Siapa pernah makan kuih ropa atau dikenal dengan kuih lipat Terengganu? Ada lagi kah yang jual kuih ini sekarang?

Kami gerenti mesti ramai yang belum jumpa kuih ini. Bagi sesiapa yang belum tahu rupa kuih ini, sila tengok resepi di bawah. Resepi kuih ropa siap-siap kami tulis di bawah dan sedia untuk dijadikan hidangan minum petang.

Kuih ropa terdiri daripada bahagian kulit dan inti. Lapisan kulit diperbuat dengan cara menggoreng tanpa minyak adunan tepung dalam kuali leper. Dan lapisan inti pula diperbuat kurang lebih seperti inti karipap iaitu menggunakan bahan asas kentang. Kemudian inti akan dibalut dengan kulit kuih ropa tadi dan digoreng lagi sekejap dengan sedikit minyak dalam kuali leper. Kuih ropa teksturnya garing di luar.

Senang sahaja jika anda berminat untuk mencuba buat kuih ropa. Selain untuk hidangan minum petang, kuih ropa juga sedap untuk hidangan sarapan. Selamat mencuba. Resepi dikongsikan oleh ‎Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.

Resepi Kuih Ropa @ Kuih Lipat Terengganu

kuih lipat terengganu

Imej via Facebook

Bahan Kulit :

  • Air satu liter (kalau likat tambah air),
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 3 sudu besar minyak masak,
  • 1 sudu besar tepung ubi,
  • Sedikit garam,
  • Blend semua bahan di atas dan buat macam buat lempeng.

    kuih lipat terengganu

    Imej via Facebook

Resepi Inti :

  • 2 biji bawang besar (cincang halus),
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 sudu serbuk cili/cili boh/cili kisar,
  • 2 sudu serbuk kari,
  • Minyak masak untuk menumis,
  • 4 biji kentang potong dadu,
  • Garam dan gula secukupnya,
  • 1 sudu besar air asam jawa,
  • 1 kiub pati ayam,
  • Air satu cawan.

    kuih lipat terengganu

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih/besar dan cili sampai garing
  2. Kemudian masukkan serbuk kari.
  3. Tambahkan air.
  4. Lalu masukkan kentang, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sampai kering. Sejukkan.
  5. Letak inti tadi dalam kulit yang sudah siap tadi.
  6. Gulung macam buat popia. Gulung jangan ketat sangat.
  7. Kemudian goreng sampai garing dengan api kecil sahaja.

    kuih lipat terengganu

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain kuih ropa, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.