Pada perkongsian kali ini kami akan berbagi resepi kudapan minum petang berbahan asas ikan dibalutkan kulit popia. Kudapan ini terkenal dengan nama satar gulung@popia satar. Makanan ini senang didapatkan di pasar malam.
Siti Zubaidah Hassan sebagai seorang peniaga satar yang sudah berpengalaman berkongsikan resepi popia satar gulung yang beliau jual. Bahkan perkongsian resepi dia telah mendapat share yang ramai di laman Facebook.
Satar diperbuat dengan menghancurkan isi ikan, namun dalam perkongsian ini cik Siti menggunakan cara ringkas iaitu menggunakan isi ikan segera sebanyak 3 kilo. Isi ikan kemudian dicampurkan dengan bawang, cili padi, halia, dan daun kesum yang dikisar kasar hingga merata. Akhir sekali gulung dengan kulit popia. Satar ini rangup diluar pedas di dalam. Selamat mencuba.
Selain popia satar, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.