Resepi Puding Tiramisu
Pada hari ini kita akan berkongsi resepi puding tiramisu dengan anda semua. Sebagai seorang peminat manisan sudah tentu anda tidak boleh terlepas untuk…

Pada hari ini kita akan berkongsi resepi puding tiramisu dengan anda semua. Sebagai seorang peminat manisan sudah tentu anda tidak boleh terlepas untuk merasai puding tiramisu.
Puding tiramisu ini sangat berlemak, manis dan mengandungi sedikit rasa kopi. Kebaikan anda menyediakan sendiri puding tiramisu ini di rumah adalah anda dapat menyediakannya mengikut selera anda sendiri. Jika anda tidak menggemari puding tiramisu yang manis anda bolehlah mengurangkan sedikit penggunaan gula. Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat cara penyediaan puding tiramisu ini.
Resepi puding tiramisu ini telah dikongsikan oleh Siti Aisyah Mohd Fadhzli di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan juga like.
Resepi Puding Tiramisu

image via Facebook
Puding
Bahan - bahan:
- 3 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 cawan air
- 12 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar esen vanilla
Cara - cara memasak:
- Satukan kesemua bahan dalam kuali/periuk
- Kacau hingga semuanya sebati
- Hidupkan api dan kacau puding hingga pekat
Celupan kopi:
Bahan - bahan:
- 2 sudu besar Nescafe
- 12 sudu besar air (6 sudu air panas, 6 sudu air biasa)
Cara - cara:
Campurkan nescafe bersama air dan kacau sehingga larut
Puding Tiramisu:
Bahan - bahan:
- Puding
- Celupan kopi
- Biskut marie (perisa original)
- Serbuk kopi
Cara - cara:
- Letakkan sedikit lapisan puding
- Taburkan serbuk koko menggunakan penapis
- Celupkan biskut marie ke dalam kopi, lapiskan atas serbuk koko tadi.
- Ulangkan letak puding, serbuk koko dan biskut marie sehingga habis
Resepi - resepi lain yang menarik:
Terdapat banyak lagi resepi yang boleh anda cuba di rumah yang telah kami kongsikan di sini. Jangan lupa kongikan resepi yang telah anda cuba bersama rakan-rakan anda.