Mencari resepi minum petang yang menarik?

Petang-petang paling seronok kalau dapat layan camilan sedap. Duduk sembang dengan rakan, keluarga kurang menarik jika borak kosong saja. Paling tidak, kena ada juga makanan peneman lepak petang-petang ini.

Pada waktu senggang duduk di gazebo tepi taman, sambil perhati anak-anak main dengan seronok, akan semakin menyeronokkan kalau dapat layan kudapan sedap bukan?

Demi untuk menjadikan hari-hari anda semakin menyenangkan, kami menghadirkan 35 resepi minum petang yang menarik, sedap, mudah dan bikin ketagih.

Kesemua resepi ini patut anda cuba. Mesti keluarga anda suka dan mahu lagi dan lagi. Menyesal nanti jika anda tidak mencubanya. Semoga hari-hari anda menyenangkan dengan resepi minum petang ini.

1. Resepi Tauhu Berlauk

tauhu kukus
Imej via Facebook

Hidangan ini menggunakan tauhu jepun dan tauhu biasa. Namun apabila dimakan terasa lembut tauhu jepun lebih dominan dalam mulut. Tauhu dikukus terlebih dulu sebelum digoreng. Tujuannya dikukus ialah supaya tauhu jadi lembut, maka masa gorengnya pula tidak perlu lama sehingga tauhu tidak garing atau terlampau keras. Zie Aries‎ berkongsikan resepi tauhu kukus yang viral di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tauhu jepun,
  • Tauhu biasa yang lembut,
  • Daging kisar,
  • Cili api,
  • Bawang merah,
  • Daun bawang dan daun sup,
  • Telur,
  • Lada hitam,
  • Serbuk lada putih,
  • Garam dan serbuk perasa.

Cara-cara :

  1. Potong kecil-kecil tauhu jepun dan tauhu biasa.
  2. Hiris halus cili api, bawang merah dan daun sup.
  3. Gorengkan daging kisar tanpa minyak terlebih dahulu.
  4. Kisarkan tauhu lembut, tauhu jepun dan telur sehingga halus.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas.
  6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris halus bersama daging, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan ke dalam acuan.
  8. Kukus lebih kurang selama 20 minit.
  9. Siap dikukus, biarkan sejuk seketika kemudian masukkan ke dalam telur yang telah dipukul.
  10. Kemudian goreng sehingga agak kekuningan.

2. Resepi Cinnamon Rolls

Imej via Facebook

Sesiapa peminat Auntie ***** Cinnabon kena cuba resepi ini. Nanti pasti anda tidak ingin membelinya sebab resepi yang dikongsikan oleh Noraini Jaafar di laman Facebook confirm lebih sedap. Belum cuba belum tahu. Sudah cuba terus jatuh cinta.

Bahan Doh :
  • 1 cawan susu suam (110°F/ 43°C),
  • 1 paket active dry yeast,
  • ¼ cup gula,
  • 1 size A telur pada suhu bilik, dipukul sebentar,
  • 2 tbsp unsalted butter, cairkan dan dibiar sejuk,
  • 2 ½ cawan tepung gandum,
  • ½ teaspoon garam.
Bahan Isi :
  • ½ cawan (1 stick) unsalted butter, cairkan,
  • 1 cawan gula perang,
  • 2 tbsp serbuk kayu manis,
  • 2 tbsp kulit oren parut,
  • 1 cawan dark chocolate chips.
Bahan Glaze :
  • 1½ cups gula icing,
  • ¼ cup sunquick oren,
  • 1 tbsp kulit oren parut, untuk hiasan.
Cara-cara :
  1. Panaskan susu guna microwave hingga jadi suam-suam kuku (43°C/110°F).
  2. Dalam mangkuk campurkan yeast dan gula, berhati-hati masukkan susu suam. Biarkan ia naik selama 10 minit.
  3. Whisk telur dan butter yang cair. Masukkan tepung dan garam dengan sudu kayu dan kacau hingga sebati maka doh yang lembap pun terbentuk.
  4. Tutup mangkuk dengan plastik dan biar doh ditempat yang suam selama 1 jam dan ia akan naik 2 kali ganda.
  5. Doh diletak pada tempat menguli yang sudah ditaruh tepung.
  6. Dengan rolling pin, roll doh menjadi segi empat panjang iaitu 15×20 inci.
  7. Untuk bahagian dalaman doh, campurkan butter cair, gula perang dan serbuk kayu manis hingga sebati dengan spatula. Sapukan pada bahagian atas doh hingga ke semua bahagian.
  8. Taburkan pula kulit oren sagat dan chocolate chips .
  9. Gulung doh kemas-kemas dan potong dengan pisau sebanyak 12 bahagian, lebih kurang 1½ inci potongan.
  10. Letakkan gulungan doh tadi pada 13×9 inci baking pan yang telah ditaruh planta dan biarkan ia dijarakkan sedikit.
  11. Panaskan oven suhu 177°C/350°F selama 2 minit.
  12. Bila sudah panas boleh mula masukkan baking pan tadi, masak hingga cinnamon roll sedikit keperangan kira-kira 15 minit.
  13. Selepas 15 minit memasak dan sekiranya sudah perang, tutup cinnamon rolls dengan aluminium foil dan teruskan memasak sehingga cinnamon rolls betul-betul masak keseluruhannya. Tutup api oven, renggangkan pintu oven dan biarkan cinnamon roll di dalam oven.
Cara membuat glaze :
  1. Dalam mangkuk, whisk gula icing dan sunquick sehingga sebati dan cantik likatnya.
  2. Kemudian tabur glaze pada cinnamon roll yang suam tadi dengan sudu dan jangan lupa taburkan orange parut 1 tbsp juga. Siap.
    Nota : Baki cinnamon rolls boleh disimpan pada suhu bilik selama 2 hari dan di dalam peti ais selama 5 hari. Panaskan selama 5-10 minit di dalam oven.

3. Resepi Tepung Pelita

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah tepung pelita. Siapa tak kenal tepung pelita. Menu ini amat sesuai untuk minum petang. Resepi tepung pelita yang dikongsikan oleh She Syida di laman Facebook ini paling mudah. Tidak perlu kukus dan sukat guna bekas yang sama dengan isi dia saja. Sukatan ini untuk 10 bekas.

Bahan Lapisan bawah/hijau :
  • 1 cup tepung beras,
  • ¾ cup gula,
  • 3 cup air,
  • 4 helai daun pandan + 1 cup air (blend) dan tapis,
  • 1/3 sudu teh air kapur,
  • Sedikit pewarna hijau,
  • Secubit garam.
Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  2. Buka api kecil, kacau sampai berkilat, pekat, dan ada letusan kecil mendidih.
  3. Masukkan dalam acuan.
Bahan Lapisan atas/putih :
  • 2 sudu besar (flat) tepung beras,
  • 1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung,
  • 1 ½ cup santan pekat ,
  • 2 ½ cup air,
  • 1 sudu teh garam,
  • 1 sudu besar gula.
Cara-cara :
  1. Gaul semua bahan sampai sebati.
  2. Buka api kecil, kacau sampai pekat, cedok masuk dalam bekas yang sudah berisi lapisan hijau.

4. Resepi Roti Puri

Imej via Facebook

Roti puri sedap dihidang dengan sambal sardin. Ia pula senang dibuat dan anak-anak pun suka. Walaupun pertama kali cuba boleh menjadi lembut gebu dan elok. Resepi daripada Maira Adinda di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu makan yis,
  • 4 sudu makan minyak masak,
  • 4 sudu makan gula,
  • ½ sudu garam,
  • ¾ cawan air suam.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan kecuali air suam, gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan gelek dengan kayu penggelek.
  4. Terus goreng hingga kekuningan.

5. Resepi Tauhu Begedil

tauhu begedil
Imej via Facebook

Resepi dan bahan-bahan untuk membuat tauhu begedil mudah dan senang. Walaupun nampak macam leceh tetapi kalau buat dengan sungguh-sungguh hasilnya akan sangat sedap dan berbaloi,  seperti resepi tauhu begedil yang dikongsikan oleh Noor Laila Yaakop di Facebook dan mendapat perkongsian ramai.

Bahan-bahan :

  • Kentang 1 1/2kg direbus sampai empuk dan ditumbuk.
  • Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis).
  • 3 biji cili besar dadu (tumis).
  • Sebiji kecil carrot dadu (tumis).
  • Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis).
    Bawang goreng (bawang besar dihiris, gaul dengan tepung gandum dan goreng sampai garing). *kalau mahu senang, boleh beli bawang goreng yang sudah siap.
  • Daun bawang/daun sup.
  • Lada sulah/lada hitam.
  • Tepung gandum 2 sudu.
  • Garam.
  • Tauhu kering 2 paket besar.
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering.
  2. Gunting 4 bahagian atas tauhu kering.
  3. Keluarkan isi dalam tauhu. Gaulkan dengan bahan isi tadi.
  4. Kemudian sumbat balik dalam tauhu.
  5. Celup ke dalam telur + sedikit garam + sedikit tepung.
  6. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak hingga tauhu separuh tenggelam. Guna api sederhana. Siap.

Bahan Sos :

  • 4 sudu cili kering.
  • Secawan air.
  • Gula melaka se-inchi yang bulat.
  • Sos tiram sesudu.
  • Kicap manis 5 sudu.
  • Garam.
  • Gula.
  • Tepung gandum, bancuh dengan air. Hingga jadi air tepung.
  • Kalau mahu pedas, boleh tambah cili padi.

Cara-cara :

  1. Tumis cili kering sampai pecah minyak.
  2. Masukkan semua bahan kecuali air tepung.
  3. Bila sudah mendidih baru masukkan air tepung.
  4. Rasa sos ikut selera masing-masing mahu pedas atau manis.

6. Resepi Popia Pisang Coklat

popia pisang coklat
Imej via Facebook

Popia pisang coklat paling sedap, rangup dan mudah. Baru dengar nama saja, sudah tidak tahan. Bila masuk dalam mulut, krup krap krup krap bunyinya, makin tidak boleh berhenti makan. Percaya tidak percaya anda patut cuba resepi mudah di bawah ini. Daripada Solehah Yusoff di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus kulit popia (saiz kecil),
  • Pisang (tidak kisah pisang apa janji sudah masak dan manis),
  • Coklat susu (brand apa pun boleh),
  • Air,
  • Minyak masak.

Cara-cara :

  • Mula-mula potong pisang dan coklat kepada bahagian kecil.
  • Kulit popia pula dipotong kepada empat bahagian.
  • Basahkan kulit popia yang pertama dengan air. Tujuannya untuk lekatkan kulit popia yang kedua. Konon konon air ini sebagai gam.
  • Lekatkan pisang dan coklat.
  • Basahkan kulit popia yang kedua dengan air dan lekatkan dengan kulit popia pertama. Pastikan lekat ya.
  • Panaskan kuali dan goreng popia pisang coklat rangup sehingga kuning keemasan.
  • Siap.

7. Resepi Kuih Lapis Coklat

kuih lapis coklat
Imej via Facebook

Tidak ada idea untuk buat kuih minum petang? Apa kata cuba resepi kuih lapis coklat ini. Resepi gerenti jadi didatangkan daripada Nursimatun MdYusof di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 cawan santan*
  • 1 ½ cawan tepung gandum*
  • ½ cawan tepung beras*
  • 2 sudu tepung jagung*
  • 1 cawan gula*
  • 1 biji telor*
  • Secubit garam*
  • 2 sudu besar serbuk koko,
  • Pewarna kuning.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend semua bahan bertanda *
  2. Kemudian bahagi menjadi 2 bahagian.
  3. 1 bahagian letak serbuk koko.
  4. 1 bahagian letak pewarna kuning.
  5. Kukus selapis-selapis dan berselang-seling.
  6. Kalau guna steamer eletrik, kukus selama 3 minit. Kalau dapur gas api kecil, kukus selama 5 minit. Bergantung pada dapur masing-masing.
  7. Siap

8. ‎Resepi Roti Sisir

roti sisir Imej via Facebook

Makan roti sisir gebu untuk minum petang. Resepi daripada FazzRie YaRna di laman Facebook ini tidak guna pelembut. Hanya menggunakan kuning telur, whipping cream dan susu segar. Teksturnya tetap lembut walaupun sudah disimpan satu hari. Kena simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kelembutannya.

Bahan-bahan :

  • 300 gram tepung high protein,
  • 60 gram gula kastor,
  • 10 gram susu tepung,
  • 5 gram yis,
  • 2 kuning telur + 40 g whipping cream emborg + susu segar. (Campurkan semua jadikan 215 gram. Boleh juga guna 1 biji telur + semua jadikn 215 gram).
  • 30 gram butter tanpa garam,
  • 2 gram garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula masukan bahan cecair dahulu baru kemudian masukkan bahan kering ke dalam breadmaker.
  2. Tekan No. 8 menu dough dan tekan start.
  3. Bila breadmaker berhenti. Terus masukan mangkuk yang berisi adunan ke dalam freezer selama 15 minit.
  4. Cukup 15 minit, uli sekali lagi dalam breadmaker.
  5. Agak-agak 2 kali uli. Bila sudah siap boleh bulatkan dan timbang dalam 40 gram.
  6. Ambil adunan yang sudah dibulatkan, leperkan sedikit kemudian lipat seperti buat karipap.
  7. Lipat 2 dan susun dalam loyang.
  8. Biar adunan naik 2 kali ganda, baru dibakar.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada 170 °C selam 30 minit/sehingga masak.
  10. Jika sudah masak keluarkan roti dan sapu permukaan dengan butter.
  11. Siap.

9. Resepi Donut Gebu

donut
Imej via Facebook

Donat gebu yang mudah dan cepat. Sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang. Lebih kurang sejam sudah boleh makan. Hidangan ekspres untuk boleh buat frozen juga. Resepi daripada Ain Kamarudin di laman Facebook ini menggunakan 2 cawan tepung gandum. Boleh gandakan kalau mahu buat banyak.

Bahan A (Pelembut Doh) :

  • Dua sudu tepung gandum,
  • Secawan air.

Bahan B :

  • Setengah paket yis (11 gram ÷ 2),
  • Setengah sudu makan susu pekat,
  • Sesudu makan gula,
  • Setengah sudu makan marjerin,
  • Setengah cawan air suam.

Bahan C :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu makan susu tepung,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bahan A dikacau sebati. Masak di atas api sederhana sampai pekat.
  2. Bahan B pula dicampur semua hingga sebati. Tutup dan tunggu kembang dalam 10 minit.
  3. Kemudian gaul sebati bahan A, sebiji telur gred C, bahan B dan bahan C.
  4. Pastikan adunan tidak melekat di tangan. Uli dalam 10 minit. Tutup dan tunggu kembang.
  5. Selepas 45 minit, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan atau bulat-bulatkan adunan. Sedia untuk digoreng.
  7. Siap.

10. Resepi Cupcake Vanila Gebu

cupcake vanila
Imej via Facebook

Menu minum petang seterusnya ialah cupcake vanila. Resepi oleh Khairuninisa Mohammad di Facebook ini sama dengan kek butter. Namun kerana letak dalam cup memang ada bezanya. Kek jadi gebu kerana saiznya yang kecil.

Bahan-bahan :

  • 200 g butter/marjerin,
  • 3 biji telur gred A/B.
  • 200 g tepung naik sendiri,
  • ¾ cawan gula,
  • ¼ sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil esen vanila,
  • 4 sudu besar susu segar/cair.

Cara-cara :

  1. Mula-mula mix butter/marjerin dan gula sampai putih/kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil mixer lagi sampai sebati.
  3. Masukkan esen vanila dan mixer lagi sekejap.
  4. Lepas itu masukkan tepung penaik yang telah diayak dengan garam.
  5. Selang-selingkan dengan susu segar/cair.
  6. Susun cup di atas tray dan paipkan adunan ke dalam cup. (Masukkan pakai sudu pun boleh, tapi tidak kemas).
  7. Lepas itu bubuh cokelat butang sebiji di atas. Panaskan dahulu oven selama 10 minit suhu 160°C kemudian bakar doh pada suhu 160°C api atas bawah selama 20-25 minit atau sehingga masak.
  8. Kalau permukaan sudah bertukar warna kuning keemasan tandanya sudah masak.
  9. Siap.

Tips : Jangan buka oven selagi tidak cukup masak. Nanti suhu jadi turun dan cupcake pun tidak cantik. Untuk adunan ini, boleh dapat 20 cupcake seperti saiz dalam gambar. Mahu banyak lagi boleh pakai cup kecil lagi.

11. Resepi Kek Minyak

kek minyak
Imej via Facebook

Camilan lain yang bikin teruja untuk peneman minum petang ialah kek minyak. Kek yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Tengah musim hujan secepat sahaja keluar dari oven terus makan sambil hirup teh panas. Resepi daripada Khairuninisa Mohammad di Facebook.

Bahan A :

  • 4 biji telur gred B,
  • 1 sudu besar ovalette,
  • 1 sudu kecil esen vanila,
  • ½ cawan gula castor (kalau tidak ada sila blend gula pasir anda),

Bahan B :

  • 1 cawan susu pekat manis,
  • 1 cawan minyak.

Bahan C :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak dulu bersama).

Cara-cara :

  1. Mula-mula mixer semua bahan A sampai putih dan gebu.
  2. Kemudian masukkan bahan B. Mixer lagi sekejap.
  3. Lalu masukkan bahan C. Mixer hingga sebati.
  4. Setelah itu, bakar dengan suhu 170°C dengan api atas bawah selama 1 jam (ikut resepi asal) tapi saya bakar selama 40 minit saja.
  5. Perisa boleh guna apa saja yang kita suka. Saya bahagikan kepada 2 bahagian : Satu perisa asal dan yang satu lagi bubuh 2 sudu serbuk koko. Kalau mahu guna perisa oren, pandan, pisang, boleh saja.
  6. Jika tidak suka berkerak di bagain bawah kek, bakar guna teknik water bath. Bubuh air sedikit dalam tray oven. Atas kek biar coklat-coklat sedikit bagi crispy.
  7. Siap.

12. Resepi Puff Chicken Mushroom

puff chicken mushroom
Imej via Facebook

Mari layan minum petang hari ini dengan hidangan pembuka selera puff chicken mushrooms. Sila cuba boleh puas makan satu keluarga. Resepi oleh Uya Masbah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Puff pastry (jenama kawan),
  • Lobak ½ batang*
  • Sosej 3 batang*
  • Isi ayam 1 ketul (bahagian dada)*
  • Cendawan tin (guna separuh)*,
  • Daun bawang (potong @ hiris),
  • Susu segar 1 cawan (kalau tidak boleh ganti air biasa saja),
  • Sup pekat campbell (guna separuh),
  • Lada hitam 1 sudu kecil,
  • Bawang putih 3 ulas (tumbuk).

Cara-cara :

  1. Mula-mula potong dadu dan hiris bahan bertanda *.
  2. Kemudian tumis bawang putih, lobak, sosej, ayam dan cendawan selama 4-5 minit.
  3. Kemudian masukkan sup pekat dan susu segar. Kacau sebati.
  4. Nanti jika sudah sebati biarkan sampai pekat.
  5. Bila sudah pekat masukkan pula lada hitam. Kacau lagi.
  6. Ada 2 pilihan sama ada mahu kering atau basah. Bagi saya baik kering dan creamy senang mahu letak di atas puff nanti.
  7. Akhir sekali bila sudah betul-betul pekat terus masukkan daun bawang, kacau terus dan tutup api.
  8. Letak inti di atas puff (letak tengah-tengah supaya senang kelim nanti).
  9. Lipat dan kelim tepi dia pakai garfu. Bahagian atas pula lorek-lorek pakai pisau.
  10. Jika sudah penuh loyang susun kemas-kemas sapukan kuning telur dan di atas itu taburkan oregano sebagai hiasan.
  11. Panaskan oven dulu kemudian bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.
  12. Tunggu sejuk baru boleh dialihkan, kalau panas-panas dialihkan dikuatiri bahagian bawah melekat.

13. Resepi Popia Sayur Goreng

popia sayur goreng
Imej via Facebook

Ramai ke yang suka popia sayur goreng? Buat sendiri puas hati. Dapat banyak, inti pun padat. Goreng banyak mana mahu makan, selebihnya frozenkan. Dengan inti popia paling sedap, resepi membuat popia goreng mudah dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah CikPuan SitiMasitah‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kulit popia,
  • Sengkuang,
  • Carrot,
  • Udang kering,
  • Bawang,
  • Lada sulah,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Mula-mula sengkuang dihiris halus memanjang.
  2. Kemudian carrot juga dihiris halus memanjang.
  3. Lalu tumbukkan udang kering dengan bawang.
  4. Seterusnya tumis semua bahan.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
  6. Siap untuk inti.
  7. Sejukkan sekejap, jika sudah sejuk baru bungkus dengan kulit popia.
  8. Siap.

14. Resepi Roti Gula Cheese

roti gula cheese
Imej via Facebook

Minum petang hari ini roti dengan gula cheese. Resepi daripada Farah Adiba Hishamuddin mudah sangat sebab guna doh donut yang boleh buat macam-macam resepi.

Bahan-bahan :

  • 1 paket yis,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 cawan air suam,
  • 2 sudu besar gula,
  • 4 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan basah susu, gula, air suam dan yis dalam satu cawan.
  2. Kacau hingga lepas 10 minit ia akan jadi berbuih.
  3. Dalam bekas lain pula, satukan tepung, butter, garam dan baking powder. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi.
  5. Uli sampai jadi doh, tutup bekas dan biarkan dalam setengah jam sampai doh naik.
  6. Selepas itu sudah boleh mula buat roti.
  7. Topping roti gula cheese ini saya guna kuning telur yang disapukan di atas doh.
  8. Taburkan mozzarella cheese dan gula. Kemudian bakar pada suhu 150°C api atas bawah dan dibakar selama 20 minit gitu.
  9. Siap.

15. Resepi Lempeng

lempeng
Imej via Facebook

Nor Azilah Abdullah berkongsi di Facebook, menamai makanan ini tetepek. Ia sangat mudah dibuat menggunakan tepung gandum. Selalu buat ini banyak kali kerana seluruh keluarga suka. Sangat sesuai untuk minum petang-petang.

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum,
  • Minyak masak,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Bancuh tepung gandum, minyak masak 1 sudu dan garam sedikit.
  2. Masukkan air dan kacau sampai sebati.
  3. Masukkan bancuhan tadi dalam satu senduk.
  4. Tidak payah letak minyak di pan sebab dalam bancuhan tadi sudah ada minyak.
  5. Agak-agak yang putih sudah hilang boleh mula letakkan planta.
  6. Ikut suka mahu letak planta sebanyak mana. Kalau banyak sangat risau masin pula.
  7. Ratakan isi planta.
  8. Kemudian boleh taburkan gula. Boleh letak gula perang atau gula putih.
  9. Lipatkan tetepek.
  10. Siap.

16. Resepi Kubis Rolls Kukus

kubis rolls
Imej via Facebook

Antara menu minum petang popular ialah kubis roll. Hidangan ini boleh ganti minum petang kudapan buat yang suka makan sayur. Menu ini juga sesuai untuk yang berdiet. Bahan-bahan inti ayam dan bawang dibungkus dengan kubis rolls kemudian dikukus. Jadi macam ala-ala Jepun. Resepi kubis rolls kredit kepada Siti Hajar Ismail‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Kubis (untuk roll),
  • Daun bawang untuk ikat,
  • Ayam kisar,
  • Bawang holland (cincang),
  • Carrot (cincang),
  • Hirisan daun bawang,
  • Garam,
  • Serbuk lada hitam,
  • Olive oil.

Cara-cara :

  1. Leraikan kubis, buat perlahan jangan sampai terkoyak.
  2. Celur kubis. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
  3. Gaul sebati semua bahan inti kecuali kubis dan daun bawang (untuk ikat). Satukan dalam bekas, inti tidak perlu dimasak, kerana masa kukus nanti ia akan masak.
  4. Gulung inti dengan kubis yang sudah dicelur.
  5. Kalau risau gulungan terbuka, ikat dengan daun bawang yang dicelur.
  6. Kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit.
  7. Siap. Boleh makan begitu saja atau atau cicah sos.

17. Resepi Cempedak Goreng Rangup

cempedak goreng
Imej via Facebook

Cempedak goreng rangup, sedap dimakan petang-petang sebagai camilan. Makan cempedak goreng ditemankan teh o sejuk. Adunan tepung goreng harus yang tepat rasionya untuk menghasilkan cempedak goreng rangup yang garing, lazat dan tidak membosankan untuk dimakan. Resepi daripada  di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Sedikit air kapur (hujung sudu kecik),
  • 1 biji telur.,
  • Pewarna kuning telur,
  • Ais 4 @ 5 ketul (rahsia tepung rangup tahan lama),
  • Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Cara-cara :

  1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
  2. Pastikan minyak panas. Boleh mula menggoreng.

18. Resepi Lempeng Pisang Berangan

lempeng pisang
Imej via Facebook

Kalau zaman dulu memasak lempeng ialah dengan cara dibakar atas sabut. Zaman sekarang pula dibakar di atas magic pan sahaja. Seperti resepi lempeng pisang yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di Facebook. Hal ini tentunya lebih memudahkan anda yang tidak boleh membakar menggunakan sabut.

Bahan-bahan :

  • Seikat pisang berangan
  • Daun pisang
  • 4 sdb tepung gandum
  • 1 1/2 sudu gula pasir
  • 1 sudu gula merah
  • 2 sdb tepung ubi
  • Kelapa parut

Cara-cara :

  1. Lecek pisang dan masukkan tepung. Kacau bagi sebati.
  2. Panaskan pan.
  3. Letakkan daun pisang di atas pan. Bahagian yang disapu minyak di bahagian atas.
  4. Tuang adunan dan ratakan nipis.
  5. Letakkan sehelai lagi daun pisang pada bahagian atas.
  6. Terbalikkan lempeng. Biarkan selama 15 minit atau sehingga lempeng betul-betul masak.

19. Resepi Kek Pisang Kukus

kek pisang kukus
Imej via Facebook

Resepi kek pisang kukus mudah daripada Nur Amy Zainuddin yang dikongsikan di laman Facebook. Resepi kali ini sangat senang kerana hanya guna blender sahaja. Kek pisang yang dihasilkan pula sangat lembut, gebu dan sedap. Terasa manis pisang dan wangi aroma pisangnya sangat menyelerakan.

Bahan-bahan :

  • 1 biji telur gred B,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1 cawan pisang lenyek,
  • 1 sudu soda bikarbonat,
  • 1 sudu baking powder,
  • 1 penutup botol esen pisang,

Cara-cara :

  • Blender semua bahan.
  • Kukus sampai masak.
  • Siap.

20. Resepi Kuih Pau Ayam

Imej via Facebook

Mari buat pau ayam hari ini dengan resepi yang dikongsikan oleh Bahayah Bahasar di laman Facebook. Mudah amat untuk dicubakan di rumah.Jom cuba resepi kuih pau ayam lembut sedap untuk kudapan. Kuih pau diperbuat menggunakan tepung gandum, yis, gula dan baking powder.

Bahan-bahan :

  • ½ kg tepung gandum,
  • 1 paket yis mauripan,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu kecil baking powder (opsional),
  • 8 sudu besar minyak masak,
  • 1 sudu kecil garam,
  • Air suam secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bancuh yis dengan sedikit gula dan ½ cawan air suam biarkan hingga kembang.
  2. Masukkan tepung, baking powder, garam, gula dan minyak kedalam bekas lain, gaul rata.
  3. Kemudian masukkan yis yang telah kembang dan air suam.
  4. Uli tepung hingga tidak melekat di jari.
  5. Buat bulat-bulat dan perap selama 15 minit.
  6. Leperkan dan letak inti ayam.
  7. Perap selama 30 minit dan kukus selama 5-7 minit.

Bahan Inti Ayam:

  • 200 gram isi ayam,
  • 3 ketul kentang dipotong dadu,
  • ½ paket rempah kari daging,
  • 1 labu bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • ½ inci halia,
  • Garam,
  • Gula,
  • Serbuk perasa,
  • Minyak untuk menumis,
  • Daun kari,
  • Daun sup.

Cara-cara :

  1. Racik isi ayam halus-halus.
  2. Potong kentang dalam bentuk dadu.
  3. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kari daging.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang dikisar tadi dan kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan daun kari, garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Setelah rempah pecah minyak masukkan ayam, ubi kentang dan sedikit air.
  7. Biarkan sehingga ubi empuk dan kering.
  8. Masukkan daun sup yang dipotong pendek-pendek dan tutup api. Biarkan sejuk.

21. Resepi Pai Ayam Cendawan Cheese

Imej via Facebook

Resepi pai ayam cendawan atau mushroom chiken pie dengan cheese amat tular. Nor Izyanti Ismail‎ dalam perkongsiannya di laman Facebook mengolah inti telur jadi ayam dengan rasa yang semestinya lagi sedap. Kepada sesiapa yang tidak punya oven boleh buat pai ini. Senang saja cara buatnya walaupun hanya menggunakan sukatan yang diagak-agak sahaja. Hidangkan untuk minum petang-petang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Isi ayam dicincang,
  • Bawang Holland,
  • Cendawan butang,
  • Carrot,
  • Capsicum,
  • Serbuk lada hitam,
  • Sesudu sos tiram,
  • Garam untuk masinkan sedikit inti,
  • Butter untuk menumis,
  • Sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan inti.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang holland dengan sedikit butter.
  2. Tumis hingga layu dan boleh masukkan isi ayam dan sos tiram.
  3. Masukkan carrot dan sedikit air. Masak hingga carrot separuh empuk.
  4. Masukkan capsicum dan cendawan butang.
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Lebihkan sedikit masin tersebut sebab nanti makan dengan crust akan jadi tawar.
  6. Boleh masukkan bancuhan tepung jagung.

Bahan-bahan Crust :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • Setengah buku butter yang kecil,
  • Sebiji telur,

Cara-cara :

  1. Sebatikan butter dan tepung kemudian masukkan telur.
  2. Masukkan doh dan ratakan dalam bekas pai atau loyang/pan/pemanggang ajaib.
  3. Tekan-tekan bagi rata. Jangan lupa cucuk dengan garfu.
  4. Masukkan inti ayam dan padatkan.
  5. Pecahkan sebiji telur ke dalam setengah cawan susu segar/susu cair dan tuang ke atas pai.
  6. Parut mozarella cheese ke atas pai.
  7. Masukkan acuan pai tadi ke dalam pan dan tutup atasnya.
  8. Masak dengan api kecil selama 30-35 minit.
  9. Siap.

Nota : Sayur-sayur boleh digantikan dengan mix vegetables.

22. Resepi Kek Butter Kukus 4 Bahan

kek butter kukus

Imej via FacebookMembuat kek butter jadi lebih mudah untuk anda yang tidak punya pemanggang@oven. Selain kek butter sedap untuk minum petang dengan keluarga, ianya juga boleh dijadikan menu untuk kenduri kendara. Dengan kreativiti anda boleh deko dan ciptakan kek butter yang cantik dan menarik. Ain Niey ke laman Facebook telah berkongsikan resepi kek butter kukus yang mudah dengan 4 bahan sahaja. Rugi jika anda lewati resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Tepung 1 cawan,
  • Buttercup 1/5 (cairkan),
  • Telur 2 biji,
  • Gula 1 Cawan (boleh kurangkan).

Cara-cara :

  1. Blenderkan telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan buttercup cair tadi dan blend lagi.
  3. Selesai blend buttercup tadi masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Kemudian letak aduan tadi di dalam bekas yang ingin dikukus.
  5. Kukus selama 30 Minit.
  6. Sudah siap kukus, biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.

23. Resepi Popia Basah Homemade

Imej via Facebook

Resepi popia basah homemade sedap dijadikan kudapan minum petang. Popia basah banyak dijual di pasar malam. Dijual RM 1 untuk satu biji popia basah. Lebih baik buat sendiri, lagi puas. Resepi popia basah mudah dan sedap dikongsikan oleh Ziela Lewis di laman Facebook.

Bahan-Bahan Kulit Popia :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 biji telur putih,
  • ¾ cawan air,
  • 2 sudu makan cuka,
  • Secubit garam.

Cara Membuat Kulit Popia :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan @ sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. Tutup dan perap 30 minit.
  2. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper @ non stick pan, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
  3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
  4. Kulit popia ini boleh diletak bertindan sebab dia tidak melekat.

Bahan Sos Popia :

  • 12 @ 14 cili kering, buang biji, rebus dan toskan kemudian dikisar dengan 1 cawan air. Kisar halus.
  • 1 biji bawang besar,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 2-3 sudu gula perang,
  • 1 sudu gula pasir,
  • 1 sudu kicap manis,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara Buat Sos :

  1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan.
  4. Tambah garam secukupnya.

Bahan-bahan Inti Popiah:

  • Sengkuang (jika suka hiris nipis @ memanjang),
  • Taugeh dibersihkan,
  • ½ biji kubis diracik halus,
  • 1 batang lobak merah dihiris memanjang,
  • Segenggam udang dipotong kecil. Buang kepala dan ekor,
  • ½ labu bawang besar cincang halus,
  • 2 ulas bawang putih cincang halus,
  • Udng kering ditumbuk halus,
  • Garam dan minyak untuk menumis.

Cara-cara Sediakan Inti:

  1. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
  2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu.
  3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya.
  4. Bahan inti dimasak sekejap saja.

Bahan Tabur :

  • Kacang tanah disangai, buang kulit dan tumbuk,
  • Udang geragau kering, disangai dan tumbuk halus,
  • Bawang goreng.

Cara-cara :

  1. Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit.
  2. Masukkan inti.
  3. Gulung kemas popia. Buat sampai habis.
  4. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.

24. Resepi Samosa

samosa
Imej via Facebook

Samosa menggunakan inti ubi kentang dan carrot. Penggunaan carrot sedikit saja untuk memberikan warna inti yang cantik. Kemudian dibungkus menggunakan kulit popia maka jadilah ia samosa rangup. Untuk suri rumah yang ingin mula berniaga boleh cuba buat samosa ini. Resepi didatangkan daripada Sabariah Nor Mohd Yusof‎‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan : Untuk 20-25 biji samosa,

  • 5 biji ubi kentang dan suku carrot.
  • Bawang besar 1 biji,
  • Sedikit lada hitam ditumbuk lumat,
  • Sedikit daun bawang,
  • Gula, garam dan Ajinomoto,
  • Tepung gandum,
  • Kulit popia.

Cara-cara :

  1. Untuk isi, potong dadu ubi kentang dengan carrot tadi kemudian rebus sekejap sampai empuk.
  2. Bawang besar di potong dadu dan ditumis hingg layu.
  3. Jika sudah layu, masukkan ubi kentang dan carrot yang direbus tadi.
  4. Masukkan lada hitam, daun bawang, gula, garam dan Ajinomoto.
  5. Siap. Tunggu sejuk sekejap.

Cara masukkan inti dan lipatkan samosa :

  1. Sediakan gam iaitu 2 sudu besar tepung gandum campur dengan air sedikit. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
  2. Ambil sedikit kulit popia, potong 2 bagi sama besar.
  3. Bubuh gam sedikit di hujungnya. Untuk bagi jadi panjang.
  4. Mula lipat.
  5. Jika sudah lipat segitiga, masukkan inti 1 sudu besar.
  6. Sambung lipat bagi jadi segitiga.
  7. Bubuh gam sedikit lagi dekat hujung dan potong.
  8. Jika ada ruang yang ternganga, bubuh gam lagi.
  9. Siap untuk digoreng.

25. Resepi Kuih Cara Berlauk

cara berlauk
Imej via Facebook

Kuih cara berlauk menyerupai kuih cara biasa tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya. Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan. Sesetengah tempat panggil kuih kura terbakar. Senang membuatnya boleh dijadikan menu petang dan iftar. Resepi daripada Suriati Muhammad‎ di laman Facebook patut cuba.

Bahan-bahan Doh :

  • 2 ½ cawan tepung gandum,
  • 4 cawan pati santan,
  • Garam secukup rasa,
  • Pewarna kuning,
  • Sebiji telur.

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan-bahan dalam 1 bekas. Bancuh bahan-bahan tadi dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan dalam mesin pengisar. Blend sekejap.
  3. Siap.

Bahan Inti :

  • Ubi keledek ½ kg dipotong dadu,
  • 2 bungkus rempah kurma tidak kisah brand apapun dibancuh dengan air panas,
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk,
  • 4 ulas bawang merah,
  • 2 ulas Bawang putih,
  • Gula dan garam secukup rasa,
  • Isi ayam @ udang.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang sehingga garing, masukkan rempah kurma, masak sehingga pecah minyak dan hilang bau rempah.
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan isi ayam @ udang.
  4. Akhir sekali masukkan ubi keledek. Masak sehingga empuk.
  5. Kemudian panaskan acuan, sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan.
  6. Tuang adunan tepung, jangan penuh sangat.
  7. Masukkan inti keledek, tabur hirisan daun bawang, daun sup dan cili merah.
  8. Terus tutup dengan penutup periuk. Pastikan api kecil sahaja.
  9. Masak selama 10 minit, boleh angkat.
    Dengan sukatan di atas, boleh dapat dalam 57 biji kuih cara berlauk.

26. Resepi Vietnam Spring Roll

vietnam spring rolls
Imej via Facebook

Vietnam spring roll tidak digoreng. Melainkan, bahan-bahan yang digunakan cukup dicelur dan disusun dengan cantik dalam rice paper. Sehingganya lapisan udang dan sayur tampak menggoda dari luar. Mari cubakan resepi Vietnam spring roll yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Resepi mudah dan senang patut anda cuba.

Bahan-bahan :

  • Kulit vietnam spring rolls secukupnya,
  • Salad,
  • Timun batang jepun(hiris panjang),
  • Carrot (hiris panjang),
  • Daun pudina,
  • Daun ketumbar,
  • Bihun @ suhun (dicelur),
  • Udang (celur),
  • Crab stick (celur).

Bahan sos :

  • Separuh ketul nisan @ gula melaka,
  • 5 cawan air,
  • 3-4 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dengan sedikit air),
  • 3-4 biji cili api merah yang pedas banyak biji dicincang halus,
  • 3 senduk kecil sos plum,
  • 3 senduk kecil sos cili thai,
  • 2 senduk kecil jus limau siam dalam botol,
  • 7-9 sudu besar penuh gula (boleh rasa sendiri nanti),
  • 2-3 sudu kecik garam(boleh rasa sendiri),
  • 3 ulas bawang putih cincang halus.

Cara Penyediaan Sos :

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung.
  2. Jika sudah mendidih, masukkan tepung jagung. Kacau sehingga pekat.
  3. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.

Cara Gulung Vietnam Spring Rolls :

  1. Celup kulit vietnam spring rolls@rice paper ke dalam air suam sekejap terus angkat.
  2. Letakkan salad dahulu sebagai alas, kemudian baru bahan-bahan lain.
  3. Akhir sekali, letak crab stick dan udang.
  4. Gulung seperti gulung popia biasa. Siap.

27. Resepi Churros Viral

resepi churros

Imej via Facebook

Churros ialah makanan ringan yang tular sejak kebelakangan ini. Siapa suka makan churros? Jom buat sama-sama. Resepi didatangkan daripada Hasmunierni Mohamad di laman Facebook. Churros termasuk jenis donut, namun dengan bentuk yang panjang dan bergerigis. Dengan tekstur yang rangup di luar namun lembut di dalam. Churros ialah kudapan yang mengenyangkan. Kerana penyediaannya yang mudah, kudapan ini sesuai disajikan untuk minum petang.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan air*,
  • 1 sudu besar mentega/margerin,
  • 1 sudu besar gula*,
  • 1 sudu teh esen vanila*,
  • Secubit garam*,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 biji telur.

Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan bertanda * dalam kuali (boleh guna kuali non stick). Buka api dan kacau sampai gula larut dan mentega cair.
  2. Tutup api, masukkan tepung sedikit-sedikit sambil kacau dengan senduk.
  3. Teus balik-balikkan tepung hingga doh yang lembut terhasil. Kalau doh berketul, tiada masalah.
  4. Pukul telur sedikit dan tuang dalam doh. Uli doh. Jika doh masih panas, uli dengan senduk. Bila doh sudah sejuk sedikit dan boleh dipegang, uli dengan tangan sampai betul-betul sebati dan tidak ada lagi ketul-ketul tepung.
    Tips : Doh yang cantik adalah doh yang licin dan agak kenyal. Tidak melekat-melekat di tangan.
  5. Masukkan doh dalam piping bag. Guna star nozle dan paipkan ke atas dulang yang dialas baking paper (bertujuan supaya tidak melekat).
  6. Sementara paipkan Churros, boleh panaskn kuali minyak.
  7. Goreng churros sehingga keemasan.
  8. Angkat dan sira dengan gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih sedap kalau dip dalam sos coklat

Resepi Sos Coklat

  • 100 gram coklat masakan,
  • 1 sudu mentega (boleh guna 2 sudu minyak jagung),
  • *Cairkan secara double boil.

Tips :

  • Tepung satu cawan saja. Kalau berlebihan nanti churros jadi keras.
  • Masa masukkan tepung, kebanyakkan resepi suruh perlahankan api. Tapi baiknya tutup api masa itu. Ikut petua, Jangan uli tepung dengan air yang menggelegak. Ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dan kerangupan akan tahan lama.
  • Seelok-eloknya guna piping bag yang tebal. Kalau piping bag nipis takut pecah.
  • Guna star nozle untuk corak belimbing yang cantik. Kalau guna acuan semperit pun boleh. Saiz Churros ini agak-agak dalam 2 inci setiap satu.
  • Pada yang berkeahlian, boleh paip terus dalam minyak yang panas.

28. Resepi Tauhu Sumbat Ayam @ Daging

tauhu sumbat
Imej via Facebook

Resepi tauhu sumbat ayam ini datangnya daripada Ezrin Kahar‎ di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari warga Facebook. Selain sumbat dengan ayam, resepi ini juga boleh guna daging sebagai bahan sumbat tauhu. Mana-manapun kejadiannya tetap gebu dan menyelerakan.

Bahan-bahan :
  • Tauhu,
  • Dada ayam @ daging,
  • Cili besar – cincang,
  • Daun sup – hiris halus,
  • Bawang besar –cincang,
  • Garam,
  • Lada sulah,
  • Telur.
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu. Sejukkan dan belah dua. Keluarkan isi tauhu.
  2. Goreng dada ayam (jangan garing).
  3. Campur isi ayam da nisi tauhu kemudian tumbuk sampai lumat.
  4. Kemudian campurkan cili besar, daun sup, bawang besar, garam dan lada sulah.
  5. Gaulkan rata dan sumbat dalam kulit tauhu yang dikeluarkan isi tadi.
  6. Pukul telur dan celupkan tauhu yang disumbat.
  7. Goreng tauhu sumbat.
  8. Siap. Sedia dimakan dengan sos.

29. Resepi Coney sosej ala A&W

Imej via Facebook

Coney sosej atau bahasa melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri di rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang. Resepi coney sosej ala ‎Zurina Zulkefli di laman Facebook menggoda sangat. Rasa utama sos ini adalah jintan putih.

Bahan Sos Daging Cincang :

  • 3 ulas bawang putih *,
  • 1 biji bawang Holland *,
  • 1 biji lobak merah *,
  • Sepaket daging lembu kisar *.
  • 2 sudu besar cili kering kisar,
  • 4 s/b sos tomato,
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih,
  • 2 sudu kecil serbuk kari pedas,
  • 2 sudu kecil serbuk cili,
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam,
  • Garam secukup rasa,
  • Air secawan.

Cara-cara :

  1. Bahan bertanda * dicincang halus dan tumis bersama minyak panas.
  2. Gaul rata masakan dan masukkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.
  3. 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.
  4. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.
  5. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.

30. Resepi Kuih Ketayap

Imej via Facebook

Kuih ketayap ialah amat sedap untuk jadi hidangan minum petang. Doh nya lembut dengan inti kelapa gula merah yang manis dan sedap sangat. Orang tua-tua lagi lah suka kuih ini. Jom cuba resepi kuih ketayap daripada Wirawati Negara yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 biji telur,
  • 2 sudu minyak masak @ minyak jagung,
  • Secubit garam,
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan air),
  • Sedikit pewarna hijau,
Bahan Inti Kelapa :
  • ½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja),
  • 8 sudu besar gula merah,
  • 2 sudu besar gula pasir,
  • Secubit garam,
  • Sedikit air,
  • Sehelai daun pandan disimpul.
Cara menyediakan inti :
  1. Masak gula sampai larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan garam.
  3. Biar kering sedikit. Biarkan sejuk.
Cara membuat kulit :
  1. Blend semua bahan kulit. Agak-agak bancuhan jangan cair sangat jangan pekat sangat.
  2. Gunakan kuali leper (seeloknya non stick), sapukan kuali dengan sedikit minyak.
  3. Gunakan senduk bulat, sendukkan adunan ke dalam kuali, kemudian lenggangkan kuali.
  4. Biarkan sekejap, tidak perlu terbalikkan, angkat dan sedia untuk diletakkan inti.

31. Resepi Begedil Daging Mewah

Imej via Facebook

Ada stok ‘fries’ dalam peti. Dari sekadar goreng cicah sos, baik buat begedil. Kalau guna ubi kentang sebenar lagilah elok. Buat sendiri dapat campur inti daging banyak-banyak. Begedil daging selain sedap dimakan bersama sambal kicap pedas, boleh dimakan dengan soto juga. Resepi oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 4 genggam ‘fries’ atau 6 biji ubi kentang (direbus terlebih dahulu),
  • 100 gram daging yang telah direbus (dileraikan),
  • 3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk),
  • ¼ biji cili benggala merah (diracik),
  • ¼ biji cili benggala hijau (diracik),
  • ¼ biji cili benggala kuning (diracik),
  • 2 inci carrot (dipotong kiub),
  • 4 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris halus),
  • 2 genggam bawang goreng.
Bahan perasa :
  • Secubit kecil garam,
  • ½ sudu besar serbuk lada sulah,
  • Secubit dua perasa Knorr,
  • Secubit serbuk lada hitam.
Cara-cara :
  1. Tumbuk kentang sehingga hancur lumat.
  2. Satukan semua bahan dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.
  3. Letak bahan perasa. Gaul rata semua bahan.
  4. Pecahkan dua biji telur. Gaul lagi.
  5. Bulatkan begedil ikut saiz yang disukai. Padatkan bentuknya.
  6. Kepuk seketika 2 biji telur.
  7. Celup begedil sepenuhnya dalam bancuhan telur.
  8. Goreng dalam minyak panas.
  9. Angkat setelah kuning keemasan.
  10. Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau sebagai bahan tambahan dalam soto.

32. Resepi Buah Melaka

Imej via Facebook

Petang-petang dapat makan buah melaka tak dapat dikata sedapnya. Buah melaka makanan tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut dan tepung gandum. Teksturnya lembut dan sedikit kenyal. Resepi buah melaka dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Tepung pulut 2 cawan,
  • Tepung gandum 2 sudu teh,
  • Air pandan 1 cawan,
  • Gaulkan semua bahan di atas sampai boleh dibentuk.
  • Gula gerek 2 ketul dipotong kecil-kecil.
  • Kelapa RM 2 gaul dengan secubit garam dan kukus selama 10 minit.
Cara-cara :
  1. Bulatkan tepung tadi bersama seketul gula merah.
  2. Didihkan air dan masukkan buah tadi.
  3. Tunggu sampai buah terapung.
  4. Kaut dan gaulkan dengan kelapa parut. Sedia dihidangkan.

33. Resepi Kuih Lopes

Imej via Facebook

Kuih orang lama-lama ini semuanya sedap-sedap termasuk lah kuih lopes pandan ini. Kuih lopes dibuat daripada tepung pulut dibalut dengan kelapa parut dan dimakan dengan kuah gula melaka. Sedap manis dan bikin ketagih. Kami tampalkan resepi kuih lopes Noriza Jaja yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras pulut,
  • 1 ½ cawan santan cair,
  • 3 helai daun pandan,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu besar gula,
  • Kelapa parut putih.
Cara-cara :
  1. Rendam beras pulut dalam 1@2 jam.
  2. Toskan beras dan letak dalam loyang.
  3. Kisar santan dengan daun pandan dan tapis.
  4. Masukkan santan tadi dalam loyang, letak garam dan gula. Kacau hingga sebati. Pastikan paras santan dan pulut serata.
  5. Jika santan tidak cukup tambah lagi sedikit. Jika santan lebih dari paras pulut, pulut akan terlebih lembik.
  6. Kukus dalam 20-25 minit. Jika sudah siap boleh ceduk sedikit pulut ke dalam acuan. Tekan padat dan keluarkan.
  7. Sebelum itu kukus sekejap kelapa parut putih dengan sedikit garam, sejukkan.
  8. Gaulkan pulut tadi dengan kelapa parut. Siap.
Bahan air gula melaka :
  • Air,
  • Gula pasir,
  • Gula merah,
  • Gula Melaka.
    (Masakkan hingga sebati dan sedikit pekat. Siap)

34. Resepi Cekodok Pisang

Imej via Facebook

Siapa tidak suka cekodok pisang manis-manis lembut. Lagi kalau boleh buat ikut resepi yang sesuai maka cekodok tidak keras dan tidak lembik sangat. Ayuh menggoreng cekodok resepi oleh Latifah Abdul Rahman hanya menggunakan 2 bahan iaitu pisang dengan tepung beras.

Bahan-bahan :
  • Pisang,
  • Tepung beras,
  • Lenyekkan pisang dan masukkan tepung beras agak tidak terlalu cair.
  • Masukkan gula dan garam ikut selera masing-masing. Untuk resepi ini tidak letak gula sebab pisang memang manis semula jadi.
  • Goreng sehingga kecoklatan.

35. Resepi Yong Tau Fu

Imej via Facebook

Minum petang sihat dan kenyang perut. Sedap atau tidaknya yong tau fu mengikut rasa kuahnya. Jika kuah sedap maka sedaplah Yong tau fu kita. Kena betul-betul ikut resepi Norhanim Ya’acob di laman Facebook untuk buat yong tau fu sedap.

Bahan kuah yong tau fu :
  • 4 sudu besar madu,
  • 2 sudu besar kicap manis,
  • 1 sudu besar kicap pekat,
  • 1 sudu besar sos ikan,
  • 2 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar sos seafood,
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • 1 cawan air dibancuh dengan 2 SB tepung jagung,
  • ½ kiub pati ayam.
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan di atas. Panaskan hingga kuah memekat. Tabur bijan.
  2. Dalam periuk lain panaskan air. Masukkan ½ kiub pati ayam dan sebiji bawang putih diketuk.
  3. Celur semua bahan-bahan Yong tau fu. Toskan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tetepek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.