Di negara Arab roti adalah makanan ruji mereka selain daripada nasi. Mereka mempunyai pelbagai jenis roti yang dihidangkan sebagai juadah semasa makan. Tetapi roti yang paling menjadi tumpuan adalah roti arab. Roti arab ini dibuat menggunakan tepung gandum dan dicicah bersama kuah sama seperti kita orang Malaysia yang makan roti cicah kari ayam atau daging.
Sudah semestinya juadah ini dapat menarik minat suami dan anak-anak di rumah. Resepi ini amat mudah untuk dibuat dan hasilnya juga pasti menarik dan sedap.
Resepi roti arab ini telah dikongsikan oleh Mak Uda Intan di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat cara-cara penyediaanya.
Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang. Moga anda sentiasa ceria di samping makanan yang sihat dan mudah untuk disediakan. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!