Mencari resepi puding oreo yang menyegarkan? Puding Oreo ialah antara hidangan yang paling dicari dan boleh dicuba.

Puding Oreo sedap dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut. Disimpan dalam peti ais dihidangkan sejuk-sejuk.

Puding Oreo diperbuat menggunakan bahan iaitu, agar agar tali, susu pekat manis-manis buah, Oreo dan gula. Kombinasi bahan-bahan ini membuat puding rasa manis-manis buah, segar dan sedap amat.

Anak-anak mesti suka sangat puding ini. Apalagi bentukan puding yang menarik dengan pataan Oreo di dalamnya. Jadi rasa geram ingin makan. Jom buat puding Oreo sebagai hidangan pencuci mulut hari ini. Resepi puding daripada ڤوان نور di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Puding Oreo

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus agar-agar tali 20 gram,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ tin susu pekat (manis-manis buah),
  • 2 paket biskut Oreo,
  • 4@5 ketul gula batu.

Cara-cara :

  1. Masukkan air 1200 ml dalam periuk, masak bersama agar-agar dan 4@5 ketul gula batu. Masak hingga larut.
  2. Jika sudah larut masukkan susu pekat (kacau dulu) baru masukkan susu cair.
  3. Kacau-kacau 5@7 minit hingga mendidih, tutup api.
  4. Tapis puding, masukkan ke dalam loyang @ bekas.
  5. Sekeping biskut patah 4, masukkan dalam puding (masuk krim sekali).
  6. Biarkan sejuk dalam 10@15 min baru masukkan dalam peti ais.

    Imej via Facebook

Tips : Gula batu selalunya diletak untuk mengelakkan puding daripada berair bila sudah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puding oreo, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.