Pada masa kini, pizza merupakan salah satu makanan pilihan rakyat Malaysia. Makanan  yang berasal daripada barat ini secara asasnya merupakan roti dan digabungkan serta dihiasi dengan pelbagai jenis rencah yang boleh diletak di atasnya. Ianya amat mudah dibuat serta rasanya dapat menarik minat sesiapa sahaja. Sekiranya anda meinginkan kelainan, bolehlah cuba untuk membuat pizza.

Namun, apa yang uniknya tentang resepi yang kami ingin bawakan kali ini adalah resepi ini tidak memerlukan ketuhar malahan hanya menggunakan kuali untuk membuatnya. Resepi ini dapat menyediakan sehingga 5 keping pizza dan ianya telah menjadi viral di media sosial. Pada sesiapa yang belum lagi discover mengenai resepi ini, dimana ianya mudah dan lazat, bolehlah check it out sekarang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Murni Rahmat dan terdapat lebih daripada 108 ribu perkongsian di Facebook. Wah! Gerenti kena cuba.

Resepi Pizza Kuali

pizza kuali

image via Facebook

Bahan – bahan memasak:

  • Tepung gandum 1kg
  • Air suam 2 cawan
  • Mauripan 1 peket
  • Minyak masak 2 sudu
  • Gula 1 sudu
  • Secubit garam

    pizza kuali

    image via Facebook

Nota: Uli bahan di atas sekurang – kurangnya 5 minit

Bahan topping

  • Sos pasta tradisional -jenama bebas.
  • Bawang Holland
  • Bawang putih

Anda juga boleh letak macam – macam topping seperti

  • Hot dog
  • Ayam
  • Cendawan butang
  • Nanas
  • Tomato
  • Cheese
  • Seafood

Nota: Tumiskan bawang holland dan bawang putih. Apabila sudah wangi, masukkan bahan basah yang lain. Contohnya seperti ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak. Perasakan dengan garam dan lada hitam kemudian ketepikan.

Langkah – langkah memasak:

  1. Gaul tepung dgn minyak.
  2. Tambahkan air. Uli tepung sekurang – kurangnya 5 minit, apabila sudah tidak melekat di tangan, tutup dgn tuala, rehatkan selama 1 jam.

Nota: sukatan air perlukan 2 cawan, tetapi 1cawan air tu, tuang mauripan didalam, masukkan secubit gula. Selepas 2-3 minit, dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.

  1. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk – tumbuk doh itu supaya anginnya keluar.
  2. Bahagikan doh pada 5 bahagian atau lebih.
  3. Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letakan atas kuali.
  4. Masak api kecil sahaja. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau letak lapik. Masak sahaja doh itu di atas kuali
  5. Kalau suka kerak pizza rangup, kenalah masak doh itu dulu sebelum isi topping.
  6. Kalau suka lembut gebu mcm roti, letak topping atas doh mentah, baru masak. Susun siap – siap diatas kuali, baru senang sebab tidak perlu nak angkat doh itu. Sebab topping itu berat, nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pula.
  7. Cheese tu ambil masa 3 – 4mnit untuk cair ye.

    pizza kuali

    image via Facebook

Nota:

  • Boleh pakai roti nan atau roti ara sekiranya hendak cepat.
  • Resepi doh ini juga boleh buat donut, roti dan pau.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk share resepi ini kepada kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.