Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Tapai Pulut (Resepi Tradisi)

Peminat tapai pulut mari-mari lihat resepi tapai pulut yang amat simple ini. Mesti anda teruja tengok molek dan gebunya pulut tapai yang terhasil. Bahan…

ResepiDikemas kini 14 Februari 2019oleh Rahayu Z
Gambar tapai pulut tradisi yang gebu dan molek diperam dalam daun

Peminat tapai pulut mari-mari lihat resepi tapai pulut yang amat simple ini. Mesti anda teruja tengok molek dan gebunya pulut tapai yang terhasil. Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut ialah beras pulut dan ragi. Beras pulut dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, tapai pulut ini dibungkus dengan daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam. Tidak hairan bahawa hidangan ini amat digemari dikalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu dan Kelantan bahkan telah merambah ke semua negeri. Tapai pulut biasanya dihidangkan pada masa menyambut perayaan. Tapai pulut sedap dimakan macam itu sahaja. Jom buat tapai pulut dengan resepi daripada Zakiah Zolkepli di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Tapai Pulut

tapai pulut

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras pulut,
  • 1 cawan kecil gula,
  • Ragi 1 biji,

Cara-cara :

  1. Mula-mula, kukus pulut selama 40 minit.
  2. Kemudian angkat dan biarkan sejuk baru dicampur ragi dan gula.
  3. Gaul rata.
  4. Bungkus dan biarkan selama 2 hari.

\caption id=“attachment_16927” align=“alignnone” width=“700”tapai pulut Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tapai pulut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.