Kali ini kami akan tunaikan permintan anda untuk perkongsian resepi murtabak sedap dan mudah. Resepi murtabak ini berasal daripada Sue Awie‎ di laman Facebook. Resepi yang telah dipakai selama bertahun-tahun.

Pada proses pembuatan murtabak, tahap membuat kulitnya lah yang mencabar. Namun pada perkongsian ini, ianya hanya menggunakan kulit popia sahaja sebagai kulit murtabak. Sangat memudahkan anda bukan?

Rasanya tiadalah berbeza. Walaupun menggunakan kulit popia namun hasilnya tetap lazat dan menyelerakan. Murtabak mini ini sesuai anda hidangkan untuk makan keluarga. Jika rasa teringin sangat makan murtabak boleh lah cuba masak sendiri di rumah.

Tanpa tunggu lama, sila tengok resepinya dan cubakan. Juga kongsikan kepada rakan-rakan anda. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat dengan semestinya.

Resepi Murtabak Mudah

murtabak

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kulit popia,
  • Bawang Holland,
  • Isi ayam,
  • Ubi kentang,
  • Rempah kari daging,
  • Garam, gula, aji dan telur,
  • Sedikit air.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bawang, kentang dan ayam dipotong dadu.
  2. Kemudian bawang ditumis dulu,
  3. Lalu, masukkan rempah kari daging, isi ayam dan kentang.
  4. Masak kentang bagi kering sedikit dan empuk.
  5. Biarkan sejuk dulu. Siap untuk intinya.
  6. Selepas itu ambil sekeping kulit popia.
  7. Letak inti yang sudah dikacau bersama telur, lipat.
  8. Terus letak di atas kuali yang telah diletak sedikit minyak (boleh guna kuali ajaib).
  9. Balikkan. Kalau minyak kering, boleh tambah minyak.

Untuk Kuah Pencicah :

  • Cuka, garam, gula dan bawang besar.
  • Masak semua hingga mendidih.
  • Siap.
kuah murtabak

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi murtabak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.