Perkongsian kali ini iaitu resepi stew ayam versi Tengku Puan Pahang, iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ialah antara resepi yang popular di Malaysia.

Stew ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bahkan juga sedap dicicah dengan roti keping sahaja. Stew ayam boleh menjadi menu sahur nanti di bulan puasa yang sebentar saja lagi.

Mesti ramai yang inginkan resepi stew ayam. Oleh itu, di bawah ini kami hadirkan resepi stew ayam Tengku Puan Pahang versi cik ‎Shiela Husin‎ yang berkongsikan resepi di laman Facebook.

Tanpa tunggu lama, sila salin resepi ini dan selamat mencuba. Nota : Jika dipekatkan, boleh dijadikan inti chicken pie.

Resepi Stew Ayam versi Tengku Puan Pahang

stew ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ ekor ayam – potong ikut suka,
  • 4 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • ½ inci halia,
  • 1 batang kulit kayu manis,
  • 2 kuntum bunga lawang,
  • 2-3 sudu besar tepung gandum,
  • Sedikit kicap,
  • Sedikit lada hitam-tumbuk kasar,
  • Garam dan serbuk perasa,
  • 1 biji ubi kentang – dipotong 4,
  • 1 batang karot – potong besar,
  • 1 biji bawang besar – potong 4,

Cara-cara :

  1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi.
  2. Masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang, carrot dan bawang besar. Kacau rata.
  4. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.
  5. Masak sehingga kentang empuk.
  6. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
  7. Hidangkan.

    stew ayam

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi stew ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.