Resepi sup daging paling kaw dikongsikan oleh Norfarhana Ariffin di laman Facebook. Rasa sup yang sedap dan kuahnya yang memikat membuat tergugah selera.

Memasak sup daging bukan perkara sukar lagi jika anda mengikuti resepi sup daging yang kami kongsikan di bawah ini. Sup daging dengan rasa yang sedap dan aroma wangi paling kaw tentunya.

Sup daging biasanya dimakan bersama nasi putih/meehun/mee/kueyteow dan lain-lain. Ianya sedap dimakan ketika masih panas-panas. Hirup kuah sup hingga habis. Sangat puaskan selera.

Sila layankan tekak anda dengan sup daging sedap dan menyelerakan hari ini. Hidangkan dirumah untuk dinikmati seluruh ahli keluarga. Selamat mencuba.

Resepi Sup Daging Kaw

sup daging

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging,
  • * 3-5 ulas bawang merah,
  • * 1 biji bawang Holland,
  • * 2-3 ulas bawang putih,
  • * ½ inchi halia,
    (Semua bahan bertanda * diblend halus)

Perkakas kasar :

  • Ubi kentang,
  • Daun sup daun bawang,
  • Cili padi hiris,
    (Blend sampai halus guna blender kering)

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus daging atau tulang terlebih dahulu sampai empuk.
  2. Dalam periuk lain tumis bawang yang diblend tadi.
  3. Agak-agak jika bahan tumis sudah garing boleh masukkan perkakas kasar yang dikisar tadi.
  4. Jika bahan sudah pecah minyak, masukkan dalam periuk berisi daging tadi.
  5. Kemudian masukkan ubi kentang, lada hitam kisar, daun sup, bawang hiris, garam dan perasa.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.