Whipping cream dan tatura cream cheese ialah bahan utama yang paling dicari para pembuat kek. Ibaratnya bahan tersebut merupakan jantung hati kesemua resepi kek, khususnya kek yang berkrim seperti kek tornado, kek coklat indulgence, cheese cake, dan lain-lain kek.

Namun saking ramai yang buat kek-kek tersebut, bahkan stok whipping cream pun habis walau anda cari di kedai kek sekalipun. Kalau beli dalam talian mahal pula biaya pengiriman bukan? Kami ada idea untuk anda. Apa kata kalau anda buat whipping cream sendiri?

Buat whipping cream sendiri lagi jimat dan rasanya pun sedap. Resepi whipping cream homemade dibuat oleh Shaza Kamilah‎ di laman Facebook. Dan ini ialah resepi pertama kali cuba. Mungkin anda boleh cuba buat sendiri dan tengok macam mana tekstur cream yang terhasil.

Resepi Whipping Cream

whipping cream

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar ovalette,
  • 5 sudu besar susu pekat,
  • 4 sudu susu tepung full cream,
  • 2 sudu gula halus, kalau suka manis buat 3 sudu.
  • Ais 1 mangkuk.

Cara-cara :

  1. Pukul semua bahan.
  2. Hati-hati masa pukul semua bahan nanti ais terpelanting.
  3. Guna bekas besar sedikit supaya whipping cream boleh mengembang dengan jayanya.

Resepi Menarik Lain

Selain whipping cream, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.