Lopes ialah makanan tradisi turun-temurun. Lopes terkenal terutama di Indonesia dan Malaysia. Makanan ini merupakan hidangan pencuci mulut atau sebagai menu sarapan. Lopes diperbuat daripada tepung pulut yang direbus atau kukus.

Lopes agak padat dan dibentukkan segitiga. Namun walaupun padat, lopes tetap lembut di dalam. Jangan lupa daun pisang untuk bungkus untuk bagi aroma wangi ke atas lopes.

Cara makan lopes pula adalah dengan ditabur kelapa parut kukus, dan disiram dengan kuah gula Melaka/gula merah yang pekat manis, barulah sedap. Daripada tunggu bazar Ramadhan baru ada orang jual, baik buat sendiri boleh makan bila-bila. Selamat mencuba resepi lopes tradisi daripada Haryati Hamim di laman Facebook.

Resepi Lopes Tradisi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg pulut,
  • Sedikit air kapur makan,
  • Daun pisang untuk bungkus.

Cara-cara :

  1. Rendam 1 kg pulut dengan air lebih kurang 3 jam. Tambah sedikit air kapur makan.

    Imej via Facebook

  2. Toskan biar pulut kering.
  3. Masukkan 1 sudu pulut dalam daun pisang.

    Imej via Facebook

  4. Ikat guna getah biasa.

    Imej via Facebook

  5. Masukkan lopes dalam periuk, letak air dan rebus.

    Imej via Facebook

  6. Rebus selama 1 jam 15 minit. Jika sudah masak, ketepikan.
  7. Seterusnya kukus kelapa parut 2 kg. Gaul dengan sedikit garam.
  8. Lumur kelapa parut ke atas lopes.

    Imej via Facebook

Resepi Air gula :

  • 2 cawan gula merah,
  • 1 keping gula kabung saiz kecil,
  • 2 sudu gula pasir,
  • 1 sudu garam.

Cara-cara :

  1. Masak air gula sehingga menggelegak.
  2. Cara makan cukup siramkan air gula ke atas lopes. Selamat dinikmati.

Resepi Menarik Lain

Selain lopes, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.