“Udang!udang! Seekor seringgit!seekor seringgit! Mari murah!murah!”
Heboh udang seringgit seekor baru – baru ini menjadi viral dan buruan peminta udang. Tapi buntu bila memikirkan apa nak dimasak udang tu kan. Nak masak apa yg boleh memelihara keenakkan,keanjalan dan kemanisan isi udang.
Makanan laut atau seafood ni perlukan teknik masakan yg cepat dan mudah. Ini untuk memelihara kesegaran isi seafood. Antara menu yang paling simple ialah goreng tepung ala restoran. Menu yang biasa jadi pilihan ialah udang goreng tepung.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Kitin Mahinah Pak Tam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook!
Nota: Letakkan ketulan ais didalam air dan bancuh. Pastikan garam terasa masin sebab selepas goreng rasa masin tidak terasa sangat. Jangan risau kerana semasa kita adun tepung memang akan terasa lebih masin.
Wah mudah bukan? Resepi ini bukan sahaja mudah tapi dapat memberi kepuasan kepada sesiapa yang merasainya. Hidangkanlah resepi ini pada bila bila masa kerana ianya boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja.
Selain daripada resepi ini terdapat beberapa resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!