Terdapat pelbagai cara untuk menghidangkan pisang. Salah satu antaranya ialah dengan menyediakan pisang dengan sos kastard. Jom cuba resepi pisang kastard sos.

Pisang kastard sos senang amat menyediakannya. Hanya dengan mencampurkan kesemua bahan maka jadilah ia. Paling sedap jika dimakan dengan pisang nangka.

Rasa hidangan pencuci mulut ini manis dan segar. Apalagi kalau dihidangkan sejuk-sejuk jadi makin segar dan lazat rasanya.

Pisang kastard sos berkrim sedia menghiasi hari anda. Sila cubakan resepi mudahnya yang dikongsikan oleh Yati Koondari di laman Facebook.

Resepi Pisang Kastard Sos Mudah

pisang kastard

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Pisang,
  • 1 tin susu cair,
  • ½ cawan air,
  • 1 biji kuning telur,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali pisang,
  2. Kemudian tapis bahan.
  3. Masak bahan dengan api perlahan hingga pekat sedikit.
  4. Bila ingin makan, siram sos pada pisang yang sudah dilenser dengan butter.
  5. Siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pisang kastard sos, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.