Pernah cuba resepi tauhu begedil? Anda patut mencuba tauhu begedil jika belum. Begedil ialah makanan yang berbahan dasar kentang dan dilumatkan sehingga halus.

Pada tulisan kali ini kami ingin berkongsikan resepi tauhu begedil yang sedap. Pada dasarnya tauhu begedil sama dengan begedil kentang, namun bezanya tauhu begedil menggunakan tauhu kering sebagai kulit lapisan luar begedil.

Resepi dan bahan-bahan untuk membuat tauhu begedil mudah dan senang. Walaupun nampak macam leceh tetapi kalau buat dengan sungguh-sungguh hasilnya akan sangat sedap dan berbaloi,  seperti resepi tauhu begedil yang dikongsikan oleh Noor Laila Yaakop di Facebook dan mendapat perkongsian ramai.

Sila cuba resepi ini.

Resepi Tauhu Begedil

tauhu begedil

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang 1 1/2kg direbus sampai empuk dan ditumbuk.
  • Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis).
  • 3 biji cili besar dadu (tumis).
  • Sebiji kecil carrot dadu (tumis).
  • Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis).
    Bawang goreng (bawang besar dihiris, gaul dengan tepung gandum dan goreng sampai garing). *kalau mahu senang, boleh beli bawang goreng yang sudah siap.
  • Daun bawang/daun sup.
  • Lada sulah/lada hitam.
  • Tepung gandum 2 sudu.
  • Garam.
  • Tauhu kering 2 paket besar.
  • Telur.

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering.
2. Gunting 4 bahagian atas tauhu kering.
3. Keluarkan isi dalam tauhu. Gaulkan dengan bahan isi tadi.
4. Kemudian sumbat balik dalam tauhu.
5. Celup ke dalam telur + sedikit garam + sedikit tepung.
6. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak hingga tauhu separuh tenggelam. Guna api sederhana. Siap.

tauhu begedil

Imej via Facebook

Resepi Sos

  • 4 sudu cili kering.
  • Secawan air.
  • Gula melaka se-inchi yang bulat.
  • Sos tiram sesudu.
  • Kicap manis 5 sudu.
  • Garam.
  • Gula.
  • Tepung gandum, bancuh dengan air. Hingga jadi air tepung.
  • Kalau mahu pedas, boleh tambah cili padi.

Cara-cara :

1. Tumis cili kering sampai pecah minyak.
2. Masukkan semua bahan kecuali air tepung.
3. Bila sudah mendidih baru masukkan air tepung.
4. Rasa sos ikut selera masing-masing mahu pedas atau manis.

tauhu begedil

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tauhu begedil, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.