Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Roti Bun Inti Kacang Merah Gebu Sedap (Minum Petang BEST Ni)

Roti bun inti kacang untuk minum kopi petang-petang. Sedia untuk dihidangkan di atas meja untuk disantap bersama keluarga. Selain itu, roti bun sedia…

ResepiDikemas kini 18 Julai 2019oleh Rahayu Z
Roti bun berinti kacang merah yang gebu dan sedap untuk minum petang

Roti bun inti kacang untuk minum kopi petang-petang. Sedia untuk dihidangkan di atas meja untuk disantap bersama keluarga. Selain itu, roti bun sedia dihidangkan untuk para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Roti bun yang diperbuat dengan tepung gandum, telur, gula, susu. Diberi inti kacang merah menjadikan ia terasa manis dan sedap dimakan dengan bun yang gebu. Di bawah ini kami bentangkan resepi roti bun yang gebu, manis berinti kacang merah yang sedap, mudah dan patut cuba. Resepi didatangkan daripada Cik Su di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Roti Bun Inti Kacang Merah

Roti bun inti kacang merah yang gebu dan sedap untuk minum petang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum 500 gram,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu besar mauripan,
  • 4 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar susu pekat manis,
  • 2 sudu besar Planta,
  • 1 sudu kecil bread improver,
  • 1 sudu kecil bread softener,
  • Air secukupnya,
  • Inti kacang merah atau sardin.

Cara-cara :

  1. Mula-mula gaul tepung gandum dengan mauripan dan planta.

  2. Kemudian campur telur, susu, gula dan air hingga jadi 300 ml.

  3. Selepas itu masukkan campuran telur kedalam gandum yang telah digaul dengan mauripan dan planta tadi. Gaul sampai jadi doh selama 30 minit.

  4. Perap dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.

    Adunan roti bun inti kacang merah sedang disedia

    Imej via Facebook

  5. Jika doh sudah naik berganda, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.

  6. Ambil sekepal dan uli, terus masukkan inti kacang atau sardin dan masukkan ke dalam 6 cup muffin pan.

    Proses melipat dan memasukkan inti kacang merah ke dalam adunan roti

    Imej via Facebook

  7. Bakar di api atas bawah 180°C selama 20-30 minit.

    Roti bun inti kacang merah yang baru siap dibakar

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi roti bun, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.