Mesti anda pernah tetiba rasa lapar malam-malam tapi tidak tahu ingin makan apa. Kadang bosan masak nasi rasa malas pulak makan nasi berlauk yang itu-itu sahaja. Sekali-sekala cubalah gaya masakan panas yang kami kongsikan di bawah.

Masakan panas kita hari ini ialah maggi goreng seafood. Ini bukan resepi biasa-biasa ya. Tengok cara penyediaannya macam maggi restoran punya bahkan lebih sedap daripada itu. Afy AL Habibi berkongsikan resepi lazat ini di laman Facebook.

Jika anda ingin tambahkan seafood boleh letak lebih lagi sotong, udang atau kerang ikut selera anda. Jika anda ikut betul-betul resepi di bawah, dijamin anda akan rasa kesedapan lain maggi goreng seafood yang mampu menitik air liur dan bikin perut lapar. Selamat mencuba.

Resepi Maggi Goreng Seafood

maggi goreng seafood

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Maggi,
  • Udang,
  • Sotong,
  • Sebiji bawang merah saiz 10 sen,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 2 tangkai cili padi.
  • ½ sudu kecil cili boh atau cili kisar.

Bahan perasa :

  • 1 sudu besar kicap sotong,
  • 2 sudu besar kicap lemak manis,
  • 1 sudu besar sos cili,
  • ½ sudu kecil sos tiram,
  • ½ sudu besar gula.

Bahan sayur :

  • Kubis,
  • Carrot,
  • Sawi (masuk selepas kubis layu),
  • Taugeh (masukkan sebelum ditutup api),
  • Cili padi.
  • Air.

Cara-cara :

  1. Didihkan air. Celur sebungkus maggi kari dalam 2-3 minit. Toskan.
  2. Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi.
  4. Selepas garing, masukkan ½ sudu kecil cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah maggi tadi.
  5. Masukkan pula seekor sotong yang dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan fishcake.
  6. Tambahkan bahan perasa.
  7. Tuang ½ cawan kecil air kosong.
  8. Kemudian masukkan maggi yang telah dicelur tadi. Biarkan maggi sebati dengan kuah.
  9. Kacau sehingga sedikit kering.
  10. Tutup api selepas maggi goreng masak sempurna.
  11. Hidangkan ikut suka. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain maggi goreng seafood, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.