Mencari hidangan ala itali sebenar, kaya akan cheese, berkrim dan berasaskan meatball? Resepi meatball carbonara cheese ialah hidangan tepat yang anda cari.

Sesuai di makan pada waktu tengahari ataupun untuk makan malam.

Meatball carbonara cheese penuh krim sedia dihidangkan petang ini. Resepi menarik yang membangkitkan selera ini didatangkan daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad dilaman Facebook.

Ini ialah antara resepi yang patut cuba. Meatball yang digoreng terlebih dahulu kemudian dibakar dengan carbonara sos dan cheese ke atasnya. Rasa cheese yang meleleh menyatu dengan sos carbonara menambah kesedapan di setiap meatball yang cair dalam mulut.

Dengan penyediaan yang mudah, tidak hairan jika resepi ini mendapat perkongsian ramai di Facebook. Sekarang masanya anda cubakan resepi ini pula.

Resepi Meatball Carbonara Cheese

resepe meatball carbonara

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bebola daging,
  • prego carbonara mushroom,
  • Fresh milk,
  • Mozarella cheese,
  • Cheesedale,
  • Serbuk lada hitam,
  • Bawang Holland,
  • Lada benggala.

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Meatball beef dan bawang holland digoreng terlebih dahulu dengan minyak jagung. Ketepikan.
  2. Satukan susu dan carbonara mushroom. Masak sehingga mendidih. Ketepikan.
  3. Hiris lada benggala.
  4. Susun bahan goreng dalam setiap bekas.
  5. Tuangkan carbonara dan tabur cheese di atas.
  6. Tabur oregano flakes.
  7. Bakar dalam suhu oven masing-masing.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi meatball carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Kedatangan anda ke laman ini membuatkan hati ini berbunga-bunga untuk terus berkongsi.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.