Pancake gebu gebas kegemaran kanak-kanak. Resepi kali ini akan kongsikan tentang pancake yang amat gebu dan menyelerakan.

Pancake biasanya diperbuat daripada tepung gandum, putih telur sahaja, susu segar dan butter/olive oil. Putih telur harus dipukul kembang kerana cara inilah yang membuat pancake gebu kejadiannya. Tiada perisa apa digunakan, hanya esen vanilla sahaja.

Resepi pancake gebu ala Siti Safuraa Hamzah‎ di laman Facebook ini tampak menyelerakan. Selain itu pancake ini juga amat lembut sesuai untuk kanak-kanak makan. Tanpa berlama-lama, mari tengok resepinya di bawah ini.

Resepi Pancake Gebu

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Telur 4 biji,
  • Tepung gandum (ikut kepekatan bancuhan ) letak 5@6 sudu besar,
  • Fresh milk (ikut sebanyak mana tepung , tapi jangan terlalu lembik sebab nanti akan campur putih telur),
  • Baking powder 1 sudu kecil,
  • Vanilla extract (2@3 titik),
  • Garam,
  • Gula,
  • Olive oil/butter yang dicairkan dalam 3 sudu.

Cara-cara :

  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang.
  2. Dalam bekas lain campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau sekata.
  3. Bila semua bahan sebati, masukkan putih telur yang dipukul tadi, kacau guna sudu sampai nampak cantik adunan.
  4. Masak guna api sederhana tanpa minyak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pancake gebu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.