Apa masakan yang sesuai dimakan bersama rendang? Pulut kuning boleh menjadi salah satu antara pilihan gandingan tersebut.

Selain makan dengan rendang, rupanya pulut kuning juga sedap dimakan bersama gulai seperti gulai daging, gulai ayam atau gulai telur. Apa beza pulut biasa dengan pulut kuning ini?

Sejatinya yang membezakan mereka hanyalah warna sahaja. Di mana pulut kuning diberi pewarna kuning daripada kuyit. Oleh sebahagian orang pulut kuning juga biasa dipanggil pulut kunyit.

Namun, pulut kuning lebih beraroma wangi kunyit dan pandan. Ianya tidak begitu lembik namun sangat gurih dan padu rasanya. Memasak pulut juga selalunya memakai santan supaya rasanya makin berlemak.

Bersama tulisan kali ini, kami ingin berkongsikan resepi pulut kuning perkongsian ramai daripada ‎Rashidah Arshad di laman Facebook. Resepi turun temurun ini sekarang boleh anda cubakan di rumah.

Resepi Pulut Kuning @ Pulut Kunyit

pulut kuning

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras pulut,
  • ½ kg santan pekat,
  • Kunyit,
  • Lada hitam biji,
  • Asam keping,
  • Daun pandan,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Garam,
  • Susu pekat.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, basuh beras pulut.
  2. Kemudian rendam beras pulut dengan kunyit, lada hitam biji dan asam keping (masa rendam bergantung jenis pulut yang digunakan).
  3. Setelah direndam, sejat air.
  4. Untuk kukus pula, lapikkan daun pandan di atas kukusan.
  5. Terus tuang pulut dan kukus (asam keping jangan dikukus).
  6. Bila sudah separuh masak, letak bawang merah, halia dan sedikit bawang putih yang dimayang di atas pulut.
  7. Kemudian kukus lagi.
  8. Buka periuk untuk gemburkan pulut dan bawang tadi. Kukus sampai masak.
  9. Untuk eron santan, masak santan dengan daun pandan simpul.
  10. Lalu tambahkan garam dan susu pekat.
  11. Bila sudah mendidih dan cukup rasa, boleh tutup api.
  12. Seterusnya, pulut yang sudah masak tadi dituang ke dalam bekas.
  13. Kemudian tuang santan dan gaul rata. Siap. (Lepas siap ini boleh kukus sekali lagi supaya lebih tahan lama. Tidak kukus pun tidak apa).

Nota : Susu pekat berfungsi sebagai pengganti gula dan supaya pulut tampak mengkilat. Boleh letak lebih untuk perasa sebab masa eron nanti pulut akan rasa tawar.

Resepi Menarik Lain

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.