Resepi Popia Pedas Salut Sambal (Sentiasa Rangup)
Jom buat popia hari ini! Resepi daripada Mem Nurr Laila di laman Facebook. Popia isi sayur macam biasa namun menggunakan sambal yang menyalut popia.…

Jom buat popia hari ini! Resepi daripada Mem Nurr Laila di laman Facebook. Popia isi sayur macam biasa namun menggunakan sambal yang menyalut popia. Berbeza dengan popia biasanya yang tanpa disalut. Resepi ini menggunakan sambal yang rasanya pedas dan manis. Olahan popia sayur ini sangat menarik perhatian ramai. Kerana walaupun popia disalut sambal, ianya sentiasa rangup dan garing. Rahsianya ialah popia digoreng extra garing tapi bukan hangit supaya kekal rangup. Resepi sambal ini untuk 1 kg gula. Nanti kalau anda buat sendiri boleh pecahkan nisbahnya. Popia sayur pula sesuai untuk dihidangkan sebagai hidangan pencuci mulut pada mesyuarat misalnya atau pada acara tertentu. Selamat mencuba.
Resepi Popia Salut Sambal

Imej via Facebook
Bahan Sayur :
- Taugeh, kobis, sengkuang, carrot dan bawang besar.
- Cuci kesemua bahan dan toskan selama 2 jam. Boleh guna kitchen tissue untuk serapan air.
Bahan sambal :
-
100 g cili kering pedas,
-
150 g cili kering tidak pedas,
-
2 labu bawang putih,
-
50 g udang kering,
-
(Semua bahan di atas di blend, air jangan banyak cukup untuk gerakan mesin sahaja).
-
1 kg gula,
-
30 g garam,
-
¾ cawan cuka.

Imej via Facebook
Cara Menyediakan Sambal :
- Semua bahan sambal direbus bukan ditumis.
- Bila dah mengelegak masukan 50g udang baring a.k.a udang geragau.
- Bancuhkan 2 sudu tepung ubi untuk pekatkan kuah.
- Jika sudah masak. Boleh salut popia.
- Taburkan kacang tumbuk, bijan sangai, daun sup dan bawang goreng.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi popia sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.
- Resepi Cakoi
- Resepi Nasi Hujan Panas
- Resepi Cornflakes Madu
Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.