Tempe diperbuat daripada kacang soya. Tempe dan tauhu walaupun berasal daripada kacang soya namun sangat berbeza pada proses penapaian. Tekstur tempe juga lebih keras daripada tauhu. Tidak semua orang suka tempe kerana rasa kacang soya nya sangat terasa berbanding tauhu.

Namun tahukah anda bahawa tempe kaya akan protein dan memiliki vitamin B12 yang berasal daripada bakteria yang digunakan pada proses penapaian. Tempe juga kaya akan serabut. Sangat baik untuk kesihatan.

Banyak jenis masakan tempe. Masakan tempe yang paling sering kita jumpai ialah tempe goreng, di mana tempe digaul dengan rempah, tepung dan sedikit garam kemudian digoreng sehingga garing dan rangup. Olahan tempe goreng rangup selalu dijumpai di restoran jawa dihidang bersama ayam penyet.

Namun ada sebahagian orang yang tidak suka tempe goreng. Oleh itu kami menyediakan resepi tempe yang berlainan iaitu tempe telur masin. Tanpa menunggu lama, sila baca resepi mudah tempe telur masin yang di kongsikan oleh ‎Adlina Aini Afifi‎ di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Sila cuba resepi ini.

Resepi Tempe Telur Masin

tempe telur masin

Imej via Facebook

Bahan-Bahan

  • Bawang putih seulas, cincang halus.
  • 2 tangkai cili kering, potong kecik2 atau pakai cili padi pun boleh.
  • 2 tangkai daun kari.
  • Sepeket tempe, goreng tanpa garam.
  • Susu cair
tempe telur masin

Imej via Facebook

Cara Membuat

1. Hancurkan telur masin. (Untuk sepeket tempe gunakan 1 biji telur masin. Kalau gunakan kuningnya sahaja, boleh guna 2 biji telur masin).

tempe telur masin

Imej via Facebook

2. Sesudu butter. Guna minyak masak pun boleh.

tempe telur masin

Imej via Facebook

3. Masukkan bawang putih, cili kering dan daun kari sampai naik bau.

tempe telur masin

Imej via Facebook

4. Terus masukkan telur masin sudah dihancurkan tadi dan masukkan susu cair. Ikut suka ingin creamy mana. Dalam 2 sudu sudah ok.

tempe telur masin

Imej via Facebook

5. Masukkan tempe yang sudah digoreng.
6. Kacau-kacau sedikit. Siap.

tempe telur masin

Imej via Facebook

Makan macam itu pun sedap, wangi nya sangat menggoda selera. Selamat menjamu selera.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tempe telur masin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.