Adakah sesiapa yang mencari resepi pancake mudah utuk sarapan pagi? Ayuh, tengok resepi pancake mudah yang kami kongsikan di dibawah ini.

Pancake ialah hidangan pencuci mulut yang lembut. Ia diperbuat daripada tepung gandum, susu segar, telur, gula dan sedikit baking powder. Hanya dengan bahan-bahan mudah ini, boleh menghasilkan pancake yang sedap, gebu dan amat lembut.

Betapa mudah resepinya bukan? Rugi sangat jika anda tidak cubakan di rumah. Selamat mencuba resepi pancake mudah yang dikongsikan oleh Aisyah Abu yang dikongsikan di laman Facebook.

Resepi Pancake Mudah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan fresh milk,
  • 1 biji telur ,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 1 ½ sudu besar gula,
  • 2 sudu besar minyak jagung/majerin.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dalam mangkuk, kacau sampai sebati.
  2. Pastikan tidak ada tepung yang berketul. Lepas kacau terus tapis.
  3. Panaskan non stick pan. Tuangkan satu senduk kecil bancuhan tepung tadi dalam kuali. Biarkan seketika.
  4. Bila pancake nampak macam berbuih-buih sedikit, terus terbalikkan pancake.
  5. Bila sudah terbalikkan dan ada warna coklat sedikit. Biarkan seketika kemudian angkat.
  6. Siap. Boleh makan dengan coklat dan madu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pancake mudah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.