Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Madeline Kek Lejen Paling Digemari

Siapa pernah tengok dan makan kek ini? Kek ini sejenis kuih lejen yang dapat dijumpai pada hari raya. Orang dulu rajin buat kek ini, zaman sekarang susah…

ResepiDikemas kini 9 Jun 2020oleh Rahayu Z
Kek madeline berbentuk loceng di atas pinggan, dihiasi ceri merah dan hijau.

Siapa pernah tengok dan makan kek ini? Kek ini sejenis kuih lejen yang dapat dijumpai pada hari raya. Orang dulu rajin buat kek ini, zaman sekarang susah jumpa kek ini. Nama sebenar kek ini ialah kek madeline bentuknya menyerupai loceng mungkin kerana itulah ada orang panggil kek loceng. Kek ini ada acuan dia tapi boleh ditukar dengan menggunakan kertas cup cake sahaja. Kek madeline merupakan kek butter yang dibalut dengan jem strawberry di permukaannya dan kelapa parut. Paduan bahan-bahan ini melahirkan rasa enak yang hebat. Di bawah ini kami share resepi yang didatangkan daripada Norul Hayati‎ di laman Facebook. Resepi dalam gram bagi memudahkan lagi untuk sukat.

Resepi Madeline Kek

Kek Madeline Kek Lejen yang sudah siap dipotong

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 g pure butter/butter,
  • 220 g gula,
  • 5 biji telur gred B,
  • 1st esen vanilla,
  • 250 g tepung naik sendiri.

Cara-cara :

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.

  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.

  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

  4. Masukkan dalam acuan kalau ada atau gunakan cup cake punya kertas.

    Langkah penyediaan adunan kek Madeline

    Imej via Facebook

  5. Bakar ikut suhu oven masing-masing.

    Adunan kek Madeline dimasukkan ke dalam acuan

    Imej via Facebook

  6. Siap bakar, sapu badan dan atas cake dengan jem strawbery dan golek dalam kelapa kering.

  7. Hiaskan dengam sebiji ceri merah dan hijau.

    Proses membakar kek Madeline di dalam ketuhar

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain madeline kek, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.