Ramai orang mencari cara makan oat yang sedap dan mudah dicerna dan ramai orang tak lalu makan oat. Namun hal itu dapat diatasi kalau anda tahu resepi oat yang sedap. Seperti resepi yang kami tulis ini yang mengubah oat menjadi makanan yang sangat-sangat sedap dan mengenyangkan.

Ramai orang merasakan perubahan pada kesihatan badan selepas mengkonsumsi overnight oat ini. Rasa badan ringan sebab lawas, kurangkan berat badan juga. Telah ramai yang membuktikan efek makanan ini. Selain itu, oat juga membantu mengurangkan kolestrol.

Anda yang dulu-dulu gigih telan quaker oat bulat-bulat kosong gitu boleh buat kembang tekak dan muntah balik. Ada pula yang buat tambah susu pun tak lalu telan, dua tiga sudu lepas itu rasa loya nak muntah. Last-last oat tinggal macam itu saja sampai expired.

Dengan resepi overnight oat ini confirm sekali buat anda akan terus ketagih. Resepi ini sangat viral di Facebook dikongsikan oleh Suzanah Zakaria‎. Anda yang teringin diet sangat dialu-alukan untuk mencuba resepi ini. Selamat mencuba.

Resepi Overnight Oat Black Grapes

overnight oat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

overnight oat

Imej via Facebook

  • 4sb rolled oats (brand apa sahaja tiada masalah)
  • 100ml fresh milk/low fat
  • 1 sb natural yogurt
  • 1 sk chia seeds
  • 7-9 biji kismis
  • 1 sb madu @ 1sk chocolate syrup (mana-mana pun boleh)
  • 1 sb pumpkin seed
  • 5-6 biji black grapes (lagi banyak lagi sedap sebenarnya)

Buah-buahan boleh tukar ikut anda suka, contoh buah :

  • Buah Delima
  • Buah Strawberry
  • Buah Blueberry
  • Buah Naga
  • Buah anggur hijau
  • Buah anggur hitam
  • Buah kiwi
  • Pisang
  • Epal hijau

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dalam bekas.
  2. Kemudian simpan chiller semalaman atau 4 jam.
  3. Siap. Boleh dijadikan sarapan.
overnight oat

Imej via Facebook

Note :

  • Better makan selagi fresh kerana boleh simpan limit 3 hari sahaja. Boleh makan tapi tak sesedap macam 1st day. Jangan simpan lama-lama sebab takut masam kerana ada susu dan yogurt.
  • Oat tak perlu masak sebab ini jenis instant. Bagus dan sedap guna rolled oats sebab tak ads rasa “bertepung” macam yang jenis instant.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi overnight oat, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.