Sebagai rakyat Malaysia, makanan ruji kita adalah nasi. Jadi, tidak sempurnalah jika satu hari kita tidak makan nasi. Tetapi, ada hari hari yang kita sudah jemu dengan nasi dan mahukan sesuatu yang lain. Pada hari ini, kita akan membawakan resepi yang boleh menggantikan nasi dan juga kenyang iaitu mee kuah.

Terdapat banyak jenis mee kuah seperti mee kuah tulang, mee kuah udang dan lain-lain lagi. Bahan utama mee kuah ini sudah semestinya mee. Jadi pada penggemar mee anda mesti cuba resepi ini di rumah.

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaan mee kuah ini yang telah dikongsikan oleh Azita Abdul Rahim di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat lebih daripada 1 ribu share di laman tersebut.

Resepi Mee Kuah

mee kuah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Mee kuning
  • Udang
  • Sawi
  • Bebola ikan
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Air rebusan udang
  • Tepung jagung

Cara – cara penyediaannya:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan air rebusan kulit bawang.
  3. Tunggu sehingga air menggelegak dan masukkan bebola ikan, lada hitam, garam dan serbuk perasa jika mahu.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung bertujuan untuk memekatkan kuah.
  5. Apabila sudah cukup rasa, masukkan udang, sawi dan mee kuning.
  6. Masak selama seminit.
  7. Siap dan boleh terus dihidang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba dan jadikan idea masak apa hari ini! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.