Pasta Carbonara selalunya memakan masa untuk menyediakannya. Kalau kita hendakkan ianya cepat pasti kita akan membeli sos segera sahaja. Walaubagaimanapun, anda juga boleh menyediakan pasta carbonara yang lazat, tanpa sos segera dalam masa 10 minit sahaja!

Resepi ini dikongsikan oleh Aida Magdalina dan telah mendapat perkongsian yang ramai di laman Facebook milik beliau. Jom kita lihat!

Resepi Pasta Carbonara

pasta-carbonara
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Pasta apa jua jenis – ni guna jenis bow tie
  • 2 sudu besar butter/olive oil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 telur kuning
  • Susu full cream
  • 2 keping cheddar cheesedale
  • Lada hitam
  • Parmesan cheese

Cara – cara memasak:

  1. Masak pasta ikut arahan di packet.
  2. Sambil pasta masak, guna kuali lain dan panaskan butter. Guna butter atau olive oil dapat bagi perasa untuk carbonara.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  4. Dalam mangkuk kecil, asingkan telur. Ambil yang kuning, tambah sedikit susu dan kacau.
  5. Masukkan susu + telur kuning, tambah lagi susu sampai berkuah, bagi dia mereneh.
  6. Masukkan 2 keping cheese, masak sampai kuah pekat.
  7. Sambil tunggu pekat, pasta dah siap masak. Boleh lah tapis air dia.
  8. Dah nak pekat, masukkan pasta dalam kuah carbonara. Tambah sedikit lada hitam.
  9. Bila kuah dah pekat, hidangkan dengan grated parmesan cheese.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.