Apabila tetiba tekak mengada-ngada ingin makan satar tapi tidak tahu dimana ada orang jual, buat sendiri lah jawapnya.

Faktanya memang tidak ramai orang yang jual satar daun, hanya sebahagian kedai-kedai makan yang ada sediakan satar daun. Dan apabila tetiba teringin mencuba bolehlah tengok resepi kami di bawah ini dan mula cubakan buat sendiri.

Satar daun ialah hidangan yang berbahan asas ikan, ikut suka ingin ikan apa tapi selalunya orang buat ikan sardin. Bahan inti kemudian dibungkus ke dalam daun pisang, bahagian ini yang membuat ia berbeza dengan satar gulung yang garing, sedangkan satar daun lebih lembut dan wangi aroma daun pisang.

Jom cuba buat satar daun dengan resepi perkongsian daripada ‎‎Suhaila Isnan‎ di laman Facebook. Guna magic pan sahaja lagi senang. Satar ini dia akan rasa pedas, manis, masin, tapi jangan masin sangat ya.

Resepi Satar Daun

satar daun

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan sardin – asingkan tulang ikan.
  • Bawang merah*,
  • Bawang putih*,
  • Halia*,
  • Cili padi*,
  • Buah keras*,
  • Daun kesum dipotong halus,
  • Cili kering blend,
  • Kelapa,
  • Garam,
  • Gula,
  • Cukup rasa.

Cara-cara :

  1. Blend bahan bertanda * dan campurkan dengan isi ikan yang sudah diblend.

    satar daun

    Imej via Facebook

  2. Seterusnya masukkan daun kesum, kelapa, cili kering blend, garam, gula, dan perasa. Gaul sebati.
  3. Untuk balutan buat corong dan bentukkan piramid. Cucukkan dengan lidi.

    satar daun

    Imej via Facebook

  4. Bakar guna magic pan.

    satar daun

    Imej via Facebook

  5. Siap.

    satar daun

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain satar daun, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.