Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Semperit Honeydew Saji Senang Guna Susu Krimer Tin Je

Semperit ialah menu kegemaran ramai yang selalu dicari pada hari raya. Ramai yang sukakan kuih semperit kerana resepi menyediakannya boleh dikatakan…

ResepiDikemas kini 5 Jun 2020oleh Rahayu Z
Gambar kuih semperit honeydew berwarna hijau yang telah siap dimasak dan diletakkan di atas dulang.
Masa Memasak: 20 minit

Semperit ialah menu kegemaran ramai yang selalu dicari pada hari raya. Ramai yang sukakan kuih semperit kerana resepi menyediakannya boleh dikatakan paling mudah. Dari banyak-banyak resepi semperit, kali ini kami akan berkongsi resepi semperit paling senang iaitu semperit honeydew Saji. Maksudnya, semperit ini hanya menggunakan krimer Saji berperisa honeydew. Sangat simpel dan senang bukan? Dilihat dari resepi yang dikongsikan oleh sis ‎Sofea Ahmad di laman Facebook, tampak bahan dan cara penyediaannya simpel sangat. Jomlah cuba buat kuih ini. Wangi sangat sangat bau tembikai susu ini.

Resepi Semperit Honeydew Saji

Biskut semperit honeydew Saji berbentuk bunga berwarna hijau

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gm buttercup,
  • ¾ cawan susu honeydew Saji,
  • Sedikit pewarna makanan hijau,
  • Sedikit garam (secubit),
  • 400 gm tepung jagung,
  • 3 sudu makan tepung kastad.

Cara-cara :

  1. Gaul butter dan susu hingga sebati guna senduk.

  2. Masukkan pewarna hijau dan garam, gaul sebati.

  3. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Gaul hingga jadi doh tidak melekat. Siap.

  4. Boleh tekan dengan acuan semperit dan hias dengan manik @ choc chip @ ceri.

  5. Bakar suhu 170°C selama 20 minit atau hingga masak, ikut oven masing-masing.

    Adunan biskut semperit dipicit menggunakan pistol semperit

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain semperit honeydew Saji, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.