Perkongsian kali ini ialah udang masak lemak cili padi. Lauk sedap yang disukai masyarakat melayu ini memang menjadi pujaan hati.

Sesiapa yang tercari resepi udang masak lemak cili padi, sila usha langkah-langkah masak udang lemak cili padi nan sedap dan menggetarkan lidah yang dikongsikan oleh Hazirah Maulana di laman Facebook.

Cara menyediakan dan bahan-bahan masakan udang masak lemak cili padi ini amat mudah. Tidak sampai 10 minit boleh siap dan dihidangkan. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas-panas. Selamat mencuba.

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

udang masak leamk

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • *Bawang besar,
  • *Kunyit,
  • *Cili padi,
  • Serai,
  • Udang,
  • Asam keping,
  • Santan,
  • Daun kunyit.

Cara-cara :

  1. Blend bahan bertanda * dan tumis bahan.
  2. Masukkan serai dan udang.
  3. Masukkan asam keping, garam dan santan.
  4. Gaul dan biar sampai mendidih.
  5. Jika sudah mendidih masukkan daun kunyit.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi udang masak lemak cili padi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

 

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.