Snek Omapodi/snek campuran kesukaan ramai adalah wajib untuk menyambut Deepavali. Crispy dan enak dimakan. Siapa suka makan snek ini? Jomlah kita buat sempena sambut perayaan.

Snek ini diperbuat daripada doh yang dicetak dengan acuan lubang kecil sehingga jadilah ia panjang dan halus. Doh kemudian digoreng sehingga garing. Belum lagi akhir sekali dicampur dengan kacang goreng. Jadilah ia krup krap rangup sedap dikudap-kudap.

Snek ini wangi semerbak memang tidak boleh tahan. Buat sebalang rasa tidak cukup, kenalah buat lebih. Jom buat snek omapodi dengan resepi daripada Pushpa Rao di laman Facebook. Ramai yang sudah cubakan resepi ini. Sekarang masanya anda pula.

Resepi Snek Omapodi

snek omapodi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ cawan tepung beras,
  • 1 cawan tepung kacang kuda,
  • ¼ cawan tepung jagung,
  • ½ sudu kecil jintan kecil (ditumbuk),
  • ½ sudu kecil bijan putih,
  • ½ sudu kecil bijian omam ditumbuk (kalau tak ada tak apa),
  • Garam secukupnya,
  • 1 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar planta,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam doh chappati.
  2. Guna acuan lubang kecil untuk hasilkan muruku kecil yang panjang-panjang.
  3. Kemudian goreng doh sehingga kuning keemasan.

    snek omapodi

    Imej via Facebook

  4. Campur dengan kacang tanah dan daun kari yang digoreng dalam muruku tadi.

Resepi Menarik Lain

Selain snek omapodi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.