Anda mencari makanan yang simpel dimakan untuk santai-santai? Kami hadirkan kepada anda resepi roti pisang paling simpel dari bahan hingga ke cara penyediaan. Jangan risau anda tidak perlukan mixer, tepung dan lain-lain bahan serta alat. Yang anda perlukan hanyalah roti keping, pisang, sedikit telur dan gula sahaja.

Resepi mudah ini didatangkan daripada ‎‎Siti Nur Baini yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi Puan Siti telahpun mendapat ramai perkongsian di Facebook. Dan sesiapa yang cubakan resepi memang teruja sangat sebab penyediaannya amat mudah.

Tidak ada alasan lagi untuk tidak sediakan sarapan sebab roti pisang ini boleh siap dalam sekejap sahaja. Sedap dijadikan sarapan ataupun menu minum petang. Gerenti kanak-kanak pun suka sebab rasa manis-manis pisang dan gula lekat dekat roti. Jom cubakan resepi ini.

Resepi Roti Pisang Keping

roti pisang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Planta/butter,
  • Telur,
  • Pisang,
  • Gula,
  • Roti.

Cara-cara :

  1. Sapu planta/butter di depan dan belakang roti,
  2. Kemudian, sapu telur di bahagian depan roti sahaja.
  3. Susun pisang seperti dalam gambar.

    roti pisang

    Imej via Facebook

  4. Sapu telur sekali lagi.
  5. Tabur gula di atas roti.
  6. Akhir sekali bakar suhu 175°C selama 20 minit.

    roti pisang

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain roti pisang, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.