Ikan bawal merupakan jenis ikan laut yang banyak permintaan. Ikan bawal ada dua jenis iaitu bawal hitam dan bawal putih. Ikan bawal putih dikatakan lebih ramai permintaan daripada bawal hitam. Ikan bawal seringkali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa.

Daging ikan bawal tebal dan manis bila dimasak. Isinya putih dan lembut pula. Jika digoreng garing, akan keluar wangi yang semerbak dan menyelerakan. Apalagi kalau dimakan dengan sambal belacan, makin sedap terangkat. Tulang ikan bawal pula tidak banyak dan senang dibuang.

Terdapat pelbagai resepi masak ikan bawal yang boleh dicuba. Juga telah kami sediakan 10 resepi ikan bawal sedap terangkat rasa macam hidangan jamuan istimewa. Boleh dimasak untuk acara kenduri ataupun masak sendiri di rumah, makan bersama keluarga. Sila cubakan resepi-resepi bawal yang mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Ikan Bawal Pesmol

Imej via Facebook

Nurul Ateekah berkongsikan resepi ikan bawal pesmol daripada kawan indonesia, setiap kali ke rumahnya, kawan dia akan hidang masakan ini. Rasanya tidak seperti masak lemak biasa. Kuahnya tidak perlu cair, tapi kuahnya hendaklah dimasak sehingga pekat, rasa pedasnya hanyalah sedikit sahaja. Pertama kali rasa masakan ini, memang mempunyai aroma dan rasa yang gurih sangat.

Bahan-bahan :
  • 500 gram ikan bawal (jika ingin guna ikan talapia adalah lebih baik),
  • Cili merah 6 batang,
  • Buah keras 4 biji,
  • Bawang merah 6 biji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Halia 2 cm,
  • Serai 1 batang (diketok),
  • Kunyit 3 cm,
  • Lengkuas 3 cm (dihiris),
  • Daun salam 2 helai,
  • Cili padi merah,
  • Tomato 1 biji,
  • Minyak masak 1 senduk besar,
  • Santan 1 kotak,
  • Air 1 cawan,
  • Gula 1 sudu besar,
  • Garam 1 sudu kecil,
  • Serbuk perasa Knorr/Maggi 1 sudu kecil.
Cara-cara :
  1. Ikan digoreng dahulu.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, buah keras, cili merah (kisar dengan 3 sudu air).
  3. Panasakan minyak masak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan lengkuas, halia, dan daun salam.
  5. Masukkan ikan digaul sebati.
  6. Campurkan santan dan 1 cawan air, masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan tomato dan cili padi.
  8. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa.
  9. Masak sehingga kering dan angkat.

Ikan Bawal Sambal Lemak Taucu

Imej via Facebook

Masakan yang mudah untuk pemula. Gerenti disukai oleh mertua, suami, dan adik beradik lain. Ulasan jujur Nurul Ateekah di laman Facebook bahawa walaupun baru pertama kali makan, memang sedap rasa yang berlemak dan sedikit pedas ini.

Bahan-bahan :
  • Ikan bawal 2 ekor (saiz sederhana) dipotong, dicuci dan ditoskan,
  • Taucu 3 sudu,
  • Cili kisar 3 sudu besar,
  • Air asam jawa 1 sudu besar,
  • Bawang besar ½ biji dihiris,
  • Bawang putih 2 ulas dihiris,
  • Halia 2 cm dihiris,
  • Tomato 1 biji dibelah 6,
  • Cili merah 1 batang dipotong,
  • Cili hijau 1 batang dipotong,
  • Santan kotak kecil ½ kotak,
  • Air masak 1½ cawan,
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil,
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil,
  • Gula 1 sudu besar.
Cara-cara :
  1. Basuh ikan sehingga bersih, lumurkan kunyit dan garam, goreng sehingga garing.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah sehingga sedikit keperangan.
  3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa, serbuk belacan, tomato, cili hijau dan merah, santan, air, garam dan serbuk perasa, masak sehingga mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih, tutup api dan masukkan ikan bawal yang telah digoreng serta gaul sebati. Siap dihidang.

Bawal Sweet Sour

Imej via Facebook

Sweet sour ikan bawal sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Resepi dikongsikan oleh Azizah Daud di laman Facebook. Rasa manis dan masamnya amat merangsang selera.

Bahan-bahan :
  • Ikan bawal dibersihkan dan dilumur garam, bawang putih, halia tumbuk, dan tabur sedikit tepung jagung.
  • Goreng dan ketepikan.
Bahan Sos :
  • Sedikit halia 5 ulas bawang putih tumbuk,
  • 1 biji bawang holland potong kiub,
  • Sos tiram sos ikan,
  • Tomato sos cili sos,
  • 1 sudu tepung jagung,
  • Nenas potong,
  • Tomato,
  • Daun salad,
  • Daun ketumbar.
Cara-cara :
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan tumbuk bersama bawang holland dan segala sos diatas sehingga wangi.
  2. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kalau ingin banyak kuah masukkan ikut suka. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa.
  3. Kemudian masuk nenas. Masuk pula tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata kuah.
  4. Jika sudah pekat sedikit, masuk daun ketumbar, simpan sedikit untuk hiasan.
  5. Akhir sekali masuk ikan, tutup api.
  6. Hiaskan pinggan dengan salad dan tomato, letak ikan, tabur daun ketumbar, siap.

Ikan Bawal Masak Cuka

Imej via Facebook

Ada yang suka ikan bawal masak cuka? Rasa masam-masam yang padan dengan bawang dan cili. Letak sedikit sayur sawi untuk rasa yang lebih pelbagai. Resepi dikongsikan oleh Eila Rostam di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak dan ketepikan sebentar.
  • 4 biji bawang besar dihiris,
  • 1 labu bawang putih dihiris,
  • 1 inci halia dihiris,
  • 1½ sudu besar biji sawi,
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (untuk warna),
  • 20 biji cili padi,
  • 3 biji cili merah dibelah 4,
  • 1 cawan minyak untuk menumis (boleh pakai semula minyak gorengan ikan tadi),
  • ½ cawan cuka,
  • 5-7 sudu gula (jika tidak suka boleh abaikan),
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Cara-cara :
  1. Tumiskan bahan-bahan hiris bersama biji sawi sehingga layu.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, tumiskan sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga kuah menggelegak.
  4. Masukkan cuka, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya (pastikan rasa masam, manis, dan masin kuah seimbang).
  5. Masukkan ikan dan cili, gaul sekata dan biarkan mendidih serta sebati.
  6. Setelah sekata boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.

Bawal Emas Stim Kicap

Imej via Facebook

Menu seterusnya, ikan bawal emas masak stim kicap. Hidangan ini makin sedap bila digandingkan dengan telur dadar siam, kailan sos tiram, telur sotong goreng kunyit, dan buah baby plum. Resepi dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bawal emas,
  • 2 inci halia muda (potong memanjang),
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 batang serai (potong serong),
  • 1 tangkai daun bawang (hiris halus),
  • Sedikit lada sulah,
  • Sedikit garam,
  • 2 sudu besar minyak masak,
  • Sedikit minyak bijan (tidak letak pun tidak apa),
  • 2 biji cili padi (dihiris halus),
Bahan sos :
  • 10 sudu besar kicap manis Jalen,
  • ½ cawan air,
  • 1 sudu besar stok ayam @ 1 ketul kiub ayam.
Cara-cara :
  1. Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur lada sulah dan sedikit garam di luar dan dalam ikan.
  2. Letak serai dalam perut ikan.
  3. Panaskan kukusan sehingga mendidih. Taburkan halia bersama ikan dan kukus ikan sehingga ikan masak.
  4. Sementara itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  5. Masukkan kicap beserta stok ayam, masukkan air, jika mendidih boleh tutup api.
  6. Setelah ikan masak, curahkan sos tadi. Akhir sekali tabur daun bawang dan cili, renjiskan sedikit minyak bijan, sedia untuk dihidangkan.

Bawal Goreng Masak Sos

Imej via Facebook

Berapa orang yang suka masak macam ini? Bawal goreng masak sos pedas-pedas manis. Ikan pula kenalah digoreng garing hingga rangup supaya tidak lembik sangat masa digaul dengan sos. Resepi daripada Cikpuan Aina di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bawal putih dipotong 4 (lumur garam dan kunyit digoreng garing),
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu,
  • 2 biji tomato dipotong dadu,
  • ½ batang timun dipotong dadu,
  • 5 sdb cili kisar,
  • 2 sdb sos tomato,
  • 4 sdb sos cili,
  • 2 sdb sos tiram,
  • 3 sdb madu,
  • 1 sdk sebuk lada putih,
  • Garam secukup rasa,
  • Air ikut kepekatan kuah.
Cara-cara :
  1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak/masak (minyak secukupnya).
  2. Masukkan bawang didadu, masak hingga layu.
  3. Masukkan kesemua sos, serbuk lada putih, garam dan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang sesuai.
  4. Kacau sebati tutup kuali seketika.
  5. Jika sudah cukup rasa, masukkan tomato dan timun, kacau sebati dengan api perlahan.
  6. Masukkan ikan dan gaul dengan sos. Jika sudah mesra rasanya, boleh tutup api. Boleh juga siram atas ikan.

Kari Ikan Bawal Tanpa Santan

Imej via Facebook

Resepi seterusnya ialah kari ikan bawal dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di laman Facebook. Kari bawal versi utara dan tidak pakai santan. Ayuh cubakan untuk petang ini.

Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan bawal potong 2,
  • Bawang merah dimayang,
  • Bawang putih dimayang,
  • Halba campur 1 sudu kecil,
  • Daun kari,
  • Rempah kari BABAS,
  • 2 sb cili mesin,
  • Terung / bendi,
  • Asam keping,
  • Garam,
  • Air,
  • Serbuk perasa.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari, cili mesin yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga cili masak dan pecah minyak.
  3. Tambah air dan masukkan terung. Lepas mendidih masukkan asam keping dan ikan. Biar mendidih seketika.
  4. Kecilkan api dan biar mereneh 10 minit.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tutup api.

Ikan Bawal Sambal

Imej via Facebook

Makan tengah hari teringin makan lauk goreng pedas-pedas. Lebih rasa sedap kalau makan nasi putih dengan sambal bawal sedap. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 6 potongan ikan bawal (saiz sederhana),
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat),
  • ½ biji tomato (dibelah 4),
  • 2 helai daun limau purut,
  • 1 sudu besar gula Melaka,
  • 1 sudu besar gula putih,
  • 1 sudu kecil rata garam,
  • 1 sudu kecil serbuk perasa,
  • 2 sudu besar perahan asam jawa.
Bahan kisar :
  • 10 batang cili kering,
  • 2 biji bawang besar,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 1 sudu kecil belacan kiub,
Cara-cara :
  1. Basuh ikan sehingga bersih, lumurkan garam dan kunyit. Panaskan api dan goreng ikan sehingga masak.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak (api sederhana).
  3. Masukkan perahan asam jawa dan daun limau purut. Masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan.
  4. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Gaulkan rata dan masak sehingga warna merah gelap.
  5. Kemudian, masukkan bawang merah dan tomato.
  6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng serta gaul rata. Siap dihidang.

Ikan Bawal Steam Chinese Style

Imej via Facebook

Yang suka menu sihat tanpa minyak dan tidak pedas, boleh cuba masak ikan bawal steam ala Chinese. Semestinya menyediakan lauk ini amat mudah dan jimat masa. Isi ikan pun tebal, manis dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Raja Azreen di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ikan bawal dibasuh bersih,
  • Halia potong macam batang mancis,
  • Batang daun bawang,
  • Cili padi,
  • Bawang putih.
Bahan Sos :
  • Kicap cair 2 sudu besar,
  • Sos tiram 1 sudu besar,
  • Minyak bijan 1 sudu besar,
  • Gula ½ sudu.
Cara-cara :
  1. Bawang putih digoreng hingga keemasan.
  2. Kemudian tutup api dan letak batang daun bawang yang dimayang.
  3. Seterusnya curah di atas ikan.
  4. Akhir sekali kukus ikan bersama halia dalam 5 minit, letak bahan sos dan bahan goreng. Siap.

Kari Bawal Timur Laut India

Imej via Facebook

Syu Azis berkongsikan resepi kari india yang amat sesuai dengan tekak melayu. Sekali cuba confirm selera betul makan dari sesuap ke bersuap-suap masuk ke mulut. Sungguh, Sedap! Resepi yang sangat sedap dan ramai perkongsian di laman Facebook. Tak tipu, kalau tidak percaya cubalah buat. Kari ikan ala Odisha style.

Bahan-bahan :
  • Ikan bawal,
  • Sesudu besar mustard seeds,
  • Bawang besar 2 biji,
  • Bawang putih 1 labu (perlu banyak),
  • Halia 2 inci,
  • Tomato 2 biji,
  • 2 biji cili kering,
  • Halba ½ sudu sahaja,
  • Daun salam sehelai,
  • Daun ketumbar,
  • Bahan penyedap biji kuaci dua sudu,
  • Garam@serbuk perasa,
  • Kayu manis, bunga lawang, jintan putih.
  • Serbuk cili merah sesudu,
  • Serbuk kunyit 1-2 sudu,
  • Serbuk garam masala/serbuk kari ikan 2 sudu,
  • Santan 1 cawan.
Cara-cara :
  1. Kari ikan style ini, ikan digaulkan dengan garam dan kunyit dan digoreng tiga suku masak terlebih dahulu.
  2. Sedikit bawang besar, bawang putih, jintan putih dan halia kisarkan terlebih dahulu. Letak tepi. Jangan hampa blend jintan manis pulak, lain tau.
  3. Kisar juga biji kuaci dan mustard seed. Letak tepi.
  4. Akhir sekali kisarkan tomato.
  5. Panaskan minyak dalam dua senduk. Masukkan cili kering yang seketul-seketul itu. Biarkan garing kehitaman sedikit. Itu untuk buat sedap nanti tenyeh-tenyeh dia.
  6. Boleh masukkan daun kari, lebih sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bawal, kami telah menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila cubakan. Jangan lupa Share dan Like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.