Resepi dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Roti Gardenia,
  • 3 sudu besar tepung gandum,
  • 3 sudu besar tepung bestari,
  • Air sejuk.

Cara-cara :

  1. Roti Gardenia ditekap guna gelas.
  2. Bancuh tepung dengan air sejuk.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
  4. Goreng roti.
  5. Letak sambal nasi lemak dan hirisan timun.

25. Resepi Roti Dua Bahan

Imej via Facebook

Resepi terakhir ini senang ya amat. Tidak perlu uli teruk-teruk, tidak perlu tunggu sampai doh kembang. Resepi dikongsikan oleh AJ Idris di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung naik sendiri,
  • Yogurt plain.

Cara-cara :

  1. Campurkan tepung naik sendiri dengan secawan yogurt plain. Uli-uli manja sampai sebati.
  2. Bahagikan kepada empat atau enam bahagian.
  3. Canai, dan panaskan dalam kuali non-stik. Siap. (Cawan yang saya guna untuk sukat tepung dan yogurt macam yang dalam gambar kedua).

Nota :

  • Jika tidak ada tepung naik sendiri, guna tepung gandum biasa, cuma tambah ½ sudu kecil baking powder.
  • Jika tidak ada yogurt, buat buttermilk. Caranya campurkan 2 sudu besar cuka dalam secawan susu (full cream/fresh milk). Biarkan 10 min.

Resepi Menarik Lain

Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi roti, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.