Mari kita menjamu selera dengan masakan bercita-rasa korea. Apakah anda tahu Tteokbokki? Pecinta makanan Korea mesti menyukai dan tahu apa itu Tteokbokki. Yep ini ialah salah satu makanan famous di Korea.

Tteokbokki ialah makanan Korea yang popular diperbuat daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Ada banyak jenis Tteokbokki namun tteokbokki beras yang paling terkenal.

Resepi Tteokbokki yang dikongsikan oleh Alfi Akmal di Facebook ini telah mendapatkan perkongsian ramai. Resepinya sangat mudah. Anda boleh mencuba membuatnya di rumah. Selepas ini anda tidak perlu lagi pergi ke restaurant korea dan menguras poket untuk makan hidangan ini. Sila dicuba..

Resepi Tteokbokki Korea (Mudah dan Lazat)

Resepi Tteokbokki

Imej via Facebook

Bahan Untuk Rice Cakes

  • Setengah Pack Tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung beras atau gandum
  • Air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak bijan kalau ada

Cara Memasak Rice Cakes

  1. Satukan bahan diatas
  2. Letak air sedikit demi sedikit. Jangan lembut sangat atau lembik sangat.
  3. Kemudian gulung panjang. Potong ikut suka.
  4. Rebus bahan yang telah dipotong. Kalau sudah naik atas boleh diangkat.
  5. Tos kan atau masukkan dalam air sejuk.

Bahan untuk Sos

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 atau 6 biji cili api dan 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (Peda ikut selera. Kalau ingin pedas letak 4 sudu)
  • Satu sudu besar cuka. Kalau tidak ada cuka epal pun boleh
  • Sedikit Gula
  • Sedikit serbuk ikan bilis atau pati ayam
  • Setengah cawan air masak
  • Sedikit bijan
  • Sedikit daun bawang

Cara Membuat Sos

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan cili api yang sudah dikisar dengan bawang putih.
  3. Kalau sudah pecah minyak. Masukkan Serbuk ikan bilis atau ayam.
  4. Kemudian masukkan air, cuka dan cili kisar atau serbuk cili (kalau pakai serbuk cili pastikan telah dicampur air sedikit).
  5. Setelah itu letak gula.
  6. Akhir sekali, Masukkan rice cake yang kita buat tadi.
  7. Masukkan sedikit daun bawang, kemudian biarkan kuah pekat.
    Masa  menghidangkan taburkan bijan.
resepi tteobokki

Imej via Google

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Tteokbokki, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.